Kerja VS Bola

Saturday, April 9, 2016


Blog terabai.
Oh bukan sekadar blog. Diri sendiri pun. Demam ke selesema ke apa ke kasi taruk tepi sikit. TOLONG TEPI SIKIT! Terpaksa letak semua perihal duniawi jauh luar muka bumi. Penat sangat fikirkan itu dan ini sampai lelah mengejar semuanya. Fuh! Sampaikan tak sedar dan tahu apa yang dah terbuat. AMPUN, tu je la mampu ungkap tuk semua yang terjadi juga tuk diri sendiri atas seksaan demi penderitaan.

Kerja lebih masa hari terakhir. Sumpah gua penat mental dan fizikal. Mudah-mudahan gelap gelitanya pejabat jam sepatutnya digelapkan tak mengelapkan masa depan aku. Walaupun jalan balik ke kereta memang penuh kegelapan dek hari sudah malam. In sha Allah tiada lagi hari mendatang.

Amend dan amend. Itu la kerjaan gua seminggu dua ni.

TMJ vs QuPuteh = Slide

Sambung kerja.
Gua nya lappy dah uzur. Taampu lagi nak berkhidmat tuk gua. Tapi gua lena siapkan slide dan amend segalanya sebelum hari Isnin dan kalau kena amend lagi kurang 24j jam tinggal. MINTA DIJAUHKAN. Gua dah penat der.


Terpaksa melepak dengan kawan demi pinjam lappy sambil bersengkang mata dengan berbaju kurung di kedai mamak. Makannya tidak. Ais kosong saja. Serabut punya pasal. Tercabar dicabar. Gua sahut cabaran tu. Akan tengok nanti apa pula tak kena. Redha.

Pernah tak balik rumah sampai parking tapi dah tak terdaya nak naik ke rumah? Pernah rasa nak saja tidur dalam kereta? Kalau atas motor macam mana agaknya ye?

Quality time on weekends In Sha Allah. Harap engkaurang juga! Selamat!

8 comments

  1. stay strong & take care of yourself Ty. Weekend ni go do something fun for yourself :-)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan uols tu ok

    ReplyDelete
  3. tak sukanya bila kerja ada karenah mcm nih.. semua org kena mcm tu ke kak ty??
    hjung tahun klau ada sebarang bentuk appreciation haa boleh trimalaa jgk..

    ReplyDelete
  4. Gaya mmg kerja kuat sangat tu kalau dah nak tido dlm keta hihi...
    Cari makan Ty, gitulah ....sabar jerlah....

    ReplyDelete
  5. pernah kepenatan punya pasal, tidur je atas motor T_T dah lah lalu highway. nasib takde apa apa. walaupun kita dok belakang tapi bahaya jugak boleh lost balance

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.