Teater : Maduku Kalut Returns

1:14 AM Yanty Lee 9 Comments

Salam u olls...

Korang minat teater? Jom ke Istana Budaya hari ni juga! Sebabnya teater Maduku Kalut Returns yang pastinya mengamitkan suasana sehingga terbahak - bahak ketawa penonton di panggung pementasan.

Untuk makluman u olls, teater Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya "farce" yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.


Pementasan teater ini dibarisi oleh para pelakon tanah air dan antaranya ialah Remy Ishak,  Jihan Muse,  Nad Zainal,  Sherry Alhadad,  Dafi dan Atoi Tohet.

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi ; Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua - dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah timbul apabila kedua - dua isterinya telah melaporkan tentang kehilangannya kepada pihak polis di mana Selamat sebenarnya hanya cedera ringan gara - gara menolong satu insiden ragut. Keadaan mula menjadi kalut bila siasatan polis mendapati Selamat mempunyai dua buah rumah berlainan alamat.

Lucu,  kelakar, lawak gila! Tak sia - sia la pergi layan teater sambil rehatkan minda.

Barisan blogger & pelakon

Untuk tempahan tiket boleh la didapati melalui online - www.AirAsiaRedtrix.com dengan harga mulai RM35 hingga RM155. Ataupun melalui atas talian - 0125356312(Taqi).

9 comments:

  1. Bestnya.. Kalau la dekat confirm akan pi tengok...:)

    ReplyDelete
  2. Zumal belum pernah tengok teater ^-^

    ReplyDelete
  3. ekin belum pernah lagi tengok teater

    ReplyDelete
  4. lepas ni akan ada parodi... "madumu kelulut"

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat tengok teater.. tak pernah tengok teater lagi.. citer lawak macam ni best laa..

    ReplyDelete
  6. hehehe yang gempak tu yang dengan abam macho =P

    ReplyDelete
  7. Assalam Ty,
    meriahnyaaaa
    sonok dapat laga2 pipi dengan actress :)

    ReplyDelete
  8. tak dapat pergi madi ade jemput..sobosb

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen