Bengkel MYRYL - Warna & Kerjaya

6:30 AM Yanty Lee 10 Comments


Cerita pengalaman menarik bila Ty berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Warna & Kerjaya yang dianjurkan oleh pihak MYRYL .


MYRYL merupakan singkatan kepada "Master Yourself Revamp Your Life" dan adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Puan Shuhada Alauddin sejak 3 tahun lalu. Juga merupakan sebuah syarikat yang pertama di mana menawarkan kursus di dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku .

Kelebihan MYRYL : Membantu individu membuat pernukaran kerjaya.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel bersama rakan blogger dari #kelabbloggerbenashaari

Lukis diri sendiri , dari sini boleh nilai dah siapa diri kita sebenarnya. Sebab rata - rata kami melukis raut wajah masing - masing. Sedangkan ianya tidak semestinya perlu melakar sebuah potret tetapi boleh saja lukis bagaimanakah diri ada sebenarnya? Okay , Ty sendiri lukis bajet comel kekonon dengan horsetail ai la kan? 


Warna luaran & dalaman diri , diminta pula kami membuat pengiraan dari tarikh lahir masing - masing. Kemudian ada maksud setiap nombor mengikut warna. Warna luaran dan warna dalam masing - masing kekerapan untuk sama tidak tinggi. Kebetulan , hari yang sama Ty berbaju hijau dan aura sungguh agaknya , warna luaran Ty adalah HIJAU. Dan HITAM adalah warna dalaman. OK sukar tuk dipercayai tapi ada kaitan juga sebenarnya tapi it's just a test

Zumba , rilek - kan segala otot - otot yang sudah mula tegang sebab terkejut tengok maksud disebalik warna masing - masing. 


SWISH , satu aktiviti yang sangat mengagalkan kekuatan fizikal dan mental Ty dan satu kelas yang sedang berbengkel. Panjang sesi ni dan Ty sendiri tampil ke hadapan untuk diuji dengan kaedah yang perlu luah secara jujur apa perkara yang menggembirakan dan belum / ingin dilakukan tapi tak kesampaian. Allahuakbar! Berjaya tak nangis tapi sebak gila , suara pun dah lain. Mengigil la jugak. Pastu masing - masing kena cari pasangan dan buat untuk uji pula. 


Alhamdulillah , dapat bengkel ni memang apa yang Ty nak sangat buat "tu" dah dapat restu dan persetujuan keluarga terutamanya dari Daddy yang banyak kali tanya dan sanggup tanggung kos nya. Tengah cari masa / tempat untuk teruskan niat Ty tu. Kalau dah kecapi hasrat nya tu , in sha Allah akan Ty kongsi dengan readers blog ye. Doakan je yang baik - baik untuk Ty.


Apa-apa pun banyak yang Ty dan geng +Kelab Blogger Ben Ashaari pelajari dan perolehi ilmu tentang diri sendiri untuk membentuk diri sendiri yang ke arah lebih baik. In Sha Allah , terima kasih Puan +Shuhada Alauddin dan team atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

People always have a dream job that they wish they could be doing and most often these people already have a steady career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a dream.  So that’s what I’m trying to do here today; help them see and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer to their dream – kata Shuhada yang mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan.

Untuk maklumat lanjut :

Laman Web Rasmi MYRYL : http://www.myryl.net
Facebook MYRYL : https://www.facebook.com/myryl.point
Instagram Shuhada Alauddin : https://instagram.com/shuhadaalauddin/
Youtube Shuhada Alauddin : http://www.youtube.com/shuhadaalauddin
Emel MYRYL : [email protected]


10 comments:

  1. warna dan kerjaya..saling berkait jg ya..hihihi

    ReplyDelete
  2. seronoknya dpt join #kelabbloggerashari ni

    ReplyDelete
  3. Ini info baru sebab selalunya warna dikaitkan denfan personaliti saja..rupanya pengaruhi kerjaya juga..

    ReplyDelete
  4. info bagus ni... warna dan kerjaya

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa join program macam ni..
    dapat belajar banyak input =)

    ReplyDelete
  6. Saya suka merah..hmmm lepasni kne tkar hijau la...hehe..

    Mesti best kan sebab ala2 mengenali potensi dan kekurangan diri gitu..

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat join seminar macam ni,.,

    ReplyDelete
  8. sesekali nak kena ada jugak seminar bentuk diri mcm ni kan.. bestnyaa.. ::)

    ReplyDelete
  9. warna dalam mengenal personality.. menarik..!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen