Rezeki Berturut - Turut - Makan Selagi Sihat

8:28 PM Yanty Lee 14 Comments



Menternak lemak !

Ritu tengah malam dapat Double Cheese Burger,McD dari Sunway, pastu Bos belanja makan besar waktu lunch semalam kat Tomyam Kung yang sampai ke malam kenyang, rezeki hari ni pula makan Pizza Hut pula waktu lunch dengan team Merah yang menang berturut-turut kat kursus masa di Cameron Highlands tambah dengan setupperware bulat besar penuh dengan laksa meletop dari ibu +Nadia Azis pastu jamah nasi lemak pula yang sebenarnya ada jamuan raya kat aras 6 di opis. 

Jahanam!

Kandungan perut ada la dalam 3 minggu  , #eh ! So jadikan cerita,  petang - petang sebelum balik dapat pula Mocha Praline. Ko ghase?!

Alhamdulillah bertapa bertuahnya rezeki Ty berturut - turut. Makan minum non - stop. Esok pun ada makan - makan di rumah blogger hebat +Ben Ashaari . Lingkup la jawabnya. Ahad pi Zoo , orang konfius mana satu "panda"?

Apapun semoga mereka yang belanja dan sentiasa ingat Ty akan selalu murah rezeki hendakNya. Aamiin.

Bila boleh start slim down balik ye agaknya? Soklan minta penampo !

Raya sebulan dah habis tapi tak habis n habis dengan jamuan & makan - makan itu ini. Bak kata orang tua,  selagi muda tak sakit ni boleh makan tu makan ja sebab nanti dah sakit tak puas dah nak makan kena pantang itu ini. Ye ke? Bukan kena jaga kesihatan masa muda - mudi ke?

Sapa free? Jom jogging! Please wei PM aku laju2 , KL pun KL la. Mesia ni kecik ja janji gua sihat bhai.

14 comments:

  1. rezki jangan ditolak...musuh jgn dicari kan?

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki. Alhamdulillah. Eheem, part last tu kena highlight ya. Heks!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki..yang penting limit kan..buka kerana sombong tapi mesti memilih untuk kesihatan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki Allah nak bagi. Rajin mai Banting kita main ping pong haha .

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah seronok nampak makanan tu :)

    ReplyDelete
  6. syukur dengan nikmat Allah..:)
    skipping je kat umah kak ty.. hehehe.. air kosong jgn lupa..

    ReplyDelete
  7. Zumal dah settle sesi ternak lemak... Jom p jogging ^-^

    ReplyDelete
  8. Min, saya nitip Link ya ? Plese !!!


    => lagusatu.com
    => laguost.com


    Semoga banyak rejeki.

    ReplyDelete
  9. wah sedap dan bestnya asyik makan jer..

    ReplyDelete
  10. lau org belanja mmg semuanya sedap kan haha

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen