Nikmati Tol Percuma Sempena Merdeka

11:30 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam Merdeka ke - 57 uolls ,

Rata - rata antara kita bercuti bukan , Public Holiday ye dak? Ke mana je plan nya?


Memandangkan mummy Ty ada di sini dan memang atas urusan wedding di KL hari ni , jadi ke majlis kenduri la Ty hari ni. Alang - alang nak masuk KL , mummy ajak ke IKEA dulu sebelum balik.


Sebelum bertolak ke KL , pi isi minyak di Petronas tapi lupa top-up Touch n Go. Tapi nilai ada lagi. In case katanya. Keadaan menjadi keliru selepas melepasi tol MEX.


Heran tapi diam je , sambil drive dok pikiaq , awat lepas tembak baki nilai masih sama pastu kadar bayar RM0.00? Argh sudah. Sedikit cuak. Tapi nak test pula dekat tol Salak Selatan sebelum exit


Sekali lagi , RM0.00!


Longoi tak Ty ni , tol percuma Ty oi! Sebab Merdeka. Detik dalam hati ja , sebab nak control kononnya tahu tapi terlupa depan Mummy. Ngeee..


Jadinya hari ni dari Putrajaya ke KL dan lik ke Putrajaya , tak payah bayar tol.  Ada hikmah juga la tak topup lebih sikit masa di petrol pam sebelum gerak.


Ada tak geng se'ngek' Ty tak tahu tol percuma? HaHaHa..

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ke Hulu Hilir di Jalan Raya

10:38 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam U olls ,

Entri sebelumnya , Ty update selepas selamat sampai di Penang. Dan entri ni pula , Ty dah pun selamat sampai di Putrajaya dengan driving hanya dalam 4jam lebih. 


Hidup umpama di atas jalanraya.


Sedih gak, sebab tak pernah balik Penang sat camni. In sha Allah , kalau ada masa dan sempat , Ty lik la on weekends. Andai keadaan mengizinkan.


Mata sangat letih. Gagah celikkan juga biji mata untuk terus fokus pada pemanduan. Selesa dan puas hati sangat bila memandu sendiri , berbanding malam semalam terpaksa bertahan dengan rasa loya , pening bila bas yang Ty nek tersingguk - singguk gara - gara jem.


Sampai jam 8.30 malam , terus ke [email protected] , Presint 8 untuk makan malam. Kenyang lagi , kami sekadar bersantai. Seperti biasa , mummy memang akan main Candy Crush sejak semuanya bermula dari Ty juga yang pengaruh dia sehinggakan terjebak.


Memandangkan cuaca hujan renyai - renyai dan atas menghormati insiden MH370 & MH17 , tiada sambutan kemerdekaan detik jam 12 nanti. Jadi , Ty pun nak tidur dan berehat awal setwlah kurang rehat dan tidur. 


Apapun , Salam Merdeka '57! , u olls! Merdekakan diri daripada perkara yang tidak baik dan tidak berfaedah. Terus berusaha , capai segalanya tanpa halangan.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pilihan Antara Pangangkutan Awam atau Sendiri?

1:50 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,


Huh! Mengeluh tak abis. Syukran , Alhamdulillah Ty baru je sampai di teratak bonda dan ayahanda yang juga kampung halaman. Yang pasti bukan umah ala kampung. Sebab Penang kan , mana nak cari lagi rumah yang betul - betul kampung. Teringin sebenarnya , maybe one day.


Kalau u olls , nak balik kampung ke pergi mana - mana , selalunya perjalanan tu mestilah menggunakan pengangkutan awam atau pemanduan sendiri?


Selalunya , Ty akan drive balik ke Penang. Itupun dulu waktu kakak dan emak masih berkhidmat di Putrajaya sebabnya berteman. Ramadhan yang lepas je Ty redha sorang - sorang. Dan tiap - tiap bulan nya Ty naik flight. Murah je , tak tipu. Rajin kan la tengok ticketing di Air Asia juga Malindo. Kalau nasib baik , u olls bkleh grab dari MAS Airlines. 


Sayangnya , dah berzaman tak naik bus , lama tak lama juga tapi kali ni dari kerja yang penat otak turun ke badan. Akibatnya Ty loya , memang rasa nak muntah je. Dari Putrajaya seawal 6.45petang , tapi sebabkan amik penumpag di Pudu , mak aih. Sesak lalulintas dan KL memang sangat sinonim.



Last minit plan , dan lagipun balik sat ja pun ni. Esok drive kereta satu lagi lik Putrajaya. Sedih pula balik sekejap je tapi atas urusan lain maka terpaksalah. 


Ini nama tiada pilihan , terpaksa naik bas. Kalau perancangan awal , dah in sha Allah dengan izinNya selamat sampai dalam jangka masa 45minit ja. 


Sedihnya naik bas , sesak nafas bau asap rokok perokok tegar. Driver pun sama , sambil drive masih sempat. 


Apapun , apa kita nak buat dan pilih mestilah dirancang sebaik - baiknya. Doakan perjalanan ke KL/Putrajaya esok siang baik juga hendakNya.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

My AirAsia Free Seat!

9:17 AM Yanty Lee 23 Comments






Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia , saya akan ke Tawau , Sabah dan saya akan bawa bersama 7 sahabat baik yang juga merangkap kaki travel bersama sebelum ini. Tak lupa juga dan semestinya saya akan membawa emak dan adik bongsu tercinta yang memang berhasrat untuk pergi berjalan dan melancong sekaligus sejurus selepas emak saya sudah berstatus pencen daripada kerjanya di sektor kerajaan. 


Affida , Ain , Arina , Bainun , Wany , Zarina dan Nadia , teman yang selalu saja menjadi tempat untuk pergi melancong tak kira di dalam negara mahupun di luar kerana mereka suka berjalan. Atas sebab kami semua sependapat dan sekepala , pastinya percutian bersama akan lebih menjadi meriah apabila dapat berkumpul beramai - ramai sambil meluangkan masa bersama.


Kenapa saya memilih Tawau , Sabah sebagai destinasi adalah kerana saya bercadang untuk ke Pulau Mabul dari situ memandangkan ianya adalah jalan alternatif bagi ke pusat peranginan yang tercantik.




Menjadi impian saya untuk ke Pulau Mabul sempena hari jadi pada awal tahun hadapan bersama yang tersayang , kerana minat dan sukakan akan pantai dan keindahan alam semula jadi. Kejernihan air laut yang bersih di sana membuat saya begitu teruja. Percutian ke sini adalah lebih kepada berisitirehat dan berada jauh daripada kesibukkan kota seketika. Sebelum ke Pulau Mabul , Tawau juga mempunyai banyak tempat untuk dilawati.


Dengan penyediaan Free Seats yang ditawarkan oleh AirAsia ini di mana selaras dengan tagline nya ; "Now everyone Can Fly !" , semoga impian saya untuk pergi ke sana dengan emak , adik bongsu juga rakan - rakan tercapai nanti. In Sha Allah.

23 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Selamat Hari Wanita !

8:36 PM Yanty Lee 14 Comments





Wahai Wanita , 

Selamat Hari Wanita !!

Terkedu lidah tidak terkata apa - apa bila diberi sekuntum bunga ros. Datuk pula tu yang bagi.

Hey! Jangan salah anggap ye. 

It's from Datuk Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad ; TKPPA. 




Kejadian ni berlaku semalam , 25hb Ogos 2014.




Sejujurnya , Ty tak tahu pun bila Hari Wanita apatah lagi semalam adalah harinya khas untuk golongan bergelar wanita.  Wanita yang tulen semestinya ye. Selebihnya dan seakan - akan tu , Ty no komen. Korang ada komen? 


Dan Ty merasakan tak terlambat lagi kan untuk Ty juga mengucapkan pada semua di luar sana , khususnya pembaca blog picisan Ty.


Ada juga yang bertanya , "Kenapa Hari Lelaki , takde ye?" . alamak. Camna Ty nak jawab. Ty sendiri tak pasti. Maaf ye golongan lelaki semua.


Mungkin , dengan adanya Hari Wanita ni , boleh menyedarkan lagi bagi golongan lelaki dan semua pihak , bahawa betapa besarnya penghormatan kepada kami si golongan wanita ini. Ye la , seorang wanita yang bergelar ibu , besar jasa nya buat si suami juga anak - anaknya. Contohnya la kan.


Kata mereka , wanita adalah tulang belakang lelaki. Sejauh mana kesahihan kenyataan ini , mungkin bergantung pada mereka yang tak bersikap ego. 


Wanita ni disifatkan golongan lemah makanya mereka perlulah dilindungi bukan dikasari. Semoga mereka yang ingin bertindak mengasari tu fikirlah dulu ye. 


Sayangilah wanita , mahkluk yang dijadikan untuk menjadi pelengkap hidup mu bukan untuk dianiaya.


Sekali lagi , Selamat Hari Wanita!

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dia dan Saya Hanya Kisah Silam

11:46 AM Yanty Lee 20 Comments




"Tak dapat kad?"

"Ala..abang tak jemput ke?"

(muka blur memang Monday Blues yang tak dapat tangkap apa nak disampaikan)

Terus datang buka cerita , hal dia. Maaflah, sedikit pun dah tak ambil peduli pasal yang lepas. Past is past , dengan haluan masing - masing.


Kecewa?


Gembira lagi ada dari bergelombang hidup bersama biawak hidup.



Mati atau hidup si dia tiada lagi kaitan dengan aku.

20 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kenangan Di Sebalik Marble Chesse Cake

6:49 PM Yanty Lee 16 Comments

Salam uolls ,

Kek , antara makanan manisan yang Ty paling tak suka makan. Susah untuk Ty jamah walaupun sepotong kek. Tambahan yang berkrim - krim. Kek lebih sinonim dengan sambutan hari jadi. Walaupun pada hari jadi Ty , memang Ty tak jamah sangat kek yang di beli atau hadiakan pada Ty.


Tapi ,


Marble Chesse Kek dari Secret Recipe berjaya buat Ty menjadikan antara dan satu - satunya kek yang Ty boleh jamah , rasa , telan dan makan. 


Seorang teman juga boleh di anggap seperti kakak (suatu ketika dulu) yang mengajar Ty makan dan menyakinkan serta pasti Ty akan menyukai. Itu lah kisah di sebalik kenyataan cerita sepotong kek ini.


Sayangnya , persahabatan terlerai begitu sahaja tanpa sebarang kata. Cuba tuk bertanya tapi tiada jawapan. Terkejut bila disampaikan oleh orang lain , di mana dia lebih rela berkawan dengan monyet. Pergh , benci betul , di saat itu la Ty letgo kawan  ini.


Kek ini juga pernah buat Ty tersenyum dan sejuk hati bilanya diberi untuk memujuk. 


Apapun terjadi disebalik kisah sepotong kek ni , Ty tetap suka makan kek ni. 


Sedap , sapa suka juga?

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

12:10 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,


T A H N I A H  !


KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP | Keputusan uji bakat bagi drama bersiri Seludup arahan Jehan Miskin telah pun berakhir. 2 pemenang yang bertuah berjaya diumumkan sebagai pemenang dalam peraduan #masukdramaseludup. Selain mendapat peluang berlakon dalam drama ini , pemenang - pemenang juga akan menerima hadiah yang bernilai sehingga RM15,000.00.

Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) & Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)



Saya amat berterima kasih kepada 
para juri yang telah 
memilih 
saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. 

Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya.
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran







Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah
seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.









SELUDUP, drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Seludup dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup 


_______________________________________________________________________________


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.


Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:


4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wednesday Wordless : Sekatan MAMPU

6:43 PM Yanty Lee 10 Comments





10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aidil Fitri bersama Chef Blogger Malaya - Mat Gebu

10:16 AM Yanty Lee 14 Comments

Salam Aidil Fitri u olls , 


selamat hari raya lagi !


Alhamdulillah , tahun ke - 3 ukhuwah persahabatan bersama rakan - rakan blogger yang di mana boleh diumpamakan seperti sebuah keluarga. #kelabbloggerbenashaari  , bukan sekadar sebuah kelab tapi segala susah senang gelak tawa gurau sentap menyampah mentabah dilalui bersama. 


Untuk kali ni , Ty baru berkesempatan untuk ikut sama dengan mereka semua ke Sedenak , Johor (pergi balik hari) bagi bersama - sama beraya di teratak chef blogger terkenal ; Mat Gebu yang lebih dikenali dengan panggilan Pakcik Mat Gebu (PCM). Kenal tak u olls , mesti u olls selalu skodeng dan cilop resepi - resepi dari blog - http://www.tiffinbiru.com/ kan? Jangan tipu , bulan puasa ja traffik blog ni mendadak , sebabnya " nak masak apa ek berbuka puasa hari ni , cari kat blog PCM la! ". Kantoi!


Rasa sangat - sangat lah bertuah. Akhirnya dapat jua bersua muka dengan PCM.


Henpon berdering , menandakan " morning call " dari Kak +Sue Izza tuk kejutkan semua hadek - hadek manje dye bangun dari tidur. Tapi berdesing telinga ke idok , nasib ke mung la.


sebahagian dari geng konvoi tapi tak tahu siapa kepala


4 buah kereta berkumpul dahulu di Masjid Putra , Putrajaya. Lagi 3 buah kereta jumpa di R&R sepanjang jalan. Kesemua nya ada 7 buah kereta berkonvoi ke Sedenak , Johor dari Kuala Lumpul / Selangor.


R&R menjadi saksi pertemuan kami semua. Banyak juga lah berhenti nak sambungkan kereta jadikan konvoi katanya. Tapi tak cukup untuk genapkan jadi "7 Perhentian". Eh. 7 kereta ja.




Syukran , perjalanan kami semua bergerak dengan lancar dan baik sekali. Selamat lah tiba kami di teratak Pakcik Mat Gebu. Ngam - ngam pula tu waktu tengah hari dengan perut masing - masing pun dah berkeroncong berbunyi menandakan masa untuk melahap sampai lebam.



M A R V E L O U S   !

Antara menu masakan hasil air tangan PCM untuk kami ;










SLURPPPPPP ... Sedap sangat - sangat. Tersangat lah sedap. Itu je mampu dikatakan.


Jom minum jus mangga pran 






PCM memang dikenali dengan pinggan - pinggan mangkuk yang cantik dan antik. Tiffin Biru , semua yang bertandang pasti bergambar dengan mangkuk tingkat milik tuan tanah ni bila ke rumah PCM. 


Gambar wajib u olls.




Insiden cemas , lucu dan yang pastinya berlaku dengan tak sengaja.


Duduk tersipu kekenyangan sambil main dengan Adam , anak kepada blogger Ruby[.my] . Isyarat dari Fatin tak jelas , sangat kebluran dengan apa yang nak disampaikan dia. Terkejutnya , bila Ruby tarik Adam dari dukungan dengan rakus sekali. Rupanya sekoq ulat bulu hinggap kat tangan , sebabkan tertanjat gegurl , i olls tercampak dengnan tak sengaja binatang tu dan hinggaplah di atas kain Kak Fiza. Melayang ko , ulat bulu tu. Qaseh pun larikan diri. Najeeb yang tolong tapi bajet cat walk dengan slow motion ke arah Kak Fiza yang cemas terjerit - jerit.  


Oh , ulat bulu .
Terciptalah keriuhan. 


Maafkan saya ye , tindakan reflek.




Monopod

Beraya tahun ni memang kena ada batang mop ni kalau tak , tak happening raya korang. Setuju?
Qhaliff yang baru 2 tahun pun dah pandai handlekan monopod , terkesima sat. 

Seperti biasa , monopod dengan henpon Ty memang bukan lagi di tangan , merata depa ni amik gambar di seluruh pelusuk yang boleh ja bergambar.





photogenic ke photogedik ke photomaniac?


Geng KBBA yang mengamatkan teratak PCM

Pas beraya , kami meleburkan Ringgit Malaysia di Johor Premium Outlet (JPO) . Pada mulanya , tak beria mana pun nak shopping. Tapi ada ja sale dekat butik Esprit  , tergrab seluar jeans (RM20) pastu set perfurme + body lotion + shower gel dari Victoria Secret (RM33), semua pakai serbu angkut membeli. Ladies sangat kan? 


Miracle. Jarang Ty shopping , this is   r a r e  , babeh.


Sampai Putrajaya around 2 am , Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik. 


# PCM , terima kasih untuk makanan yang dihidangkan , ada masa kita terjah lagi. =)

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aidil Fitri 2014

3:19 PM Yanty Lee 17 Comments

Salam u olls , 


selamat hari raya



Macam mana suasana hari kemenangan u olls? 

Beraya sakan sungguh ?
Dapat lagi dak duit raya ?
Ka dah kena bagi duit raya ?
Seronok beraya kat kampung ka bandar ?

Paling mendapat sambutan masa raya ni , soklan bonus. Lepas tak jawab? 
[ Nak makan nasi minyak , masakla sendiri! ]



Hambar.



Nak kata dah tua , I is baby face , ok. Pi mana pun orang pakat dok tanya , belajar kat mana? Krik3X sangat. Perghhh , kembang kempis hidung cumanya tak setanding hidung Zizan.



Cuti raya , paling lama selama keja di "perantauan" - 13 hari juga la selepas habis tambah tolak.


13 hari ja pun , pejam celik pejam celik , mimpi malam sambung mimpi siang tak terasa mana pun tapi over sangat kan bila kata suasana raya kali ni ; hambar. Sesungguhnya , tak macam bercuti lama pun dan 24 jam tup tup just gone like that. Tak menang tangan langsung nak buat aktiviti planning.



Rumah terbuka memang perkara biasa la bila sambut raya ni. Berderet , dari pagi sampai ke malam dok mengisi perut dengan juadah raya sambil tu ni ja lah masa tuk berkumpul sanak saudara terutamanya kengkawan dari zaman tadika , sekolah , kolej , U segala bagai.


Arghh dem , "KG" kompem nek mendadak!



Selalu nya , rutin hari raya pertama , berkumpul semua adik beradik , sanak saudara , menakan , besan , biras , sepupu sepapat di rumah pusaka arwah tok nek. Tahun ni , ada sikit tahlil sebab masa bulan puasa kami telah kehilangan pak cik akibat sakit kanser. 


Raya ke - 2 . Bersantai sambil menyepah dapur mummy. Ty masak ok , please take note!


Ke Perlis , bagi rombongan merisik dan meminang sekaligus terlebur Ringgit Malaysia kat Padang Besar di hari raya ke - 3 sebelum singgah ke Sungai Petani beraya dengan kakak sepupu. Awal pagi keluar rumah , lewat pagi baru sampai rumah. Sakan beraya atas jalan raya.




Lewat malam , aktiviti bermain bunga api di Gurney Drive lepas kami berkumpul dan beraya di open house Fida. Rare -nya  , tuan rumah pun join sekaki melepak sampai lupa diri. Cara terkini bila anak - anak bandar main bunga api yang pastinya ada kami kesah?!





Dari mula rumah terbuka dibuka sampai flet tersadai lepas senja dengan geng - geng sekolah menengah di umah Ain. Raya ke - 5 dah , huh! Cepat kan masa berlalu pergi.




Blogger - Zayani Zulkiffli




Ah Peng @ Sheriff & Mahani's Open House , Raya ke - 6
Baru sempat nak buat makan - makan yang sesimple mungkin. Tiap - Tiap tahun geng - geng sekolah adik & Ty yang paling kerap datang. Masa tuk berkumpul selepas tamat meninggalkan alam persekolahan.



Oh , rindu nya nak pi sekolah balik.



Macam majoriti , tahun ni mesti beraya dengan gadjet terbaru lagi terlajak laris - monopod untuk sesi bergambar #selfieraya . Paling tanjat nya u olls , monopod pula jadi rebutan dan perhatian yang berjumpa terutamanya kawan - kawan Ty. Bila jumpa , soklan yang ditanya " Ty , monopod hang mana? " . Mak aih , Weyh , sampai ati kan ! Bukan nya nak tanya sihat ka tidak. Ciskek betoi. Sebegini rupa erk , fenomena "monopod" . Takpe takpe , kita sama - sama tengok sampai bila akan bertahan nanti.



Raya ke - 8 dah balik ke Putrajaya. Kehidupan sedia kala harus diteruskan selepas bercuti panjang. Mood kerja nak ke tengah hari baru hado u olls oi , blues sangat.


Masa untuk berkhidmat , SYMP!



Apa-apa pun , Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014 buat semua yang mengenali dan apa yang berlaku antara kita ; awak & saya , mohon ampun maaf . Sama - sama lah kita jernihkan yang keruh. Lupakan saja segala - galanya bagi menjalinkan ukhuwah sesama kita ke arah yang lebih baik sehingga nafas terakhir. 

In Sha Allah.



p.s : Jumpa Ty , sediakan duit raya tau! 

17 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen