Bali , Indonesia – Part II

Sunday, February 23, 2014

Salam u olls  ,


9 Februari 2014
Kring..Kring..Kring.. Tepon bilik berbunyi.

Morning call dari mummy Arina! Mampu bangun dan jawab pastu bungkuih semula. Opss! Bila pintu diketuk, kena bebel la kami sebab tak bangun-bangun lagi. Gamat nya bila Arina & Bainun kata dah lewat sebabnya waktu tak sama hakikatnya waktu Malaysia dan Bali sama! Aduh , kecoh minah dua orang ni. Siap call receptionist lagi nak tau what is the time tapi tak faham sebab dapat jawapan -  “lima belas kurang jam tujuh”. Terkial – kial dik Bainun sorang ni conggak dengan jari tangan kaki. It’s only 06:45 in the morning, woman!

Bersiap bukan kemain lagi baq ampa. Curlas u olls! Well , it’s Bali!

Kenyangkan perut pada pagi Ahad di Bali bersama girlfriends of mine sebelum Mas Ali si supir tour guide jemput kami untuk mulakan hari percutian we olls.

Barong Dance
  • Salah satu cerita dan tarian yang paling terkenal yang menceritakan tentang kebaikan melawan kejahatan.
  • Barong bermaksud kebaikan.
  • Bayaran masuk : Rp.100,000.00

Batik
  • Kedai batik Sari Amerta
  • Pusat pencetakkan batik dengan pelbagai corak bersama hasil kreatif barangan yang dihasilkan untuk dijualkan kepada para pengunjung.
  • Batik Indonesia berbeza dengan seni corak batik di Malaysia.
Dak +Siti Nur Bainun men cak cak pula

Perak dan Emas , Kampung Celuk
  • Rata – rata penduduk di Kampung Celuk menghasilkan barangan perhiasan wanita dan lain – lain barangan daripada perak lebih banyak berbanding emas.
  • Kiranya lubuk perak kawasan ini.
  • Penghasilan barangan aksesori diperbuat di luar kedai , pelancong boleh lihat sendiri.
  • Banyak reka bentuk barangan aksesori yang boleh dibelikan atau hadiahkan untuk yang tersayang dan istimewa.

Tegalalang
  • Kawasan penanaman padi bukit yang subur
  • Cantik untuk bergambar dengan warna kehijauan yang sangat menenangkan.


Kintamani
  • Makan tengahari secara buffet ; Rp.121,000.00 
  • Makan bersama tersayang sambil menghadap Gunung Berapi Batur yang masih aktif dan Danau Batur
  • Udara yang segar dan suasana yang sangat romantik



Dewi Agrowisasta
  •  Tempat menghasilkan pelbagai jenis kopi ; coconut , ginger , lemon grass , rosemarry , vanilla etc.
  • Kopi Luwak merupakan kopi termahal kerana merupakan proses penghasilan yang rumit kerana datangnya daripada binatang musang.


Krishna

  • Tempat membeli barang - barangan / ole – ole kiranya buah tangan yang besar dengan harga yang berpatutan – murah.
  • Sejujurnya , tak banyak pilihan.


Tu dia , sakan noh kami berempat bercanda berjalan dengan Mas Ali sampai balik ke kota Kuta dah pun malam. Meredah hujan panas bersama – sama. Oh so sweet eh gitu.

Untuk pengetahuan u olls , padi bukit bukan sahaja ditanamkan di lereng – lereng bukit sahaja tapi di kiri dan kanan sepanjang jalan. Tak seluas jelapang padi di Malaysia ye , sampai Ty kata “wow , cantiknya rumput tu”. Mas Ali dah gelakkan Ty. Kena troll setiap kali nampak “rumput”.

Baru seharian Mas Ali dengan awek – awek Malaysia, dia dah boleh masuk sekepala dengan keriuh rendahan dan gila - gila kami. Tabik spring la dengan Mas Ali ni , best dan memang terbaik! Hakikatnya takut juga kot keloloh kami ni ada dia tak amik dah esoknya,tapi dia memang umpama abang yang sangat baik untuk adik – adiknya.

Balik hotel. Sebelum bersihkan diri dan tido , kami lepak sambil makan megi cawan yang Bainun bawa. Yang pasti setiap malam kami aka nada sesi mengira duit yang dah pun kami belanja sakan sampai berjuta – juta , Rupiah je pun. Curlas tak bila kata ; I shopped 250ribu hari ni tapi sebenarnya dengan mata wang Rupiah bukan RM. Stop berangan bajet shopping kekonon di Pavilion.

Ok, apa yang terjadi malam tu?!

Next entry – PartIII [klik]

12 comments

  1. ty lain kali pegi jangan lupa souvenir tuk akak... hik hik hik

    ReplyDelete
  2. Hahaha...menarik pemulaan cerita!! Wahaha

    ReplyDelete
  3. Teringat cuti2 g Bali tahun lepas... hehehe... btw, jemput joint GA abg lan... hehehe... :

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab entry Bali abang Lan la kan keyword naik mendadak hahaha... Ok abang Lan. nanti Ty free Ty join ye. tq invite.

      Delete
  4. Replies
    1. Adi , ngak mengapa dong. Simpan duitnya dulu nanti pergi la bercuti sakan. Ty pun tak pernah terfikir nak pi berjalan ke sana. Rezeki.

      Delete
  5. wah bestnya makan angin...singgah sini cuci mata..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Adunan tepung dah lama diuli2 buat ole2 dik. Eh.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.