Review Filem : Sejoli - Misi Cantas Cinta

Tuesday, February 25, 2014

Salam u olls ,

Berzaman tak layan filem melayu tapi Jumaat lepas terjejak kaki ke panggung dengan adik - adik yang sangat havoc ; Tya Salmid & Ainaa Roseberry di Times Square lepas dier orang teman Ty amik HTC One Ty. TQ ye korang , melayan je tentatif & plan akak korang sorang ni.


Sejoli | Misi Cantas Cinta

Sinopsis : Sebuah kisah cinta yang luar biasa bila "SEJOLI" bertemu tak dijangka. Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) membawa diri masing - masing ke Phuket selepas mereka putus tunang (Gina) dan cinta (Joe) dengan pasangan masing - masing. Pertemuan yang tak dijangka di Phuket telah menemukan mereka dan secara kebetulan pasangan masing - masing sebenarnya sedang bercinta dan akan berkahwin. Mereka berdua pulang ke KL dengan sebuah misi untuk mengagalkan majlis perkahwinan Hardy (Remy Ishak) dan Nita (Izara Aishah) daripada berlangsung juga dengan niat mereka akan mendapat kembali cinta hati mereka. Tetapi setelah misi mencantas berjaya , masing - masing mula sedar sebenarnya mereka telah pun terpaut hati antara satu sama lain. Majlis perkahwinan Hardy dan Gina digagalakan buat kali kedua bila Joe datang untuk menerangkan perkara sebenar dan bagi mendapatkan Gina untuknya. Akhirnya masing - masing dinikahkan bersama dengan pasangan yang sememangnya sejoli.

Barisan pelakon : Maya Karin , Bront Palarae , Remy Ishal , Izara Aishah , Dira Abu Zahar , Azad Jazmin

Genre : Komedi , Romantik

Terhibur! Dari awal permulaan jalan cerita sampai kesudahan cerita , memang tak membosankan. Kelakar dengan watak masing - masing. Walaupun boleh diramalkan dan agak dari awal apa kesudahan tapi mungkin kisah yang sama , jalan cerita yang berbeza

Suka tengok style Bront Palarae , tertangkap cintan sat. Errr..

4 comments

  1. Macam best je sis ❤ :)
    Semangat baru. Hashtag #PuisiMawar ❤
    http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2014/02/hashtag-puisimawar.html

    ReplyDelete
  2. salam.. hi..
    done follow sini
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hi ! TQ all the best ye and keep in touch

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.