Kau...
Ku sedar siapa diri ini,
Ku redha ujian Nya,
Kelalaianku,
Kesalahanku,
Kesilapanku,
Ku akui,
Ku alpa,
Kini ku telah sedar,
Ku jua ingin ke cahaya diredhai,
Namun,
Kenapa aku ?
Kelmarin ada cinta..kasih,
Kini semuanya hilang,
Kesalahannya di mana?
Kesemua jemari menuding,
Ke arah ku,
Keji..hina sungguhkah aku?
Ku berserah pada Ilahi,
Ku pohon panjatkan doa,
Ku bermimpi dengan harapan,
Kepastian harapan itu musnah,
Kau bahagia,
Ku sengsara,
Kerana restu yang terindah,
Ku melangkah pergi,
Ke jalan yang belum pasti,
Kerna pintamu tuk tak lagi mengharap,
Kerelaan keperihatan dilalui kelat,
Kebencian tidak pernah singgah,
Kasih dan sayang yang abadi,
Kepada Nya,
Ku pohon hanya untuk mu,
Kecapi kejayaan dihasrati,
Kahwini insan direstui.
Amin ya rabbal alamin.
posted from Bloggeroid
sabarlah.....sebalik kepahitan dan airmata,pasti ada senyum,bila ketikanya,bukan kerja kita,kerja yang di atas sana.
ReplyDeleteDia tak beri apa yg kita nak,Dia beri apa yg kita perlu....
♡ly well say Bellez21.
Deleteamin . I'allah , ada yg jauh lebih baik sedang menanti cinta ty :)
ReplyDeleteInsyallah kak,tq walaupun smua xtahu hal sebenar tai byk support Ty.
Delete