Musim Perayaan ; Sesak- Jalan / Pengguna

Monday, January 23, 2012

Salam !

Sempena Chinese New Year  ni , mesti ramai yang pakat turut serta mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti. Tidak kira lah di mana lokasi yang di tuju tetapi rata-rata perbualan antara sesetengah individu akan berkata sedemikian , "jalan mesti jem punya nak raya-raya ni , cuti-cuti ni..." , "cuti sekolah lagi.." DAN SEBAGAINYA.

Betul tak? Kan ..Ha ah la , jawab korang. Macam-macam spekulasi dan pandangan yang di beri dari jutaan individu.


Pengalaman aku di highway tempoh hari  bersama bonda tercinta yang bertolak dari Putrajaya ke Pulau Pinang ,  bagaimanakah?

Faktor cuaca mungkin penyebab ramai pemandu yang memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di lebuh raya. Boleh dikatakan sepanjang penjalanan cuaca ; hujan.
Namun ini bukalah penyebab utama apabila DJ di Radio memaklumkan kenapa di sesetengah berlakunya kesesakan lalu lintas atau di lebuh raya .

Dari susur keluar pintu tol PLUS di Putrajaya , radio ERA.fm diputarkan sehingga sepanjang perjalanan. Dan dari situ la pemandu yang sedang memandu iaitu aku mendengar DJ di radio memaklumkan bahawa kesesakan berlaku antara jalan di Slim River menuju keluar ke Sungkai. Kerana sebuah bus rosak. Bayangkan , aku bertolak dari Putrajaya kira-kira jam 6.50 petang.

Nak stop Sg.Buloh? No! Pack off people. Perjalanan diteruskan dengan berhemah dengan hujan yang sekejap lebat sekejap tidak. Bawa mummy kan so nak speed pun tidaklah. Lagipun kereta boyfie tercinta.Naya pula kena saman nanti. Oh! Raya-raya ni kan banyak speedtrap? Ahaks.

Sejurus tiba di kawasan Slim River  , jalan mula sesak dan waktu itu jam menunjukkan 9.10malam. Sungguh menghairankan aku adalah untuk ke Sungkai mengambil masa selama hampir 10-15 minit. Sebenarnya tidak logik untuk dikatakan jalan itu sesak kerana banyak kenderaan mahupun berlaku sebarang kemalangan tragis yang menghalang jalan.

Sikap pemandu Malaysia yang cukup aku kagum adalah mereka prihatin atau penyibuk?

Okay , why am I saying this. Sebab bus express tu rosak dan ianya di parkir tepi tebing jalan yang tidak menganggu langsung laluan kenderaan lain yang menggunakan jalan tersebut. Dan nak tahu apa punca kesesakan itu?
Adakah bus itu juga? Tidak! Kerana Malaysia mempunyai pemandu yang penyibuk atau terlebih prihatin untuk slow kan kenderaan semata - semata untuk toleh ke kiri dan lihat bus express yang terdampar di tepi jalan itu. Jakun ke mereka atau terpegun kah mereka melihat sebuah bus ?

Pendapat aku , sekiranya pemandu yang tidak menyibuk dan terlebih prihatin ini wujud , keadaan lalu lintas tidak akan berlaku. Nescaya , kerana ini adalah lumrah manusia sebagai pemandu mungkin.

Adakah ada juga begitu?



4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.