SASUCARE - Program Amal Untuk Badan Kebajikan Bersama Sasuke Premium Outlet

10:16 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls,
Pernah dengar ataupun shopping di SASUKE PREMIUM OUTLET tak , uolls?
Oklah , bagi yang belum tahu - Sasuke Premium Outlet ini merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan pakaian terpakai dari Jepun dan merupakan butik pre-loved pertama seumpamanya di Malaysia. Butik Sasuke kini mempunyai lima (5) cawangan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di ; 
1. Sasuke Premium Outlet , Setapak
2. Sasuke Outlet , Kg.Pandan
3. Sasuke Outlet , Cheras
4. Sasuke Premium Outlet , Bangi
5. Sasuke Premium Outlet , Kajang
Untuk makluman uolls , sepanjang 4 tahun dalam industri perniagaan ini , Sasuke sudah banyak juga terlibat dan giat dalam melakukan Program CSR dengan beberapa agensi - agensi luar yang berlainan. Antaranya adalah bersama NGO MYMAHU (Program Bersama Anak Yatim) , 4 Episod Titik Sentuhan RTM (Lawatan & Sumbangan Sempena Ramadhan) dan juga bersama Jabatan Kebajikan Negara (Program Gelandangan Anjung Singgah).

Dan kali ini pula pihak Sasuke Premium Outlet menjalankan sebuah kempen yang diberi nama "SASUCARE" bagi tempoh 3 bulan yang telah bermula pada bulan Mac sehingga Mei 2019


Kempen SASUCARE
Program "SASUCARE" ini merupakan projek bersama antara pihak SASUKE & Pelanggan dimana dengan setiap pembelian resit yang bernilai RM30 dan ke atas, RM1 akan di sumbang terus kepada badan yang terpilih padan bulan tersebut. Kempen "SASUCARE" ini berlangsung di kesemua lima (5) buah outlet dan sumbangan akan dibuat pada setiap bulan kepada badan kebajikan berbeza.






"SASUCARE" adalah gabungan kreatif antara SASUKE dan CARE dimana memberi makna SASUKE PRIHATIN. Program amal "SASUCARE" ini merupakan kempen kutipan amal yang julung kali diadakan di Sasuke  Outlet dengan kerjasama pelanggan.

Memandangkan kempen ini akan berlangsung selama 3 bulan dan pada setiap bulan kutipan sumbangan akan disumbangkan kepada 3 buah rumah kebajikan  terpilih yang berbeza.

OBJEKTIF "SASUCARE"
- Memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya pelanggan SASUKE tentang kewujudan rumah kebajikan yang memerlukan bantuan.
- Memberi peluang kepada pelanggan SASUKE menyumbang dan membantu golongan yang lebih memerlukan.
- Menjadikan program amal ini sebagai kaedah kesedaran kepada orang awam tentang kewujudan agensi sukarelawan dan badan kebajikan di Malaysia.
- Menyediakan ruang kepada SASUKE untuk berkongsi aktivit dengan orang awam sebagai amalan korporat.

Maklumat lebih lanjut , boleh didapati di :

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen