Sambut Ramadhan Dengan Bazaria Buffet Di The Boulevard Hotel

10:49 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,

Bulan puasa dah dekat dan pasti ada yang sudah sibuk mencari tempat berbuka puasa. Terutamanya yang manjadikan masa inilah untuk berkumpul sanak saudara , kawan sekolah / universiti dan masa untuk berbuka dengan rakan pejabat.

Bagi yang inginkan lebih eksklusif Ty nak rekemen uolls untuk berbuka di The Boulevard Hotel.

Pembuka Selera
Aneka Ulam - Ulaman





Aneka Kerabu

Seriously , Ty sempat jamah sikit beberapa kerabu , sedap dan segar. Boleh dimakan bersama nasi putih dengan menu - menu lain bersama lauk - pauk hidangan utama. BFF Ty suka gila dengan kerabu mangga.

Main Course
Nasi Briyani

Ayam Rendang Pucuk Ubi

Ekor Asam Pedas

Udang Sambal Petai

Terung Berlada

Menu BBQ
Ayam Percik


Ayam Kepak Madu - resepi ala Sarawak

Aneka Ikan Bakar

Pencuci Mulut


Aneka Jeli / Aneka Puding


Kuih - Muih Tradisional Melayu

Durian ABC


SIGNATURE DISH

Sup Gear Box Utara yang mana boleh terdiri dan dimakan bersama hampir 20 bahan lain seperti mee hoon , tulang gear box , daging , paru , urat daging , perut lembu , hati lembu , lidah lembu , bebola daging , lobak masin , tauhu , tauge , bawang goreng , daun bawang , daun soup , limau kasturi , roti bengali , cili kicap , cili sambal merah dan cili hijau.

Dengan tema "Bazaria Buffet Dinner - Experience Alfresco Dining by the poolside", ini adalah persis apa yang dinamakan oleh pihak hotel - Suasana terbuka udara di bawah langit tepi kolam renang, suasana barbeque terbuka, dengan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang akan memuaskan di bawah langit terbentang luas.


Bazaria Buffet Dinner berlangsung di Restoran Wild Rice, Level 9 The Boulevard Hotel Kuala Lumpur, yang diketuai oleh Chef Sheng, salah seorang tukang masak Malaysia yang paling berbakat dengan pengalaman kuliner dalam masakan tradisional dan mewah. Dengan pelbagai anugerah di apronnya, uolls boleh mengharapkan pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan tidak seperti mana-mana orang lain, dengan suasana yang tidak jelas dengan Malaysia.


Harga
RM98 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak (berumur 6-12 tahun)

Waktu operasi
Pengunjung boleh menikmati juadah berbuka dari jam 7 malam hingga 10 malam yang bermula mulai 12  hingga 30 Mei 2019 nanti.

Untuk tempahan dan pertanyaan lebih lanjut :
Telefon : 03-22958124 / 010-2208124

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen