Salam uolls ,
Okay , Ty nak share dengan uolls satu lagi tempat untuk berbuka puasa. Dan kali ini ada kelainan sikit sebabnya berbuka di dalam taman.
G2G Teknocafe ini di kawasan MAEPS , Serdang.
Memang terasa santai dan lebih selesa berbuka puasa di kawasan yang tidak crowded . Ini adalah pertama kali pihak G2G Teknocafe mempromosikan Promosi Iftar Ramadhan G2G. Selain promosi iftar , pihak G2G juga menyediakan :-
- Surau (Solat Tarawih juga diadakan)
- Kawasan tempat letak kereta yang luas
- Hanya RM5 sahaja untuk masuk ke G2G Animal Garden
Berbalik pada konsep berbuka puasa dalam taman ini , semua hidangan makanan akan disajikan dalam bentuk buffet.
MENU IFTAR RAMADHAN G2G
Main Course
Kari Kambing
Sayur Campur
Sayur Bak Choy Tauhu Telur Tiram
Masak Lemak Ayam
Ikan Keli Berlada
Dory Sweetsour
Daging Salai Masak Lemak
Pelbagai Jenis Ikan Masin bersama Acar & Papadom
Sambal Goreng / Sambal Belacan / Sambal Kicap / Budu / Cencalok / Sambal Gesek bersama Ulam- ulaman
Nasi Mandy Kambing
Acar Mandy
Appetizer
Aglio Olio
Angle Pesto
Mac & Cheese
Tomato Bruchetta
Sup Ayam / Sup Kambing / Sup Daging
Garlic Bread
Live Kiosk
Mee Goreng / Kuew Tiow Goreng
*Ada juga Cendol dan Ais Batu Campur (ABC)
Live Grill
Kambing Golek
Mash Potato / Coleslow / Chicken Wing / Sausage Grill
Mix Salad
Mushroom Soup
Menu grill ini boleh di makan bersama Blackpepper Sauce dan Mint Sauce.
Dessert & Pastry
Kuih - Muih Tradisional Melayu - Karipap / Getuk / Samosa / Kasturi
5 jenis kuih talam
Roti Jala
Sponge Cake / Kek Batik / Cream Puff dan banyak lagi
Bubur Jagung / Bubur Chacha / Bubur Pisang / Bubur Kacang Hijau
Pelbagai Jeruk
Minuman
Sejuk
Soda Herba / Sunquick / Sirap Selasih / Air Jagung / Jus Buah Naga / Jus Tembikai / Jus Nenas / Koktail / Air Keladi
Panas
Kopi O / Teh O / Teh Tarik
Teh Tarik Rebus
OK uolls , ini adalah satu kelainan yang ada pada buffet ramadhan kerana adalah wajib untuk uolls mencuba Iftar Dalam Taman Di Goat2Go Teknocafe , MAEPS Serdang ini yang mana hasil dari rebusan teh bersama buah pelaga dan halia yang mana dihidangkan apabila sudah mendidih akan dibancuh bersama susu.
Iringan muzik dan nyanyi dari Maestro Band akan didendangkan ketika para tetamu sedang menikmati juadah berbuka puasa.
Suasana ruang tempat makan
Harga
Dewasa : RM59.90 | Kanak - kanak : RM39.90 [6-12 tahun] *5 tahun ke bawaha dalah percuma.
Untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan :
Whatsapp : 01165593877 (Afrina) | 0172739051 (Yum)
Facebook : Goat2Go Farm - MAEPS
Website : www.goat2go.com
** Bagi 100-300 orang , tawaran pakej privasi ditawarkan dan lokasi adalah di G2G Garden Hall.
orang kata makan kat sini sedap ...tak pernah cuba lagi
ReplyDelete