Salam uolls ,
Seperti setiap kali tibanya bulan Ramadhan , Bangi Golf Resort (BGR) pastinya akan membawa kelainan pada setiap tahun untuk meraikan para tetamu yang hadir berbuka puasa.
Hampir 200 jenis makanan yang dihidangkan secara buffet terdiri daripada hidangan tradisional Melayu yang pastinya dapat membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung sehinggalah hidangan barat yang mana ingin mengubah sedikit ke cita rasa lebih moden. Gitu!
KEBUN DALAM BANDAR
Konsep "Kebun Dalam Bandar" ini diketengahkan membawa makna tersendiri oleh pihak BGR kerana ianya menjadi kebanggaan Restoran BGR yang mana menu masakan khususnya masakan Melayu dan tradisional adalah merupakan hasil dari bahan mentah yang ditanam sendiri di kebun.
Dan bagi menambah kelainan dan rasa keterujaan , pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu , pengunjung diberi peluang untuk memetik sendiri dari pokok.
MENU BUFFET RAMADHAN BGR
Manisan & Pencuci Mulut
Deretan manisan dan pencuci mulut disediakan , antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat , Tiramisu Itali , kuih - muih tradisional Melayu seperti Kuih Lapis , Talam Koko , Talam Cendol , Kasui Pandan , Apam Mekar , Koci , Seri Muka Pandan , Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging , Pulut Kuning Serunding Kelapa , Pulut Inti , Putri Ayu dan Lopez Pulut.
Selain itu , terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake , Pina Colada Cheese Cake , Blueberry Creme Brulee Cake , Red Velvet Swiss Roll , Orange Jaffa Swiss Roll , Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll , Green Tea Cheese Cake , Caramel Blueberry Filling Cake , Chocolate Cake bersama Choco Cream , Chocolate Cake bersama Peanut Cream , Sweet Potato bersama Tam , Caramel Mousse , G3 Mousse , Pandan Gula Melaka Mousse , Cendol Mousse , Ong Lai Mousse , Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake.
Tempahan
Tempahan boleh dibuat di laman web : https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ atau dalam atas talian hotline : 1700 81 8557
Harga
Harga adalah bermulah dari serendah RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett utnuk kanak-kanak.
Fasiliti
Hampir 200 jenis makanan yang dihidangkan secara buffet terdiri daripada hidangan tradisional Melayu yang pastinya dapat membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung sehinggalah hidangan barat yang mana ingin mengubah sedikit ke cita rasa lebih moden. Gitu!
KEBUN DALAM BANDAR
Konsep "Kebun Dalam Bandar" ini diketengahkan membawa makna tersendiri oleh pihak BGR kerana ianya menjadi kebanggaan Restoran BGR yang mana menu masakan khususnya masakan Melayu dan tradisional adalah merupakan hasil dari bahan mentah yang ditanam sendiri di kebun.
MENU BUFFET RAMADHAN BGR
Kambing Bakar
Adalah menu eksklusif sepanjang bulan Ramadhan tak kira di mana sahaja. Buat penggemar kambing semestinya sanggup sahaja beratur panjang untuk mendapatkannya. Pastinya kerana aroma Kambing Bakar yang dipanggang dengan perlahan di atas api.
Sup Kambing Mamak
Ini juga anatara menu sepasti-pastinya menjadi rebutan para pengunjung, merata dan menghirup sup bergear-box. Ty sesangatlah salute buat mereka yang terror makan ni. Teringat pula dekat arwah mummy , her favorite.
Satay Ayam & Satay Daging
Menu paling mudah untuk dimakan dan menjadi kegemaran tidak kira bangsa dan peringkat umur. Di BGR hanya menyediakan satay berisi ayam dan daging. Nak isi kambing , arnab dsb sila cari sendiri kat luar erk. Satay ini mestilah dimakan bersama kuah kacang , hirisan dadu bawang merah , timun dan nasi impit. Makanan ini tidak kira pada bila - bila masa pastinya menjadi makanan samping pengunjung.
Kueh Teow Goreng & Mee Mamak
Pengunjung juga boleh menikmati masakan panas ini dari kuali dan menyaksikan kerana chef akan memasak secara "live" terus ke pinggan. Walaupun bagi uolls menu ini agak cliche tapi Ty nak bagi review ni , menu dua-dua ni sedap gila! Sesangatlah rugi kalau tak jamah semulut dua.
Nasi Ayam
Selalunya mak pak akan amik menu ni untuk anak-anak mereka sebab tidak pedas. Tapi uolls pun harus cuba makan, silap - silap habis sepinggan kot. Teknik penyediaan Nasi Ayam ini sangat perfecto beb! Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental di mana sehingga ke dalam isi ayam akan terasa juicy dan sudah semestinya empuk. Dimakan bersama sos kicap soya yang pekat dan soso cili buatan sendiri. Ye,semuanya di BGR adalah sendiri.
Lauk - pauk Di Makan Bersama Nasi Kukus
Antara menu lauk - pauk yang ada dan untuk di makan bersama nasi kukus adalah seperti Ayam Varuval - adalah menu terbaru disediakan oleh Head Chef , Kari Ikan Tenggiri , Daging Kambing Masak Hitam Mamak dan Sayur Campur (Cauliflower , Broccoli , Carrot , Capsicum etc).
Ipoh Hor Fun
Tak yah kalut nak balik Ipoh jadinya , di BGR pun boleh jamah menu berbuka puasa nanti dengan Ipoh Fun. Sup dia memang marvelous so delicious uolls.
Laksa Singapura
BGR membawa uolls ke Singapura juga oi. Ty habis semangkuk penuh kali ni. Sedap sesungguhnya yakmat. Mujur perut nya tank kecik tak muat nak ke second bowl. So this is so recommended , guys!
Nasi Kerabu
Masakan negeri Kelantan juga ada uolls! Dan semestinya sudah untuk makan Nasi Kerabu ini ada bersama ulam - ulaman organik yang dipetik sendiri oleh chef , dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis , keropok ikan , ayam goreng berempah dan gabungan ulam - ulaman seperti bunga kantan , kubis bulat, ulam raja , daun selom , kacang panjang. Penaik perasa ketika menikmati Nasi Kerabu ini mestilah budu , hirisan limau nipis dan cili.
Nak pesan ni , ayam goreng berempah dia superb sedap baq ang! Sebab kekenyangan tak makan nasi kononnya tapi meratah ayam serupa tak ingat orang belakang dah. Tak caya , cubalah sendiri!
Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma
Okay gais , Ty tak dapat nafikan yang menu ini akan menjadi serbuan pengunjung tetap BGR. Member sampai tanya camna nak buat sos dibuat. Ia bukan sekadar telur rebus ye.
Pasta Station
Buat uolls yang nak kelainan dan lebih moden , boleh cuba makan sajian pasta seperti Spaghetti dan Penne bersama pilihan sos iaitu sos bolognese ayam atau carbonara. Ty sempat jamah semulut dua aje Spaghetti Carbonara , sedap!
Manisan & Pencuci Mulut
Deretan manisan dan pencuci mulut disediakan , antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat , Tiramisu Itali , kuih - muih tradisional Melayu seperti Kuih Lapis , Talam Koko , Talam Cendol , Kasui Pandan , Apam Mekar , Koci , Seri Muka Pandan , Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging , Pulut Kuning Serunding Kelapa , Pulut Inti , Putri Ayu dan Lopez Pulut.
Selain itu , terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake , Pina Colada Cheese Cake , Blueberry Creme Brulee Cake , Red Velvet Swiss Roll , Orange Jaffa Swiss Roll , Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll , Green Tea Cheese Cake , Caramel Blueberry Filling Cake , Chocolate Cake bersama Choco Cream , Chocolate Cake bersama Peanut Cream , Sweet Potato bersama Tam , Caramel Mousse , G3 Mousse , Pandan Gula Melaka Mousse , Cendol Mousse , Ong Lai Mousse , Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake.
Minuman Sejuk & Panas
Kalau dah makan mestilah ada penghilang dahaga , antara pilihannya adalah Kordial Mangga , Kordial Anggur , Air Tebu , Soya Ros , Teh Bunga ,Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah-buahan.
Iftar Sesama
Bukan sekadar sajian menu buffet berbuka puasa sahaja yang Ty nak kongsikan dengan uolls tapi buat pengunjung yang membuka puasa di sini juga secara tidak langsung dapat beramal dan membantu mereka yang memerlukan.
Sebanyak 1% daripada keuntungan sepanjanga bulan Ramadhan al Mubarak ini akan disalurkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRIM).
Pihak BGR juga bekerjasama dengan portal F8Buzz.com bagi mewujudkan "Kotak Sumbangan Iftar Sesama" untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik.
Tempahan boleh dibuat di laman web : https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ atau dalam atas talian hotline : 1700 81 8557
Harga
Harga adalah bermulah dari serendah RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett utnuk kanak-kanak.
Fasiliti
✓ Tandas
✓ Surau
✓ 800 lot parkir
Info lebih lanjut mengenai Bangi Golf Resort ;
Facebook : Bangi Golf Resort
Instagram : @bangigolfresortofficial
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen