Bengkel MYRYL - Warna & Kerjaya

6:30 AM Yanty Lee 10 Comments


Cerita pengalaman menarik bila Ty berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Warna & Kerjaya yang dianjurkan oleh pihak MYRYL .


MYRYL merupakan singkatan kepada "Master Yourself Revamp Your Life" dan adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Puan Shuhada Alauddin sejak 3 tahun lalu. Juga merupakan sebuah syarikat yang pertama di mana menawarkan kursus di dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku .

Kelebihan MYRYL : Membantu individu membuat pernukaran kerjaya.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel bersama rakan blogger dari #kelabbloggerbenashaari

Lukis diri sendiri , dari sini boleh nilai dah siapa diri kita sebenarnya. Sebab rata - rata kami melukis raut wajah masing - masing. Sedangkan ianya tidak semestinya perlu melakar sebuah potret tetapi boleh saja lukis bagaimanakah diri ada sebenarnya? Okay , Ty sendiri lukis bajet comel kekonon dengan horsetail ai la kan? 


Warna luaran & dalaman diri , diminta pula kami membuat pengiraan dari tarikh lahir masing - masing. Kemudian ada maksud setiap nombor mengikut warna. Warna luaran dan warna dalam masing - masing kekerapan untuk sama tidak tinggi. Kebetulan , hari yang sama Ty berbaju hijau dan aura sungguh agaknya , warna luaran Ty adalah HIJAU. Dan HITAM adalah warna dalaman. OK sukar tuk dipercayai tapi ada kaitan juga sebenarnya tapi it's just a test

Zumba , rilek - kan segala otot - otot yang sudah mula tegang sebab terkejut tengok maksud disebalik warna masing - masing. 


SWISH , satu aktiviti yang sangat mengagalkan kekuatan fizikal dan mental Ty dan satu kelas yang sedang berbengkel. Panjang sesi ni dan Ty sendiri tampil ke hadapan untuk diuji dengan kaedah yang perlu luah secara jujur apa perkara yang menggembirakan dan belum / ingin dilakukan tapi tak kesampaian. Allahuakbar! Berjaya tak nangis tapi sebak gila , suara pun dah lain. Mengigil la jugak. Pastu masing - masing kena cari pasangan dan buat untuk uji pula. 


Alhamdulillah , dapat bengkel ni memang apa yang Ty nak sangat buat "tu" dah dapat restu dan persetujuan keluarga terutamanya dari Daddy yang banyak kali tanya dan sanggup tanggung kos nya. Tengah cari masa / tempat untuk teruskan niat Ty tu. Kalau dah kecapi hasrat nya tu , in sha Allah akan Ty kongsi dengan readers blog ye. Doakan je yang baik - baik untuk Ty.


Apa-apa pun banyak yang Ty dan geng +Kelab Blogger Ben Ashaari pelajari dan perolehi ilmu tentang diri sendiri untuk membentuk diri sendiri yang ke arah lebih baik. In Sha Allah , terima kasih Puan +Shuhada Alauddin dan team atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

People always have a dream job that they wish they could be doing and most often these people already have a steady career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a dream.  So that’s what I’m trying to do here today; help them see and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer to their dream – kata Shuhada yang mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan.

Untuk maklumat lanjut :

Laman Web Rasmi MYRYL : http://www.myryl.net
Facebook MYRYL : https://www.facebook.com/myryl.point
Instagram Shuhada Alauddin : https://instagram.com/shuhadaalauddin/
Youtube Shuhada Alauddin : http://www.youtube.com/shuhadaalauddin
Emel MYRYL : [email protected]


10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sagat

9:49 PM Yanty Lee 12 Comments



Sob! Sob! Sob!

Allahuakbar. Sumpah jadi lemah kepala lutut. 

Adeh! Terluka jua. 
Dari jauh jalan menuju nak ke kereta dah ternampak ada kesan sagat ni. Terduduk kot Ty tak hirau orang kiri kanan. Rasa cam okay je sebelum ni bila pula yang tersagat ni? Di mana kejadian ni berlaku?  Sumpah tak boleh recall Ty langgar apa? Pi gesel kat mana? What the "carut'? Takkan orang langgar Ty? Ni ja harta Ty ada dah jadi camni pula. Spoil gila mood.

Arrrrrghhhh!
Mr.Reddy , I'm so sorry.

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) Blogger's Day di Zoo Negara

6:17 PM Yanty Lee 30 Comments


Ke Zoo Negara pula kali ni dengan keluarga besar #kelabbloggerbenashaari .

U olls nampak i olls kalau memang powerlah!

23 Ogos 2015 (Ahad) , satu tarikh dan hari yang perlu dibanggakan. Tahniah geng +Kelab Blogger Ben Ashaari terutama yang menjadi tulang belakang program Blogger's Day - +Farah Waheda Wahid . Ty berkesempatan join keluarga besar KBBA hampir separuh hari bersama untuk sesi lawatan sambil belajar di Zoo Negara semalam. 

Selepas sesi pendaftaran , pihak Zoo Negara telah pecahkan kami kepada 2 kumpulan ; Tiger & Hornbill. Tapi Ty dapat tag "PANDA" , tau la membulat bagaikan panda , perli i olls ke hape ni? Sebenarnya geng Panda bebas untuk ikut mana - mana kumpulan. Ty men redah je , janji sesi tour is complete with fun

Okay jom ikut Ty tour sama - sama , meh!

Butterfly Garden 

"Cinta ibarat rama - rama , makin dikejar makin menghindari , 
bila ia dibiarkan terbang bebas , ia datang tanpa diduga"


Dalam garden ni , boleh la tengok sendiri rama - rama terbang ke sana ke mari main acah - acah dengan korang sebab asal dah fokus lense nak snap je gambar dia pun terbang. Korang juga berpeluang tengok sendiri rama - rama hisap madu yang letak atas bunga raya. Macam - macam jenis dari segi warna , corak dan saiz rama - rama ada.


Dapat tengok macam - macam jenis orang utan pula. Ada yang mengada - gada juga erk spesis ni , memang tak cecah tanah bergayut je kat pokok. Kemain! 

Hornbill Centre


Paruh di memang power gila , panjang betul dan solid je. Umur boleh mencecah sampai 50 tahun. Sangat "wow"!

On the way ke akuarium terjumpa peguin tomey ni , teringkat kat adik sorang si +Emas Putih .

Tunku Abdul Rahman Aquarium



Port ni memang Ty rasa semua geng rasa nyaman . Relax la sikit kiterorang cuci mata tengok macam - macam jenis ikan dari saiz dan nama yang pelik - pelik. Dalam dok tengok ala - ala comel tu tertiba cam "mak ai amende ni?". Scary pula tapi bila Ty dah jumpa laut snorkeling ke dive segala dah lupa diri tak faham kan , ok abaikan. Janji memang cool!

Zoo Negara Show Amphitheatre


Kami dibawa ke zon layan live show dari binatang - binatang yang ada di zoo. Antara binatang yang terlibat ; burung kakak tua , singa laut , angsa etc. Comel je gelagat binatang - binatang ni. Salute la kat trainer yang boleh handle binatang tu semua. 

Lepas hampir sejam layan live show , kiterorang naik tram dan menuju ke Wild Life Park Restaurant untuk makan tengahari. Thank you , pihak Food Panda atas tajaan makan dan minum untuk KBBA Blogger's Day.

Bee Muzium



Layan madu asli pula selepas perut kenyang. Boleh rasa sendiri. Perghhh manis gila tak sepahit "bermadu" mungkin. - Touch wood!

Savannah Walk 


Sepanjang jalan nak ke Giant Panda Convention Centre sempatlah tengok badak , zirafah , kuda belang dan lain - lain.

Giant Panda Convention Centre



Ya , Fu Wa is in the zoo ! Sayangnya , Ty dan geng #kelabbloggerbenashaari tak dapat berjumpa dan tengok si ibu dan anak yang baru saja dilahirkan baru - baru ini di atas sebab tertentu. Mereka dikuarantinkan , kiranya dalam tempoh berpatang lah gitu. Sebab tu Fu Wa meratap je solo - molo. Apapun , Happy Birthday Fu Wa!

Tour sepanjang di zoo berakhir tapi aktiviti Free & Easy diteruskan bagi yang nak tengok gajah dan lain - lain binatang secara sendiri.

Apapun , it's a fun to learn and get some knowledge regarding the animals. Yang pastinya si emak ayah budak pun turut eksaited sama.

Sekali lagi terima kasih buat Zoo Negara , Cosmoderm , Food Panda , Wild Life , Curve , Bernama , Kosmo dan yang sama- sama turut serta bagi menjayakan KBBA Blogger's Day.

In sha Allah , KBBA akan terus mencipta sejarah lagi di masa akan datang. Aamiin.

30 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rezeki Berturut - Turut - Makan Selagi Sihat

8:28 PM Yanty Lee 14 Comments



Menternak lemak !

Ritu tengah malam dapat Double Cheese Burger,McD dari Sunway, pastu Bos belanja makan besar waktu lunch semalam kat Tomyam Kung yang sampai ke malam kenyang, rezeki hari ni pula makan Pizza Hut pula waktu lunch dengan team Merah yang menang berturut-turut kat kursus masa di Cameron Highlands tambah dengan setupperware bulat besar penuh dengan laksa meletop dari ibu +Nadia Azis pastu jamah nasi lemak pula yang sebenarnya ada jamuan raya kat aras 6 di opis. 

Jahanam!

Kandungan perut ada la dalam 3 minggu  , #eh ! So jadikan cerita,  petang - petang sebelum balik dapat pula Mocha Praline. Ko ghase?!

Alhamdulillah bertapa bertuahnya rezeki Ty berturut - turut. Makan minum non - stop. Esok pun ada makan - makan di rumah blogger hebat +Ben Ashaari . Lingkup la jawabnya. Ahad pi Zoo , orang konfius mana satu "panda"?

Apapun semoga mereka yang belanja dan sentiasa ingat Ty akan selalu murah rezeki hendakNya. Aamiin.

Bila boleh start slim down balik ye agaknya? Soklan minta penampo !

Raya sebulan dah habis tapi tak habis n habis dengan jamuan & makan - makan itu ini. Bak kata orang tua,  selagi muda tak sakit ni boleh makan tu makan ja sebab nanti dah sakit tak puas dah nak makan kena pantang itu ini. Ye ke? Bukan kena jaga kesihatan masa muda - mudi ke?

Sapa free? Jom jogging! Please wei PM aku laju2 , KL pun KL la. Mesia ni kecik ja janji gua sihat bhai.

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapatkan Tiket Percuma Untuk Masuk ke Zoo Negara

11:02 AM Yanty Lee 8 Comments



Sempena Birthday Xing Xing & Liang Liang , Zoo Negara Malaysia [klik] nak belanja masuk ke Zoo Negara secara PERCUMAuntuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan mereka yang menyambut hari lahir pada 23/8/2015 juga akan diberi masuk !

Maklumat lanjut seperti di gambarajah ni ; 




Jumpa korang semua Ahad ni , In sha Allah.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday - #bloggerutara

4:19 PM Yanty Lee 10 Comments


 #bloggerutara
Cheq bangga jadi orang utara !

Facebook Blogger Utara : BloggerUtara [klik]
Terjah geng blogger di Instagram dengan pencarian #bloggerutara



10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Resepi : Sausage Egg Cheese Muffins

5:00 PM Yanty Lee 16 Comments



Sausage Egg Muffin

Bahan - bahan
- Roti
- Sos Spagethi
- Cheese
- Sosej
- Telur

Cara penyediaan
1. Lenyekkan roti & tekap menjadi bentuk bulat.
2. Sapukan sos spagethi di atas roti.
3. Masukkan sosej ke dalam roti di atas dulang.
4. Pecahkan telur separuh masak menutupi permukaan sosej.
5. Taburkan cheese di atas.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°C selama 8 -10 minit.
7. Siap di hidang.

Pagi ni terlebih rajin , sempat baked untuk hakak - hakak opis. Yeah , akui "cooking is fun". And I am a happy kid bila it works. What's next recipes? Mana tahu mampu masuk majalah kan? #EH !

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bukan Susah Pun Nak Doa

12:42 PM Yanty Lee 10 Comments



Huarrrggghhhh , terjurai air mata bila kawan merangkap abang cheq sorang ni bagi kata semangat bila betul - betul tengah down malam semalam. Part paling "gulp" bila doakan subuh tadi. 

Speechless sangat. 

Takleh nak tidur terus sedangkan berkali - kali dah tepis henpon jauh - jauh. Dok teriak cam laki mati orang kata sebab tetingat nasib my bro sorang ni. 

Bro , I'll always support you and always pray for your happiness with your kids. 

"Bukan susah pun nak doa"- kata nya.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hargailah Ibu Sementara Masih Ada

9:26 PM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls ,

Lama tersepi sebab urusan kerja luar kawasan dan daerah. Okay tajuk entri cam sedih hakikatnya betul la kan ? Hargailah sesiapa pun yang pernah "ada" ataupun "singgah" dalam hidup kita. Sebab nya dari mereka , antara baik dan buruk tu la kita bangkit dan teruskan kehidupan sampai saat ini. Tak perlu disesali , disalahkan pada dia atau diri sendiri  kerana diakhirnya tiada siapa pun yang benar mahupun salah.



Susahnya hati seorang ibu bila anaknya dalam kesusahan. Tengok saja la hampir seharian Mummy cheq call. Waduh , risau dia cam masalah besar. Memang pada hakikatnya , Ty pun susah hati tapi cuba tuk "cool down". Kekonon "All is well" , gitu. 

Gara - gara bila 'blogger bakal beraksi di dapur'. 
Ty memang gelabah! Cheq tau makan ja. Dapur la paling tak suka jejak dan kalau nak masak pun memang mood dari tengah laut nak jejak ke simen lantai dapur tu boleh dikira la berapa kali. Bukan tak minat cuba I'll full after I've cook eventho I haven't eat yet.

Kenapa gelabah? 
Sebab , nak masak atau satu resipi yang mudah dengan langkah - langkah yang senang tuk satu menu. Apapun minta izin keluarga dulu , sebab kelak tak mahu ada isu "lupa asal usul". Dan Ty mencemaskan keadaan , Mummy usaha cari dan fikirkan menu dan resipi mudah. Kemain WeChat / Whatsapp selain call.

Dalam dok dengaq dia berletiaq , "Tulah , mummy masak xmo nak belajaq", terlintas kat kepala hotak dengan rasa sebak sebab bersyukur sangat that I still have her. Daddy dari tepi pun kalut dok bagi idea. Siap semangat nak turun KL tuk sama-sama support shoot nanti. Oh tidak! I is pemalu , terpaksa stop them not to come down.

"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup , 
maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah 
iaitu 'DOA SEORANG IBU".

Jadi , hargailah wanita itu - ibu , isteri dsb.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Teater : Maduku Kalut Returns

1:14 AM Yanty Lee 9 Comments

Salam u olls...

Korang minat teater? Jom ke Istana Budaya hari ni juga! Sebabnya teater Maduku Kalut Returns yang pastinya mengamitkan suasana sehingga terbahak - bahak ketawa penonton di panggung pementasan.

Untuk makluman u olls, teater Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya "farce" yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.


Pementasan teater ini dibarisi oleh para pelakon tanah air dan antaranya ialah Remy Ishak,  Jihan Muse,  Nad Zainal,  Sherry Alhadad,  Dafi dan Atoi Tohet.

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi ; Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua - dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah timbul apabila kedua - dua isterinya telah melaporkan tentang kehilangannya kepada pihak polis di mana Selamat sebenarnya hanya cedera ringan gara - gara menolong satu insiden ragut. Keadaan mula menjadi kalut bila siasatan polis mendapati Selamat mempunyai dua buah rumah berlainan alamat.

Lucu,  kelakar, lawak gila! Tak sia - sia la pergi layan teater sambil rehatkan minda.

Barisan blogger & pelakon

Untuk tempahan tiket boleh la didapati melalui online - www.AirAsiaRedtrix.com dengan harga mulai RM35 hingga RM155. Ataupun melalui atas talian - 0125356312(Taqi).

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen