Uji Bakat berlakon Drama SELUDUP

12:00 AM Yanty Lee 4 Comments



SELUDUP | Sebuah drama TV bersiri terbaru arahan Jehan Miskin dengan 13 buah episod yang akan ditayangkan selama 1 jam ( 60 minit ) di Astro Prima (Saluran 105) pada awal bulan Disember 2014 ini. Tayangan serentak HD juga boleh di tonton di Astro Maya HD (Saluran 135). Drama "SELUDUP" ini berkonsepkan genre aksi dan romantik.


Seludup adalah satu drama yang lebih kepada kesedaran di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup , tiruan dan cetak rompak sekaligus telah menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti kehidupan rakyat di sekeliling. 

Drama ini menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan di kampung di mana dia tinggal iaitu ; Amran . Dia telah berusaha untuk menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampungnya untuk menyeludup barangan melalui perairannya.



Antara barisan para pelakon terkenal tanah air yang akan berganding tenaga bagi menjayakan drama SELUDUPPekin Ibrahim (Amran) , Tiz Zaqyah (Yasmin) , Namron (Tam) , Raja Ilya (Rina) , Syafie Naswip (Jai) dan Jehan Miskin (Din)

Percaya atau tak , tahu atau pun buat - buat tak tahu sememang isu seludup atau senang kata menciplak barangan , mencetak rompak adalah menjadi satu perkara biasa bukan? Tapi tahu tak sebenarnya salah , tahu tapi peduli apa? Masyarakat sudah lali bukan , jom sama - sama kita nantikan tayangan drama SELUDUP ini agar menjadi satu iktibar buat kita semua.


Dan bagi mereka di luar sana yang ingin menjadi salah seorang pelakon dalam drama SELUDUP ini boleh la mencuba nasib dengan memuat naik video uji bakat di FB : www.facebook.com/seludup - Uji Bakat ; http://bit.ly/Seludup . Antata contoh video daripada peserta yang mengambil bahagian ; -


Mudah je kan ?
Ty juga dah cuba , jangan skodeng ye!


Selamat mencuba dan semoga berjaya u olls. RM15,000.00  bakal menjadi milik u olls , In sha Allah. All the best dan good luck!

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup

Facebook posting sila tag FB SELUDUP dan hashtag #SELUDUP

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen