Buffet Ramadhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , Putrajaya 2014

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan u olls ,

Tercari - cari tempat untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan ini? Banyak tempat yang boleh kita pergi berbuka puasa , antaranya yang Ty nak cadangkan ni adalah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang terletak di Dataran Gemilang , Presint 5 , Putrajaya.

Buffet Ramadhan PICC 2014 | Sempena bulan Ramadhan ini , tema bagi 'buffet' yang dipromosikan oleh pihak PICC adalah "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" yang julung kalinya memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 200 hidangan dan antara juadah dihidangkan adalah berasaskan tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.

Promosi ini telah berlangsung pada 30 Jun 2014 yang lepas iaitu pada hari pertama puasa dan akan berakhir pada 25 Julai 2014 nanti. Kadar bayaran bagi golongan dewasa dikenakan RM80.00 dan RM40.00 untuk kanak - kanak , bagi kanak - kanak di bawah umur 5 tahun pula adalah percuma. Pengunjung dapat menikmati pakej berbuka puasa ini dengan potongan diskaun 10% hanya pada 30 Jun 2014 hingga 6 Julai 2014. Waktu buffet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Menu utama yang disajikan kepada para pengunjung dan dipercayai akan menjadi tumpuan adalah Gulai Tunjang , Briyani PICC , Kambing Panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dan banyak lagi jenis juadah yang ada. Pelengkap juadah di bulan puasa ni , turut disediakan pelbagai jenis bubur , antaranya Bubur Lambuk PICC , Bubur Kacang Hijau Durian , Bubur Pulut Hitam , Pengat Labu , Pengat Pisang , Bubur Cha Cha dan Bubur Gandum.













Walaupun mempromosikan hidangan tradisi Melayu , hidangan yang berasaskan pasta turut juga dihidangkan bagi mereka yang inginkan kelainan sewaktu berbuka puasa.


Pengunjung juga boleh menunaikan solat terawih berjemaah di surau PICC yang telah disediakan oleh pihak pengurusan PICC. Surau bagi golongan wanita dan lelaki diasingkan. Di sini , bukan sahaja pengunjung datang untuk menikmati hidangan dan juadah berbuka puasa yang dihidangkan malah pengunjung juga boleh menunaikan ibadah sunat  ini bersama - sama pengunjung yang lain.


Selain daripada menikmati hidangan dan juadah , pengunjung juga dapat menikmati pemandangan yang indah di sekitar bandar Putrajaya pada waktu malam. Bukan itu sahaja , persembahan khas daripada penyanyi Rosma AF juga akan disampaikan dengan alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan yang mulia ini bagi menghiburkan suasana berbuka puasa.

Sambil menjamu selera , Cabutan Bertuah bakal dimenangi dengan hadiah utama iaitu "Duit Raya Tunai berjumlah RM3,000.00" , disamping hadiah - hadiah lain bernilai RM10,000.00. Antaranya ialah TV LED 40' inci dan Telefon Pintar Samsung Note 3 juga banyak lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC.

Syarikat - syarikat korporat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan , PICC juga turut menawarkan pakej berbuka puasa iaitu "Ramadhan Exclusive" di mana kadar bayarannya adalah dari RM98.00 dengan minimum tempahan 100 orang.

Bagi mereka yang berminat , bolehlah menghubungi atau melawati laman web PICC seperti berikut ;

Tel : 03 - 8887 6000
Faks : 03 - 8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook : PICC Malaysia 
Twitter : @piccmalaysia

P/S : Ty dah cuba hampir kesemua juadah yang dihidangkan , tak dinafikan memang sedap dan semua nya ada rasa dan kelainan tersendiri.

Jom u olls , ramai - ramai pakat ke PICC dan berbuka puasa di sana dengan keluarga dan rakan - rakan sambil menikmati hidangan berbuka kita dapat mengeratkan lagi ukhuwah mesra sesama umat.

15 comments

  1. Assalamualaikum ty, sedapnya. kalau berbuka tengok benda ni semua depan mata, mahu tak terkawal nafsu makan yang pelahap tu. hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Sheila , Sedap yes memang sedap. Haha kena la kawan nafsu , makan dan berhenti sebelum kenyang.

      Delete
  2. nampak jugak banner ni :) hihi..
    tapi mahal sangat pulak bagi licha yg makan sikit je ni .. good review Ty

    ReplyDelete
  3. ramai yg ckp beffet kat sini best..alahai..tergodanya tengok ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganla tergoda ja Cikgu , memang betul la apa orang semua cakap tu , drop there and try yourself!

      Delete
  4. Aaaa, nampak sedappp! nak try lah nantii! :)

    ReplyDelete
  5. jauh sgt kat putrajaya tu. pergi je da jem. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekends la Maria , banyak lagi boleh buat waktu siang sebelum berbuka ada event lain macam jualan gudang semua..

      Delete
  6. huhuhuhu...sdap2 nye makanan tuuuu

    sy follow sini...pls follow me back..tq

    http://eirza.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Ty ,pcl singgah pepagi buta kat sini...tgk meriah sangat dgn makanan. rasa mcm nak bersahur awal ni..bryani kambing !...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana pagi buta sangat tu baru nak pukul 2 je pon. Haha Sahur kambing ke PCL?

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.