"Kenapa...harus ku....Kenapa ku percaya....Kenapa...."
Tersentak di sudut sanubari yang sedang menggelamun ketika pemanduan pulang ke rumah setelah penat lelah bekerja seharian di pejabat , pabila lagu "Kenapa" nyanyian Shazzy ft. Lah VE berdendangan di corong radio. Hampir ke penghujung lagu , baru tersentak sebenarnya. Tak tahu kenapa perlu tersentak dengan barisan - barisan lirik lagu yang dinyanyikan. Pelik tapi perasaan itu lah yang muncul secara tiba - tiba tanpa disedari apa puncanya.
Masih terniang-niang di telinga ini suara dan nyanyian walaupun ketika itu sudah pun berada di dalam rumah.
"Apa kes ni?" bentak dalam hati sendiri.
Bila direnungkan , hidup kita ini memang sebuah pementasan yang penuh dengan lakonan semata - mata. Selalunya , mereka berkata "hidup ibarat" , tapi hakikatnya "hidup memang". Hingga ke hembusan nafas terakhir , maka tamatlah pementasan itu.
Berjaya atau tidak lakonan kita? Fikirkanlah sejenak sendiri , segala persoalan pasti terjawab dengan pelbagai huraian yang tersurat bersekali dengan segala yang tersirat.
Dengan ini , diri ini akui telah cuba menjadi seorang pelakon di atas pentas , baik dan jahat , kedua - duanya dipikul secara spontan. Hebat manakah , tapi sejauh manakah mampu hidup dengan propaganda yang penuh disebalik topeng dan jalan cerita yang ditayangkan umpama "good-good" saja. Bajet nak mampus , bukan.
Walaupun sedar , diri ini tidak sempurna di mata segelintir manusia yang memandang , namun Alhamdulillah masih ada yang memahami segalanya. Perkara yang lepas , In Sha Allah akan di cuci sesuci dan tak akan lagi berulang kesilapan yang sama. Janganlah diambil kesempatan terhadap diri ini lagi. Sama - sama lah kita berjalan di paksi yang betul.
Syukran , dengan mendekatkan diri pada Yang Maha Esa , segalanya terungkap. Dan sekali lagi di bulan Ramadhan juga semuanya terjawab segala persoalan. Adakalanya , terasa bodoh nya diri ini , tapi andai semua orang bijak pandai siapa pula mangsa untuk diperbodohkan. Sebenarnya , bukan bodoh cumanya bila kita sayang kan seseorang , kita mudah percaya. Walhal kita sebenarnya ikhlas.
Dalam kita sebagai manusia yang punyai hati yang berperikemanusian terhadap sesama sendiri , kita sebenarnya tidak sedar akan kebijaksanaan individu tersebut yang sebenarnya mengambil kesempatan ke atas keprihatinan dan kejujuran dalam perhubungan kita bersamanya. Jangan dipersoal di mana perikemanusian dia , sebabnya memang dia hanya dan masih dalam zon pementasan tadi. Yang mana , dia mahu kepuasan dan kehendak kehidupan dia sahaja tanpa peduli apa yang kita rasa.
Oleh itu , berhati - hati lah , cukup lah sekali keterlanjuran dalam keterlampauan sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan. Pastikan tidak lagi menjadi mangsa seterusnya di kelak hari, amin. In Sha Allah.
Luahan Hati.
datang singgah dan follow sini
ReplyDeleteTerima kasih fadhil eda =)
DeleteSALAM RAMADHAN :) JALAN JALAN PETANG :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan jugak Syira!
DeleteYeahhh, hidup ni macam2 dugaan kena tempuh dengan ragam manusia.. Ena ni dah penat sangat terjatuh, bangkit, terjatuh bangkit.. Luka masih belum elok, terjatuh lagi sekali...
ReplyDeleteKan , Ena . Apa la nasib kita ni. Luka lama masih berdarah , bertambah pula luka yang baru.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.. :)
ReplyDeleteJemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
Thank Ejulz , in sha Allah semuanya ok.
DeleteI feel you babe :')
ReplyDeleteThanks darling..huhu
DeleteAssalamualaikum TY, kadang2 sheila terasa camni gak.. hmmm
ReplyDeleteWslm , perkara normal la kot kan , semua org rasai tapi tak terfikir kot terbuat kat org lain.
Delete