Jom Iftar @ TMCC , Menara TM 2014

2:53 PM Yanty Lee 16 Comments

Salam u olls ,

Kurang lagi seminggu sahaja lagi saja Ramadhan bakal meninggalkan kita dan seluruh umat Islam pastinya akan merindui bulan yang mulia ini. Sambil itu mesti semua dah sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya nanti.

Sempenan bulan Ramadhan ini , pihak EDEN Catering bergabung dan bekerjasama dengan pihak TM Convention Centre bagi menjayakan "Jom Iftar @ TMCC , Menara TM" yang telah bermula pada 4 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014. Penyediaan adalah secara buffet


Sebelum balik ke kampung halaman , jom singgah di TMCC , Menara TM untuk berbuka puasa yang menawarkankan pelbagai jenis hidangan. Antaranya hidangan Melayu , Barat , dan Oriental termasuklah makanan popular di kalangan masyarakat rakyat Malaysia seperti Penang Char Koay Teow ,  Kambing Panggang dan Nasib Arab.

Antara menu yang sempat Ty cuba dan pastinya setiap makanan sedap dan tak ada kurang dalam setiap masakan. 





Mee Rebus











Sambil menikmati hidangan berbuka puasa , pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional. Surau disediakan secara berasingan bagi mereka menunaikan solat. Yang pastinya parkir adalah percuma kepada para pelanggan yang datang.

Harga buffet bagi orang dewasa ialah RM75 dan bagi kanak - kanak pula , RM30 dan adalah PERCUMA bagi kanak - kanak yang berumur di bawah 3 tahun. Terdapat pakej kumpulan , di mana setiap kumpulan  10 orang dewasa , PERCUMA bagi dewasa yang ke - 11. Tempahan awal adalah digalakkan. Buffet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam pada setiap hari.

Untuk tempahan , bolehlah menghubungi :-
  • Telefon  : 03-22401012 / 019-2594334
  • Emel      : [email protected]
  • Website : www.edenfood.com.my
Apa lagi korang? Rancang la , jangan lupa cuba Char Koay Teow dan Teh Tarik dari EDEN ini , memang sedap. Ramai yang tergila bayang nak makan lagi.



Kami dari KBBA ; #kelabbloggerbenashaari , antara yang memeriahkan suasana berbuka pada Sabtu lepas. Riuh dan meriah , tambahan pula anak - anak comel yang seronok bila dah jumpa geng. Kecian mak ayah nya nak mengejar. 

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya!

16 comments:

  1. wowww...dia punya menu..perghhhh

    ReplyDelete
  2. Mee rebus tu sedap kan.. kambing pun sedap.. kuey teow pun.. eh.. semua la sedap. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Senang citer semuanya sedap.....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah senang cerita , semua memang sememangnya sedap.

      Delete
  4. he he he...nice to meet you ty.... finally...

    ReplyDelete
  5. Bila lah dapat jumpa dengan korang semua.. huaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya nanti kita semua berkumpul ye , In sha Allah

      Delete
  6. Arghhhh, bentan aku tengok keceriaan korang di sini hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huyoo sampai bentan ye akak tgok ... giler argh

      Delete
  7. Assalamualaikum TY, pengat ubi kayu tu legend. hahaha terliur sheila tengok ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas pantang nanti buat Sheila..makan puas2

      Delete
  8. Replies
    1. Terliur sudahla Erra jangan la gimer pula

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen