Review : The Croods

10:43 AM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls , 

Tension? Stress? Moody?

Ty mengesyorkan korang layan movie The Croods ni.

What? Apa?
KARTUN?!!

Iye, kartun tapi sangat meaningful dan tak jemu sepanjang jalan cerita.




Okay , The Croods ialah nama kepada sebuah keluarga yang tinggal di dalam gua. Mereka hanya keluar mencari makan pada hari siang sahaja dan takut pada binatang buas juga gelap. Grug , sebagai ketua keluarga akan memastikan semua ahli keluarga berada dalam keadaan baik. Eep anak perempuan kepada Grug seorang yang berani dan cekal. Sikap ingin tahu Eep telah membawa dia ketemu seorang pemuda yang jauh lebih moden , Guy. Setelah gua yang mereka tinggal di timpa musibah , mereka terpaksa akur untuk mengubah cara kehidupan mereka dengan mengikut segala pendapat dan cadangan dari Guy walaupun Grug pada mulanya sedikit terasa dan tidak bersetuju. Guy banyak membantu mereka untuk melihat dunia luar yang tidak pernah mereka tahu sebelum ini. Eep dan Grug kerap berselisih faham tapi kasih seorang ayah dan anak takkan dapat memisahkan mereka. 

Setiap watak memang boleh membuat terukirnya senyuman dan juga gelak - ketawa terbahak². Kelakarnya, si nenek Eep. Kak Sue Izza dan Abe Que suka watak nenek ni. Rasanya semua orang pun akan suka dengan overall movie ni.

Da-Da-Daaaaa...... Trademark haiwan peliharaan si Guy , Belt.

Plan untuk menonton wayang bersama geng blogger sekitar Putrajaya tak dirancang pun , itulah bak orang kata , yang tak rancang lagi seronok dan menjadi selalu. Masing² terhibur dengan movie The Croods memandangkan masing² ada masalah sendiri. Kami semua release tension khaw² malam tu.

wajah-wajah kekasih , eh.

A big thank u to +MK Syahir for the movie treat , +Que Achmad jemput Ty dengan Mercedenz lagi u olls very the classic sangat. Kak Sue Izza yang drop me home after lepak-ing. Mawardi , nice meeting u and Najeeb & Qaseh u pep are awesome as usual.

K you olls ,  enjoy the movie yeah!

10 comments:

  1. cite memg terbaik lak...ada makna

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sis , gi la tengok mesti puas hati punya...

      Delete
  3. mane saye?? waaa tak mengajakkk..erkkk .hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak yang tak reply Whatsapp , lagipun awak ada di hospital kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Disyorkan oleh Ty dan geng Whatsapp. Abe Que dah tgok 3X.

      Delete
  5. hahahah x habis gelak lagi bila teringat citer ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... korang memang sengal... gelak2 tertiba ada yg part nk nagis kan.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen