Review Filem Rock Oo : Rimba Bara Kembali

Sunday, March 3, 2013

Salam u olls ,


Dah lama tak update pasal mana - mana filem yang Ty dah layan di panggung. Bukan la sibuk mana tapi tidak berkesempatan nak update gitu. Malas? Mungkin la. Ngeee.. 


Antara filem yang Ty dah tengok , Juvana , Bullet To The Head , Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon & Jin Pakai Toncit. Dan baru ni , memandangkan PA dan waktu rehatnya pada hari Jumaat adalah panjang, Kak Zila yang hampir 2 tahun tidak bersosial katanya ye , dia ajak Ty tengok wayang di Alamanda.

First time okay , masa rehat pi tengok wayang. Activiti ni baguih juga noo jimat sikit duit dari duk perabih bershopping sakan , setakat RM10 tu apa la sangat , kan?


Filem : Rock Oo ( Rimba Bara Kembali )
Tarikh Tayangan : 28 Februari 2013
Genre : Drama Muzikal
Durasi : 93 Minit
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikkan, Pekin Ibrahim, Azmi Black

Sinopsis :
Rock Oo adalah kesinambungan dari filem Rock yang pertama pada tahun 2005. Mengisahkan kumpulan Rimba Bara yang perlu menempuh pelbagai dugaan setelah salah seorang anggotanya menarik diri dari penglibatan dalam kumpulan itu. Lakonan Que Haidar sebagai Amy Mat Piah yang berangan untuk menggantikan anggota kumpulan tersebut dan juga menyatukan semula kumpulan itu dan sunnguh bersemangat dengan kata -kata semangatnya ; "Pantang anak petani moden mengundur kalah". Setelah banyak halangan , kumpulan ini berjaya mendapat anggota asal semula tetapi Amy hanya dilantik sebagai pengurus kumpulan. 

Memang best dan kelakar cerita arahan Mamat Khalid ni , kan an an... an? Ke OKay je ?

Sakit perut kami layan , korang yang belum sila ke panggung baru faham kenapa Ty bold ka sesetengah perkataan.

Suka dialog oleh watak Zul Kapan ; "Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikuli". - Sofi Jikan 
Jeles pula tengok susuk badan Que Haidar , kalau perempuan , sangat cantik!

4 bintang!!

12 comments

  1. Best kan cite neh?...an...an...haa.. an..an... (jijoe) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,an..an..an...an.. hahaha sangat sengal la.

      Delete
  2. nak tgk..... X boleh jadi semuanya cakap best..

    ReplyDelete
  3. mesti pergi tengok sebab rugi kalau tak tonton kerana aura rock 80-an dan jalan cerita yang memang best

    ReplyDelete
  4. mesti pergi tengok sebab rugi kalau tak tonton kerana aura rock 80-an dan jalan cerita yang memang best

    ReplyDelete
  5. best cite ni...Mamat Khalid wat detail tu props2 dia dan set2 tempat dalam filem ni semua oldskool....berbaloi tengok...lawak pun lawak...

    jemput baca gak review kami di Kakiwayang.com...

    ReplyDelete
  6. Yes setuju. He is. Sgt unique w the props. Superb.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.