Takdir Itu Milik Aku

6:57 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

Atlast! Atlast! Atlast! .... Akhirnya!

Isnin lepas , baru kebah sakit sambil berehat di rumah Ty berjaya habis membaca sebuah novel dari 
Siti Rosmizah bertajuk Takdir Itu Milik Aku


Yeah ! Benar , takdir itu milik aku !
Hanya Allah s.w.t yang menentukan segalanya dan tiada sesiapa pun mampu mengubahnya.
Moga-moga selepas ini apa yang Allah s.w.t aturkan perjalanan hidup Ty akan memberi sinar dalam hidup ni.
Amin.
(semua doa-doakan juga ye untuk Ty)
Sinopsis :                                                                                                                        Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya,Nek Wan. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka. Terseksa hidupnya tetapi akhirnya Dian Zara kecapi bahagia dengan memaafkan dan menerima kembali Zarif.
Masa Ty baca novel ni , Ty memang sebak bila ayah Dian terseksa oleh emak saudaranya merangkap isteri ayahnya setelah ibunya meninggal. Sedihnya ayahnya meninggal dunia selepas Dian balik dari kerja dan tak sempat bagi ayah dia makan ayam goreng berempah yang ayah Dian teringin sangat. Nangis ok! Boleh terimagine kalau ada kat tempat Dian & ayah nya hanya diberi makan nasi putih + air garam sahaja daripada emak saudara yang kejam tu. Huh! Tebal sangat buku ni , tapi realiti mungkin ada la juga al-kisah macam ni.


Ty tetap rasa novel Andai Itu Takdirnya berada di carta no. 1 dalam senarai novel-novel Ty pernah baca.
Meleleh je air mata tak henti-henti. Penulis novel , Siti Rosmizah memang penulis yang kebaboom!

Hurm , next novel? Novel apa ye best nak layan?

10 comments:

  1. dah baca dah novel ni.
    Suka lagi novel andai itu takdirnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. we r the same comment and prefer Andai Itu Takdirnya

      Delete
  2. hi..
    pestime dtg sini..
    betoi tu...siti rosmizah punyer novel mesti kebabomm
    memang kena stanby tisu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello..
      Tisu Ty banyak habis untuk novel 1st SR bukan novel ni.

      Delete
  3. hurm,, sy mmg minat ngan novel2 tulisan SR ni and expect more utk novel Takdir Itu Milik Aku but sedikit hampa ngan jalan ceritanya. Agak berat dan ada masanya sy jadi boring baca. Apapun,, lain org lain pendapatnya kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes , memang agak berat dengan jalan cerita yes kadang-kadang agak boring juga tapi dia lembut hati senang je terima balik huh tapi maybe kalau Ty kat tempat dia pun xtahu apa yang jadi dengan keputusan untuk kecapi kebahagiaan atau x. Yes , lain orang lain pendapat.

      Delete
  4. Dah baca dah novel tu,sadis sungguh penyeksaan Dian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan , sesangat sadis penyeksaan yang dialami oleh sesama manusia yang tak berhati perut.Kecian.

      Delete
  5. wah sedih nye cerita ni.. nak cari lah nove ni nnti.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari2..tapi tebal kaki novel je boleh layan bila meleret punya part.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen