Raya Aidilfitri #2012

Monday, September 10, 2012

Salam u olls , 

Lama tak berstory-mory. Sebenarnya agak sibuk dan mencari ruang masa dan untuk diri juga. Ok , macam mana sambutan hari raya korang semua untuk tahun 2012 ni? Meriah tak , cat rumah ke tukar perabot ke bercuti ke dengan seisi keluarga dan sebagainya , yang pastinya masing-masing ada cara tersendiri menyambut hari raya.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Syawal akan meninggalkan kita tapi Ty baru nak hapdet. Masa di kampung memang xde mood nak buka lappy / blogging melalui Note. Maaflah ye. 

Menjelang raya tiba , rumah Ty di Penang masih agak lintang pukang. Entah apa mimpi kedua orang tua Ty nak mengecat rumah. Mak aih! Tapi alhamdulillah hanya di ruang tamu tapi itu pun 5 orang juga la mengecat. Sambil mengecat , Ty pasang lagu raya - kononnya nak bagi suasana nak raya la. Tapi bila part lagu raya Warna Warni Aidilfitri dan kami semua gelak sebab di dapur warna light green dan di depan light yellow. HaHaHaHa Kan dah warna warni rumah Ty ni?

Habis semua perabot dialihkan sebab aktiviti mengecat.

Raya Pertama

Lepas Zohor , kami sekeluarga dah bersiap nak bertolak ke kampung mummy  Ty di Ayer Itam , Pulau Pinang. 2 kereta gerak ke sana tapi jalan mana pun jem. Yelah , public holiday la katakan. Kami adalah keluarga terawal yang sampai terlebih dahulu di rumah peninggalan mak & bapa keluarga mummy yang sekarang ni hanya kakak sulung mummy , adik second last mummy dan sepupu dengan keluarganya yang tinggal kat situ. Sampai je terus makan nasi tomato , kalau cacag yang masak memang xde la yang xsedap. Puasa penuh lagi tahun ni, alhamdulillah so bedal je masa raya ni. Gathering di hari raya pertama dengan semua ahli keluarga di rumah kampung memang dah menjadi kewajipan. Sesi bergambar pun salah satu aktiviti yang wajib selain dari bermaaf-maafan dan bersembang sampai riuh rendah jadinya.

Keluarga Ty yang menhijaukan suasana di hari raya.

Anak - anak saudara , Penang panggil anak menakan.

Sepupu gegirl

Sepupu boboi

Aunties 
No pictures of uncles? Daddy Ty je ada yang lain dah xde dan actually waktu bergambar de yang xde pula.

Selesai saja beraya sakan , Ty yang request nak balik rumah sebelum 8 malam sebab nak layan Vanilla Coklat Raya. Walaupun malam tu semua sepupu Ty plan untuk pergi main bowling , Ty sanggup tak ikut dan memandangkan demam baru nak kebah jadi baik rehat je di rumah.

Raya Kedua

Alhamdulillah demam dah hampir susut. Mummy & Daddy sibuk di dapur , masak sangat special untuk makan tengah hari. Pergi pasar pepagi ; beli ikan kerapu bagai u olls. Rupanya mummy  masak gulai ikan , dan lauk pauk yang sangat marvelous. Dan mummy ada jemput kakak - adik dia untuk makan tengah hari di rumah dan yang paling awal datang keluarga Mak Ju sahaja ; adik bongsu dalam keluarga mummy. Mummy ada juga sebut suruh ajak kawan-kawan Ty tapi Ty tak pun mengharap mereka akan datang sebab Ty hanya SMS sahaja.

Ain & Lalitha

So surprise bila Affida dan family sampai , sangat tak sangka sebab Affida dah kata yang dia akan ke Kulim. Tapi Affida hanya singgah sekejap sebelum gerak ke Kulim. Dan selepas sahaja pergi terus Lalitha pun datang. Dan Ain pun datang dengan roti banggali , u olls! Kononnya tak nak makan nasi dan just nak datang makan roti banggali dan gulai. Seriously , terharu sangat sebab dengan keadaan tidak berapa sihat dan tertekan mereka datang menggamitkan suasana di rumah. Dan mummy  pun senang bila ada yang makan masakan dia. Lalitha lepak hampir pukul 9 malam. Rindu pula zaman kerja kat DELL dulu tapi alhamdulillah persahabatan kami kekal walaupun masing-masing dah tidak lagi bekerja di sana.


Malam tu , sangat la bosan tapi dah makan ubat jadi kononnya nak tidur tapi boleh pula sepupu call dan bbm ajak main bowling. Nampak sangat kan dia orang tak puas berbowling semalam. Kami berjumpa di Sunshine Square dan seorang main 2 game. Huh , masa main tu Ty asyik menguap bukan sebab boring tapi dah menggantuk mungkin ubat yang Ty dah amik.Dah puas main , gathering di Nasi Kandar Kayu untuk supper sebelum balik rumah masing-masing. Mata dah tak mengantuk sampai 4 pagi u olls. Owh!

Raya Ketiga

Huh , terlelap sampai terasa macam ada yang call. Eh , opkos la ada yang call Ty. Kawan baik Ty , Ain call alhamdulillah la dia call sekali Ty dah terjaga. Patutnya nak pergi beraya di rumah Affida dan Affida nak beli sikit barang yang nak di bawa balik ke KL. Tapi tertiba plan  bertukar , Affida terpaksa tunggu kawan se"u" dia ontheway datang dan kebetulan , Adila call suruh datang juga rumah dia, selepas perbincangan. Ty dan Ain pergi ke seberang ke rumah Adila dahulu sebelum jumpa dengan Affida dan kawannya,Zila. Ya Allah , rindu gila dekat Adila dan lama juga la kami duduk kat sana sementara Affida nak selesaikan hal dengan kawan dia. Bergambar tu harus walaupun dah sememey kami , u olls.


Ke rumah Affida lepas ain settle sikit kerja dengan papa dia, OMG pergi rumah Affida , makan lagi. Tidak , naik la berat badan kami sekoq-sekoq baq ang. Tapi memandangkan raya lupakan pasal berat badan rugi kalau tak melantak. Sempat ke Queensbay , Affida yang drive u olls! Sekejap je pergi then Ain n Ty pun balik dan alhamdulillah Affida dan Zila selamat sampai di rumah selepas mereka dia orang shopping. Rezeki makan lagi , mummy  beli KFC tapi xlalu sangat nak makan sebab terlalu kenyang.

Raya Keempat

Open House! 
Untuk kawan-kawan Ty dan adik je yang banyak memeriahkan suasana open house tahun ni. Seronok sangat sebab ramai kawan Ty datang bertandang. 

Mimi & Ling Fen

Penang Free School mates

Min Wei , Ain & Ling Fen

Sara & Junus pun datang just that xsempat bergambar.Thank U guys!

Raya Kelima

Berehat di rumah. Dapat call dari Wani , nak jumpa . Jadi alang-alang hari ni Open House dekat rumah Ain jadi jumpa je kat sana nanti. Lepas Asar , dah bersiap dengan mummy & daddy  pun ikut sama. Wani sampai about 6 dan beraya di rumah Ain sampai malam. Lepas bercerita dan makan , teman Wani ke Tesco. Tengah layan tv di rumah , boleh dapat panggilan dari Ain , ajak keluar dengan Sara , Junus dan Kak Aida. Tak pandan dengan nak gerak balik Putrajaya esok. Betul-betul raya sakan di Penang kan?

Raya Keenam

Lepas makan tengah hari seisi keluarga di Minah Restoran , Gelugor kami berpecah dengan daddy dan adik. Bermulalah perjalanan kami ke Putrajaya sedangkan orang lain sedang bergembira menyambut hari raya dengan mengunjung sanak saudara , sahabat dan mesti ramai buat open house. Walaubagaimanapun, kerja harus diutamakan. Berkhidmat Untuk Negara. Kerja pada pagi buta di raya ketujuh u olls dah terpacak di KLIA. 

Raya Ketujuh

Berehat sahaja di rumah dan lepas sambung tidur setelah berkhidmat untuk negara , tengok - tengok mummy dan kakak dah keluar tapi ada kawan minta tolong jemput di LCCT jam 10 malam , jadi call mummy dan bagitau. Ikutkan mummy tak bagi sebab hujan tapi takkan nak mungkir janji , kalau nak fikir bahaya bagi Ty mana-mana / apa-apa nak jadi tu dah suratan , kufayakun. Huh ! Esok kerja u olls bayangkan xleh nak tidur malam tu dan tak leh nak dibayangkan kerja bertimbun dan emel mesti penuh. Oh tidak!

Ha , seminggu beraya ala Ty. Korang?

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.