Minggu Kedua - Cabaran Bermula Di Program Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-10 Dengan Coach Cem

Wednesday, March 28, 2018


Salam uolls ,

Okay straight to the point. Menghitung untuk masuk ke minggu ke-2 sesi kurus tapi sihat ini memang teramatlah jiwa kacau apatahlagi buat Ty yang perlu attend food review , sebahagian dari punca rezeki juga tu. Dengan dinner office pula , dugaan baq ang!

Coach Cem suh wefie paling buruk , tetap comel semua.

"Ada orang tu makan kek semalam !"

Okay , ginilah bila jadi retis ni susah sebab apa buat pun ada je stalk. Eh poyo pula , kisahnya Coach NRO ternampak pula IG Story & IG Post Ty ,  maka sesi workout Sabtu dan Ahad memang menjadi tumpuan. Paling tak tahan , terus rasa takut tunggu sesi penimbangan pada Ahad pagi.

Masalahnya birthday treat non stop. Sis habis kawal makan uolls , sumpah ! Air manis memang tak minum oi. Acah - acah bergambar aja sebenarnya , kasi can la nak mencampap sekali sekala. Tak gitu.

Morning Cardio 1.3km satu Tasik Cyberjaya sebelum mula Jimba Sama-Sama - less than 12mins

Jimba Sama-Sama : Team-building 
Sesi kenal suai , sebabkan minggu pertama tak berkesempatan sangat jadi minggu kedua ini adalah sesi yang sangat bonding sesama kami. Bergabung demi mencapai matlamat dalam setiap aktiviti yang di minta untuk selesai.

Mata dah tutup tapi kena pakai juga plastik , dari berpecah kena laun bunyi binatang (kucing) untuk berkumpul kembali kesemua ahli kumpulan

Rantaian terpanjang , habis kalau boleh nak ditanggalkan nak bagi panjang garisan lurus ni

Gigihla sepakat nak kukuhkan lidi jadi satu gelungan besar , datang Coach Cem terus diputuskan sekelip mata.

Mak Pak Hakak Hadek Kiah Beli Barang Dapur

Sebelum ke Jaya Grocer , D'Pulze Cyberjaya , sesi timbangan adalah wajib dan ianya merupakan yang kali pertama setelah mengharungi cabaran untuk seminggu. Alhamdulillah , turun dari 61.8kg ke 59.9 kg. LEGA!

Buka je mall , kami serbu memenuhi ruang yang pada mulanya kosong - lenggang. Nampak sangat budak - budak JK1M nak beli barang dapur. Nak kurus la katanya.

Yang ni tak boleh makan - Coach NRO



"Mahal nya aih , harga makanan dia !"
Okay , ini adalah antara komen yang Ty terima dari netizen yang tidak ada kesedaran lagi. Tapi Ty tidak menafikan memang harga makanan yang digalakkan bagi pengambilan sesi kurus dan sihat ini adalah jauh berbeza harga nya berbanding dengan makan yang biasa di ambil.

Kenapa mahal?
Okay , setiap makanan / minuman yang sihat ini bukan senannya untuk diproses babe! Bukan calang - calang makanan. Ada tu memang rare la , belum tentu tekak orang Malaysia ini mampu bertahan ala - ala atlet dari negara luar seperti Australia , contohnya. 

"Have - have la makanan dia sekarang ni.."
Tapi , mana yang tak mampu mahupun suka dengan makanan / minuman yang disyorkan oleh coach - coach , kami masih bolehlah makan Thosai Rawa , Telur Rebus , Telur Separuh Masak , Epal Hijau dan even segenggam nasi putih dengan sayur juga ikan / ayam yang hanya dibakar atau direbus. Jadi tiada istilah mahal. Hak masing-masing , bukan paksaan.

Mampukah Ty turun 1 kg lagi pada minggu seterusnya , baca next entry gais!

37 comments

  1. Seronoknya program ni. Selain dapat ilmu bagaimana hendak mengikuti gaya hidup sihat, kita dapat ramai kenalan juga

    ReplyDelete
  2. Sejak yanty join jom kurus ni..dah makin slim..kan..kan

    ReplyDelete
  3. Caiyok Ty ! kurus sangat pun tak helok Ty dah la hg tu tinggi. But nice looking. All the best.

    ReplyDelete
  4. Cayalah Ty.. walaupun banyak dugaan (makan), tapi dapat juga turunkan berat badan.. 👍👍👍

    ReplyDelete
  5. setuju sgt, nak kurus tak semestinya kena beli brg2 mahal, yang penting bijak kawal pemakanan dan ilmu tentang kalori makanan yang masuk dalam perut kita. Best of luck Ty

    ReplyDelete
  6. Salute Ty...bila agaknyer k.sal nak join group gini..

    ReplyDelete
  7. Semoga Ty berjaya turun 1kg untuk minggu seterusnya.

    ReplyDelete
  8. Hahahahha, kene tegur dgn coach ke tuu 😂

    ReplyDelete
  9. Memang best JK1M ni..banyak input yang dapat

    ReplyDelete
  10. Mennarik program ni..makin kurus la Ty pasni.. jaga makan minum dan pastikan selalu bersenam..

    ReplyDelete
  11. Makanan eat clean memang mahal, tapi demi nak sihat semua tu tak boleh berkira sangat kan?

    ReplyDelete
  12. Masih single nak join evennt apa apa senang sikitkan Yanti.... nak kemana mana senang.
    Yg penting enjoy. Raya ni sure lagi vouge lah kan...

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Yang penting sihat jangan terlalu kurus.

    ReplyDelete
  14. cayalah jangan kurus sangat ... nanti nampak macam tulang pun tak cantik sebenarnya kena ada curve haa curve tu yang penting macam scarlett johansson...

    tapi bestlah banyak event boleh join... i ada komitmen anak-anak jadi banyak urusan di rumah je hehehehhee.. tunggu bebudak ni besar lah mak ke sana ke sini je nanti hehehe

    ReplyDelete
  15. Cayalah Ty, tapi jangan la kurus sgt..nanati x lawa nak pakai kebaya..hehehe...nak raya dah ni...apapun akak doakan semoga ty berjaya...

    ReplyDelete
  16. Mesti setiap minggu rasa berdebar-debar masa nak timbang berat badan kan. Bestnya kalau dapat join program macam ni. Berat dan lelemak pon dah mula membiak nih.

    ReplyDelete
  17. Moga turun lg sekilo next week. Seronok jugak tiap2 minggu berat turun ya tp yg tak seronom kena control makan..tp sebenarnya bagus control mkn ni..demi kesihatan juga kan..

    ReplyDelete
  18. perasaan gak, kalau makanan sihat yang sangat sesuai utk mereka yang nak kurus, mesti harga dia lain macam drp barang biasa...tu yg ramai masih belum kurus haha

    ReplyDelete
  19. Program yang bagus to motivate us to work harder. It is a good experience for all of you and I wish I could join too.

    ReplyDelete
  20. Tengok beli barang dapur tu macam tak makan sebulan jer hehehehe. But cabaran kedua ni nampak kesan tak kita pun nak cuba juga hehehehehe...

    ReplyDelete
  21. Kesian pada blogger yg sedang dlm usaha nak menguruskan badan sbb review ramadhan sdg banyak. Semoga terus cekal ye Ty. Good luck ! 😉

    ReplyDelete
  22. Haha comelnya tutup mata pakai plastik. Dugaan betul la nak kuruskan badan time musim byk food review ni ha. Haha nasib baik kita takde plan nak diet pun

    ReplyDelete
  23. This team building session looks so fun. I like these activities where you can help each other and get to know others better.

    ReplyDelete
  24. Wah dah turun lah berat ty. Jeles tgk. Kita dok attend food review lepas tu dok melantak air manis dan makan tak hingat pula tu. Acaner nak kurus macam ty. Good luck ye.

    ReplyDelete
  25. Yanty nak kurus ke nak sihat. Hehehe. Akak Doakan tyyy terus sihat dan terus melakukan senaman yang coach ajar walaupun dah tamat jom kurus. Ingat tu!

    ReplyDelete
  26. Gigih saya pun kat rumah mood Jon Kurus sorang sorang. Feeling healthier kot kalau Kita Jaga permakanan Dan bersenam.Go go Yanty!

    ReplyDelete
  27. Betul tu kurus tak semestinya sihat.kena jaga tahap fit juga.bestnya dpt join program macam ni

    ReplyDelete
  28. Yeay congrats on losing some weight off! However i do feel that it is alright to take in a bit of indulgence once a week at least so that you dont feel like you are making yourself suffer. There's no point in trying to lose weight and being healthy but you are going to torture yourself emotionally. Have it balance!

    ReplyDelete
  29. Kuruskan badan? Hahahah sekarang nie tengah berselera lagi.. Tunggu la nanti, Bro sure kurus tanpa bro sedari... Selalunya macam tue la... Badan nie naik turun ikut nafsu tuan dia hahaha

    ReplyDelete
  30. Seronoknya kalau ada geng untuk sama-sama kurus, barulah ada semangat sebab boleh berlumba siapa yg kurus dulu, now sensorg je...tu yg lemau je bila nak excersice.

    ReplyDelete
  31. Seronok sangat ni! Terbaik lah kak ty <3

    ReplyDelete
  32. It seems a fun activities and team bonding. Everyone enjoying the activities and outing together. I wish I am in the team. hehe

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.