Kosong Minda Bila Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort , Sandakan , Sabah

12:00 AM Yanty Lee 37 Comments


Salam uolls,


Baru-baru ni Ty ke Sandakan, Sabah. Tapi tidak bermalam di bandar kota sebaliknya menyambung perjalanan ke daerah Sukau.


Ty dan rakan blogger, menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort selama 3H2M. Perjalanan dari check point - Hotel Sandakan ke resort menaiki bas yang disediakan oleh pihak resort mengambil hampir 2 jam. Jadi masing-masing mengambil peluang untuk repeat tidur memandangkan ada di antara kami bermalam di KLIA2 kerana penerbangan ke Sandakan seawal jam 6.25 pagi. Takut terbabas kekdahnya.


Setiba di resort, kami di sambut dengan minuman dan dendangan lagu tradisional. Sangat welcoming. Sebelum diberikan kunci bilik, sempat kami di beri penerangan serba sedikit tentang jadual sepanjang di sana.

Aktiviti Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort
River Cruise


Kami ada 4 kali sesi, 2 di sebelah pagi dan 2 lagi di sebelah petang. Apa yang Ty paling tak sangkakan ialah kami sebenarnya telahpun menyusuri Sungai Kinabatangan yang panjangnya hampir 560km.



Sepanjang menyusuri sungai ini, kami berpeluang untuk melihat sendiri BuayaProboscis MonkeyBurung HelangBurung Udang Merah , Hornbill. Sayangnya kami kurang bernasib baik kerana tidak dapat melihat gajah. Walaupun di sungai ini banyak buaya tetapi sepertinya mereka agak pemalu.

 In the 📷: Hasif Hamsyari

Jungle Trekking
Ada 2 sesi , di sebelah malam dan pagi


Pada waktu malam, kami amat teruja kerana dapat melihat langit yang dipenuhi dengan bintang. Cantik sangat. Ruginya part ni tak tersnap gambar pun. Bagi rakan yang berada di hadapan, mereka sempat melihat skunk. Masuk hutan malam ni, pengalaman baru Ty pakai kasut getah ala Phua Chu Kang tu uolls, jenuh juga pada mulanya nak jalan.


Lain pula dengan sesi sebelah pagi, kami redah hutan sampai ke sebuah perkampungan. Dapatlah  lihat peninggalan najis gajah sahaja yang dah lama. Masa di perkampungan,rasa tenang, aman damai je uolls. Lepas aktiviti ini , kami lebih santai , ronda kampung sambil pekena pisang goreng sebelum ke river cruise sebelah petang.

FREE & EASY
Walaupun , sesi free and easy tetapi pihak resort ada acara santai untuk pengunjung yang menginap di resort. Antara , persembahan oleh pekerja resort , menari tarian poco-poco dan acara permainan. 



Kami juga sempat mengambil peluang untuk berkongsi cerita dengan pemandu bot kami sebelum ke kamar , kira bed time story gitu.

Pengalaman yang Ty rasa bukan senang untuk dapat , bila bila di sini memang dapat berehat sepuas-puasnya. Uniknya kayu yang digunakan untuk keseluruhan resort ini adalah daripada kayu berlian. Walaupun sebenarnya berada di dalam hutan , tapi bilik tidur resort inin seperti di bilik mewah yang sangat romatik apatahlagi bilik air pun tak ada rasa timbul tidak selesa.

Bilik Dan Harga Bilik Untuk 3 Hari 2 Malam
Dormitory - RM385/
Dalam dorm ni boleh buat dalam kira-kira 6 - 7 orang , bilik airnya ada di luar yang lengkap. Sesuai untuk bagi kumpulan sekolah / universiti yang datang untuk program teambuilding etc. 


Katil double decker , setiap penjuru katil di atas ada soket plug. Jadi tak ada masalah untuk berebut nak caj apapun gadjet etc.


Cottage - RM477/person

 Sangat cantik view , bangun pagi mesti rasa tenang

Deluxe - RM530/person
Nak honeymoon , sesuai sangat olls.




Harga termasuk:
- Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
- Guide untuk semua aktiviti
- 4x river cruise
- 1x night walk
- 1x jungle trekking
- Penginapan
- Makan dan minum

Harga tidak termasuk:
- Barangan kelengkapan lain (sewa)
- Perbelanjaan peribadi
- Makan dan minum selain dinyatakan
- Penginapan tambahan

Buat uolls yang ingin tahu lebih lanjut mahupun membuat tempahan boleh menghubungi ;
No.Tel : +6017 927 9128 (Fred) / +608 921 8372

Sangat recommended , uolls!

37 comments:

  1. Wahhh sangat back to nature, giler best!

    ReplyDelete
  2. Cantik betul pemandangan di sana ya..harga penginapan pun berbaloi

    ReplyDelete
  3. Fuyoo cantik betul pemandangan kat sini.. mesti seronok ni kalau dapat pegi..

    ReplyDelete
  4. BESTNYA ty..dah la tempat cantik sangat2

    ReplyDelete
  5. seronoknya TY, tak pernah sampai sandakan, nak masuk dalam bucketlist cuti-cuti malaysia la resort ni. damai dan tenang jer

    ReplyDelete
  6. Waaa, cantik-cantik view kat sini ye.

    ReplyDelete
  7. Akak kalau nak release Minda dan cari inspirasi. Suka masuk Hutan macam ni. Best sangat. Barulah lega. Tapi itu dulu. Sekarang ni akak suka tido kat rumah. Hahaha. Penat la lately. Nanti tunggu anak besar. Mereka nak tengok crocodile.

    ReplyDelete
  8. Wa.. bestnya. Ritu gi sabah area kk n kundasang je.. sandakan untuk next plan.. boleh la nk try kesini

    ReplyDelete
  9. Cantik! Nampak tenang ja kat situ. Bestnyaaa

    ReplyDelete
  10. bestnya view sana.. nampak tenang je.

    ReplyDelete
  11. bestnya pergi borneo.. tempat dia mengasyikkan... harga untuk 3D2N pon berbaloi.... jimat jugak tu.... mmg tmpt2 macam ni best utk release mind kan... sbb tu kalau kem kecemerlangan pelajar, dia akan bawa ke hutan2 cmni.. hehehe... nk survey la nnti tmpt ni g holiday..

    ReplyDelete
  12. cantikkan pemandangan. Sesuai untuk lari hiruk pikuk bandar. Tunggu anak-anak dah besar dan nak berjalan dengan suami habiskan duit keliling Malaysia jela dl hahahha

    ReplyDelete
  13. Baru nak tanya, buaya tu semua baik-baik ye? Takut pula nak naik bot kalau tahu ada buaya..hahaha...cantiknya bilik tuuuu

    ReplyDelete
  14. perghh... cantiknya! rindu sangat nak pergi lagi. memang tenang! dengan suasana yang cantik, awan-gemawan yang berkepul-kepul macam tu. malam pulak penuh dengan bintang. pergh!

    ReplyDelete
  15. Kalau trip back tu natural macam ni, memang kena kosongkan minda betul-betul. ineternet connection campak ke tepi dulu. berkawanlah dengan alam..kalau jumpa Tombiruo, kirim salam..

    ReplyDelete
  16. Memang cantik pemandangan di Borneo. Tenang saja tengok suasana di sana. Memang sesuai sangat kalau diadakan aktiviti aihat dan dijadikan twmpat kita melepaskan tekanan.

    ReplyDelete
  17. suka sangat tengok penginapan dlm hutan tapi modern mcm ni

    ReplyDelete
  18. Ya ampun, bestnya..kalau ada rezwki boleh datang sini. Tengok ukiran kayu tu, tempat tinggal dia, cantik betul. Tenang je.

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya not bad juga harga tu sebab pakej dah siap semua. Tinggal nak beli tiket flight and pergi je.

    ReplyDelete
  20. wah menarik betul tempatnya, memang sangat gorgeous indahnya ciptaan tuhan, paling best i tengok yang ada jacuzzi tu, betullah siap dengan harga pakej, nampaknya kena pergi lah satu hari nanti berhoney mooon ;)

    ReplyDelete
  21. Bestnya tengok..rasa nak lari hari ni terus ke sana..nak tenangkan fikiran. Harga pun nampak berbaloi sangat

    ReplyDelete
  22. Cantiknya bilik dia..nampak antik dan klasik gittew...pling best setiap kali bangun tido dapat tgk view hijuau yang cukup mendamaikan

    ReplyDelete
  23. back to nature. Memang boleh hilang terus stress ni bercuti kat sini

    ReplyDelete
  24. Subhanallah. Cantik sangat dear tempat penginapannya. Kita tak pernah sampai Sandakan lagi. Kena tambah 1 lagi wishlist nampaknya ;)

    ReplyDelete
  25. wow cantiknya bilik dia..suka tengok design kayu macam tu..vintage sangat..view pun cantiknya..back to nature sangat...nak holiday jugakk..

    ReplyDelete
  26. Ty mmg suka aktiviti lasak mcm ni kan. Hakak kurang suka Ty....Takut weyh nak masuk hutan hahaha....

    ReplyDelete
  27. Ya Allah cantiknya bilik u duk yantee...
    Bestnya back to nature kan

    ReplyDelete
  28. Love the sights and photography that was taken here- you can definitely see the beauty of it all. Love the activities that you did there too-looks like it was so much fun :)

    ReplyDelete
  29. thank you for your entry . hehehe rindunya sukau. best meriah kan semua gelak ketawa je kita kat sana hehe

    ReplyDelete
  30. kakkk. rindu sukau camne ni? bilik best, suasana best, makan best. semua pun best! rasa fresh otak ni pas balik. next kumpul kat kapas pulak okay.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen