D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat , Shah Alam

9:36 AM Yanty Lee 1 Comments



Salam u olls ,

Baru ni Ty balik Penang , semua kengkawan pakat tanya pada Ty makan grill & steamboat kat mana? Gara - gara Ty post few pictures on Instagram linked to FB tho Twitter too. OK , meh Ty kongsi sikit apa yang menarik kat Restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steambout yang terletah di Seksyen 13 , Shah Alam.



Kat sini pada asalnya hanya menyediakan masakan berasaskan steamboat  dan pengunjung di beri 2 jenis pilihan sup iaitu sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan. Antara pilihan aneka makanan laut yang segar adalah udang besar , ketam , kupang , kepah , kerang , sotong , isi ikan , bamboo lala dan banyak lagi. Begitu juga dengan pelbagai jenis bebola , sayur - sayuran , aneka mee dan juga fucuk.







Pengunjung juga boleh memilih penyicah yang ada terdapat pelbagai pilihan sos yang mana di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas , Sos Cili Thai , Sos Manis , Sos Bawang Putih , Sos Lada Hitam , Sos Yong Tau Foo dan macam - macam lagi.



Kambing Panggang pun ada . Jadi bagi yang memang penggemar tegar setia boleh la rasa sendiri. Ty yang kurang gemar pun admit sedap , lembut tambah pula dengan sos black pepper pula. Terangkat! Boleh juga makan bersama sos cendawan yang disediakan khas oleh Chef.



Ini pula antara menu baru yang diberikan pembaharuan oleh Chef sendiri bagi menu grill. Antaranya ialah Chicken Mozza , Chicken Castello , The Toretto Meat , Cappucino Meat , The Krusty Crab , Super Prawn , Squidward , Keli Yolanda , Dory Drive , Patin Annabel , Pari Perry dan macam - macam lagi. Menu ini ada sikit stail ala - ala Cina dan India terutamanya dalam rempah perapan. 



Ini pula side dishes yang ada buat pencuci mulut , rojak buah , pelbagai jenis kuih - muih tempatan , puding , aneka kek , aiskrim yang sememangnya menjadi kegemaran pengunjung dan tak lupa juga ada ais kacang corner juga disajikan.



Kalau yang memang minat makan melantak steamboat leh la datang sini yang menawarkan hampir 199 jenis hidangan pada setiap hari. Ruang makan dia pun santai dan kalau ada gathering apa-apa function boleh je ke sini juga sebabnya restoran ini boleh menampung dalam 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian berpenghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Yang pastinya kemudahan seperti surau juga ada dan selesa begitu juga dengan tempat parkir kereta.



Dengan adanya pembaharuan , harga terbaru juga ditawarkan amatlah berpatutan iaitu hanya RM33/- bagi dewasa dan RM18/- pula bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun. Menariknya , bermula April 2016 yang lepas , restoran ini ada membuar "Sunday Family Day" yang mana bermula daripada pukul 11 pagi - 3 petang , harganya pula hanya RM22.90/- bagi dewasa dan RM9.90/- bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun . Jadi boleh la luangkan masa bersama keluarga dan rakan - rakan di hari minggu sambil menikamti makanan ala steamboat ni.

Untuk pengetahuan u olls , D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini pernah menjadi pilihan beberapa rancangan TV seperti ; Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) , Nasi Lenak Kopi O , The History Channel dan Discover Selangor- Selangor Food Channel.

Maklumat lebih lanjut tentang restoran ini :
Alamat : 
D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
Sri Acapella Service Apartment
No.1 , Jalan Lompat Tinggi 13/33 ,
Seksyen 13 , Shah Alam , 
40100 Selangor Darul Ehsan.
Talian Untuk Dihubungi :
012-2971091 / 017-5076274 / 03-55234979
Instagram : @dkayangansteamboat

1 comment:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen