Roti Canai Hipster Warna Warni Pak Ayop Tip Top di Pantai Dalam

Monday, June 22, 2015

Roti Canai Hipster - Warna Warni

Roti Canai Hipster Warna Warni | Wah menarik , selalunya kita tengok dan makan roti canai biasa yang asli tapi di kedai makan Pak Ayop Tip Top yang terletak di sekitar kawasan Pantai Dalam memberikan sedikit kelainan. Makanya , tercipta keunikkan menu sarapan pagi iaitu roti canai hipster yang berwarna - warni. Dihasilkan dengan sedikit pewarna , rasa masih sama dan tidak terasa langsung pewarna yang dikenakan ke atas adunan roti canai.
Selain kuah kari  , dhal dan sambal yang datang bersama roti canai sebagai untuk di cicah , terdapat juga kuah rendang daging , sambal sotong dan sambal kerang sebagai tambahan. Rasa kesemua pencicah untuk roti canai hipster ni memang sedap. Ngap ke mulut dan ngam sedap gitu.
Aksi penebar roti canai hipster.

Antara menu lain yang menjadi tumpuan , Teh Ais . Walaupun biasa dah minum di mana - mana tapi rasa air ni memang kaw manis secukup rasa. Memang puas minum air teh ais ni apatahlagi dengan gelas yang sangat besar. Hilang dahaga kau!
Bagi yang tak cukup dengan hanya makan sekeping dua roti canai tapi nak makan menu sarapan yang agak berat sikit , boleh la cuba Lontong Rendang Daging atau Nasi Lemak Ayam Berempah. Ada banyak lagi lauk pauk mengikut selera masing - masing.
Dan kenyang makan sarapan pagi , atau mungkin sebelum pekena sarapan pagi dekat sini , korang pun boleh jalan dan cuci mata dekat pasar pagi sepanjang jalan berdekatan. Boleh la beli bahan mentah untuk masak makan tengah hari atau malam. Macam - macam la ada dijual di sini.
Restoran Pak Ayop Tip Top juga buka sehingga waktu malam. Jadi boleh datang makan untuk tengah hari dan malam juga. 

Buat korang yang nak rasa Roti Canai Hipster nanti boleh datang ke sini. Bulan puasa ni pun ada jual kat bazaar Ramadhan. Jadi dapatkan bolehlah korang semua dapatkan dan makan dengan penuh gaya hipster sambil berbuka. Curlass!

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa , semua!

7 comments

  1. memang tip top la..bukan senang nak adjust berapa banyak pewarna nak letak, supaya hasilnya tak lah pucat / over sangat sampai orang takut nak makan

    ReplyDelete
  2. Warna warni roti canainyaa. Buat ena tertarik untuk mencuba!

    ReplyDelete
  3. sedapnya... lagi sedap kalau dapat berbuka bersama. ehhh.. ;p

    ReplyDelete
  4. Sebelum nie roti berger warna warni.. Sekarang Roti canai pula.. Lepas nie agaknya apa ye kreativiti orang kita.. seronok tgk kepelbagaian yang ditonjolkan.. demi rezeki yang halal..

    ReplyDelete
  5. Assalam ty,
    besa dok dengor roti kalerpul ni
    jauh bebenor nak try test he3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.