Ombak Rindu

9:13 AM Yanty Lee 4 Comments


Izzah seorang guru agama yang mengajar di kampung , tragisnya apabila pak cik nya telah menjualkannya ke rumah pelacuran dengan hanya memberitahunya perlu ke bandar dan bekerja demi memerlukan wang untuk pembedahan mak cik nya. Pelanggan pertama nya adalah seorang playboy yang kaya , Harriz , Izzah merayu untuk dikahwininya dan membawa dia dikeluarkan dari tempat itu. Mereka berkahwin , tanpa disedari Harriz telah jatuh cinta dengan dia. Hubungan keluarga dan kawan rapat antara Mila telah mengundang kepada sebuah tekanan kepada Harriz sehinnga terpaksa berkahwin dengan Mila tanpa sesiapa yang mengetahui Harriz telah pun berkahwin. Oleh itu , bermula cinta segi tiga yang melibatkan tiga nyaw ke dalam pelbagai emosi.

OMBAK RINDU merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Fauziah Ashari yang telah diterbitkan sebagai sebuah filem yang menjadi buah mulut orang seluruh pelusuk di Malaysia ini. Pungutan daripada hasil filem ini semakin hari semakin meningkat. Apa tidaknya, sejak filem ini di tayangkan pada 1 Disember 2011 , boleh dikatakan hampir semua panggung wayang di ibu kota dan sebagainya telah habis dijual. Hebat kan?

Mana tidak nya , barisan pelakon memang bukan calang-calang pelakon. Antara pelakon utama yang telah menjayakan filem Ombak Rindu ini ialah Aaron Aziz , Maya Karin , Lisa Surihani dan Bront Palarae.

Bagi yang belum menyaksikan filem ini boleh lah sama-sama bergegas ke panggung wayang yang terdekat.
Sedih memang sedih , kalau jiwa memang lembut tu sediakan lah tisu ye , tetapi bagi setengah golongan , filem ini slow dan "BOLEH LAH". Masing-masing ada hak untuk berikan sebarang komen.

4 comments:

  1. belum ada masa nak tgk lgi. huhuhu

    ReplyDelete
  2. MZ aka Marniey Kenapa tak tengok lagi , ramai dah kecoh pasal movie ni..harus tengok.

    ReplyDelete
  3. I wanna watch...but nobody to teman me!!!! :(

    ReplyDelete
  4. Gaya3 : Where are now? KL? Come I teman U , janji U belanja me. =)

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen