2024 !

Wednesday, January 3, 2024


Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls.
Salam Tahun Baru juga semua.

Harapnya 2024 adalah tahun yang lebih baik untuk diri sendiri terutamanya. Mohon ada rezeki ;
1. Anak
2. Jawatan Hakiki
3. Bertukar keluar ke Kementerian/Jabatan lain.
4. Aset
dan yang segalanya yang baik dan mengembirakan sahaja.

Kerana 2023,
Begitu sibuk dengan diri sendiri dengan mengendalikan hal-hal berkaitan kerja terutamanya sehingga rasa kehidupan seharian jadi letih sangat. Blog ni dulu aktif, begitu juga dengan platform media social lain seperti Instagram, Facebook, X (dulunya Twitter) DLL. Kini sepi tanpa sebarang update.

Sejak posting terakhir, bercuti di Langkawi. Terus Ty tak da mood nak update apa². Teruskan juga hidup dengan kerja sebab itu sahajalah pendapatan tetap walaupun sedang berlawan dengan konflik yang penuh dengan toksik. Harapnya tahun ni mampu teruskan berurusan atau lebih tepat moga ada rezeki bertukar keluar sahaja ke tempat yang lebih baik dengan suasana kerja yang lebih tenang , pihak pengurusan yang lebih baik jua tanpa bermuka-muka, dan terutamanya tiada lagi mulut puaka macam sedia ada serta keypad warrior (depan² lemah lembut konon ayu hakikat busuk hatinya serta jari jemari laju maki hamun dalam Whatsapp). Nauzubillahi jika pembaca kalau tengok orang yang dimaksudkan.

Sebenarnya lik dari Langkawi, Ty kehilangan lagi dan lagi dalam hidup Ty. Ya,benar bak kata yang Ty kuat semangat. Ty dari kecil hingga sekarang kian terasa satu persatu insan pergi meninggalkan tanpa akan kembali lagi. Perit rasa tu tapi mulut puaka sering berkata, kuat semangat kan? Belum terkena atau merasai pada diri sendiri, begitulah —mungkin. Ya, Ty keguguran. Nanti Ty sambung cerita pada posting lain. Diikuti dengan MIL sakit — jatuh & patah on her parts pada bahagian kaki sehinggakan perlu operation. Kemudian, suami sendiri dengan minor operation juga di kepala —buang cyst. Dan dalam tempoh dua minggu seterusnya pula, berita mengejut ketika waktu petang di pejabat —Daddy dikejarkan ke emergency. Warded to ICU.

Bertubi-tubi Allah SWT datangkan ujian. Diuji pula dengan mulut puaka tu boss sendiri yang baru 4 tahun berkhidmat untuk Negara, Uolls. Sepertinya tak memahami situasi Ty lalui malah siap bagi markah rendah untuk penilaian tahun 2023. Syabaslah buat diri dia. Hebat orangnya. InshaAllah Ty doakan agar Allah SWT sahaja la yang balas 'jasa&kebaikan' dia.

Psst. Untuk makluman dia pun perempuan,juga PJJ dengan suami. Nak jadikan cerita rupanya 3 keguguran sudah pun berlalu pada staf yang sedang berkhidmat bawah seliaan dia. Masya-Allah ternyata bertapa tertekannya kami bawahan ni bekerja dengan arahan dia yang sangat tidak sistematik dan senantiasa cara marba. 

Dah lah, kalau cakap atau cerita pasal orang tak guna ni , 365 hari dan 24 jam tanpa hentinya lah—takkan habis.

Apa pun moga ada sinar untuk semua doa dan harapan Ty seperti di awalnya. Jom la uolls amin–kan untuk Ty semoga yang baik-baik juga untuk uolls. 

No more anxiety, depression ahead too.

4 comments

  1. Semoga baik-baik saja sayang utk 2024

    ReplyDelete
  2. Berat sungguh membaca apatah lagi mendalami setiap kata-kata. Semoga dirimu tabah menhadapi segalanya. Jangan biarkan masalah membuatmu kehilangan arah. Tetaplah fokus pada tujuanmu dan teruslah melangkah maju. Teruslah berjuang...!! Ingatlah bahawa semua usaha dan perjuanganmu itu akan terbayar dengan indah pada akhirnya... - HaRsH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih HaRsH! Berat tapi apa kan daya, Allah SWT xuji orang yang kuat dan mampu. Pasti ada yang baik dan indah menyusul kelak.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.