RAIKAN RAMADAN DENGAN “SAJIAN WARISAN NUSANTARA” RAMADAN BUFET 2024 DI THE PEARL KUALA LUMPUR

Saturday, January 27, 2024

Salam Uolls,



Ramadan semakin menghampiri tidak lama lagi dan pasti seluruh warga Malaysia tidak sabar merancang berkumpul bersama seisi keluarga , sahabat mahupun acara berbuka bersama teman sepejabat bagi mendapat saat moment indah bersama. Kalau ada yang sudah merancang tetapi tak tahu di mana nak tuju, meh Ty cadangkan pada uolls semua.


SAJIAN WARISAN NUSANTARA adalah tema yang dikekalkan pada tahun ini oleh The Pearl Kuala Lumpur. Semestinya, Hotel ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan sepanjang bulan Ramadan adalah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi bermula dari 14 Mac hingga 7 April 2024. Kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun- temurun dari zaman berzaman yang akan memberikan para pengunjung merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa daripada Cef mereka.















Nampak menyelerakan?


Lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina. Selain itu, mestilah ada pelbagai jenis juadah pembuka selera, hidangan utama hingga hidangan pencuci mulut, setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. 








Uniknya pada tahun ini adalah Bufet Ramadan di The Pearl Kuala Lumpur ini turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan


Favourite siapa, angkat tangan?

Kemuncak bufet sudah pasti adalah menu killer iaitu Kambing Panggang; apatahlagi menjadi tarikan dari tesktur daging yang lembut setelah diperap dengan baik.

 





Selain daripada menu tu, ada juga hidangan buffet Ramadan yang menampilkan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging.









Tidak lupa juga pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik SpecialWaffleGerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.



Disamping Gerai Ramadan, Chef The Pearl Kuala Lumpur juga turut tampil dengan sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28). Jadi uolls boleh beli dan buat lauk untuk makan ketika sahur mahupun ketika berbuka di rumah atau di mana-mana sahaja, boleh juga jadikan buah tangan buat sesiapa sebagai kenang-kenangan.

Di samping keenakan juadah Ramadan yang menambat selera anda, kami juga akan memberikan pelbagai baucar membeli-belah kepada anda daripada pelbagai jenis jenama dan servis yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall seperti Jaya Grocer, Watsons, Nando’s, Old Town, Home’s Harmony, Tealive, Gong cha, HWC Coffee, Breadstory, BeauMedic, Eye Cube, Signature Optical, Anytime Aroma, La Gourmet, Hope Salon, Sen Space dan Fat Cat Cafe. Kesemua baucar ini akan diberikan secara rambang sepanjang bulan Ramadan. 


Ya Allah, mudah-mudahan adalah rezeki Ty untuk menang cabutan nanti, Amin.


Selain menjamu selera ketika bulan ramadan nanti , uolls juga berpeluang untuk menyertai dan memenangi hadiah cabutan bertuah yang menanti. Dengan setiap pembelian baucar Ramadan, korang layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5000 tunai! Antara hadiah cabutan bertuah yang bakal dimenangi;

Hadiah Utama : RM5000 tunai 

Hadiah Kedua : RM3000 tunai 

Hadiah Ketiga : RM1000 tunai 

3 Hadiah penginapan percuma - 2 hari 1 malam di bilik Premier 5 

Hadiah penginapan percuma – 2 hari 1 malam di bilik Deluxe 

Pengumuman cabutan bertuah : 8 April 2024 



Status Halal merupakan keutamaan khususnya bagi masyarakat Muslim untuk menjamu selera di mana-mana Restoran, Dapur Restoran The Pearl telah pun disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Kami juga turut menjemput imam bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. Terletak di Aras 5, tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar sambil menikmati hidangan lazat. Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang manakala ballroom kami mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu-satu masa dan pastinya ia merupakan lokasi berbuka puasa yang tepat untuk menghargai detik-detik bersama keluarga, rakan dan insan yang tersayang.

HARGA ISTIMEWA bermula dari 14 Mac – 24 Mac 2024  

Dewasa : RM108+ 

Kanak-kanak : RM68+ 

Warga Emas atau OKU : RM88+ 

&

HARGA BIASA PEMBELIAN pula bermula dari 25 MAC – 7 APRIL 2024  

1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH 

Dewasa : RM128+

 Kanak-kanak : RM78+ 

Warga Emas atau OKU : RM98+ 

 

Untuk Tempahan : 

https://wa.link/snvhyv / https://wa.link/u2s3mq / https://wa.link/gyh87n / https://wa.link/hnzgcz / https://wa.link/ofpa41 / https://wa.link/eulz7o

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/ReCNH17y52rLCvGG6

4 comments

  1. Wah Nampak sedap semua menu kat sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan, rambang mata. Orang yang kuat makan memang berbaloi berbuka kat sini.

      Delete
  2. Fuyoo dah nak masuk Ramadhan dah kita kan .. Wahh semua menu nampak menyelesaikan . Terbaik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pejam celik , dgn sibuk duniawi -KERJA tahu2 dah nak masuk Mac pastu sambut Ramadan.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.