Salam uolls,
Tahun 2022 adalah tahun yang sangat sibuk dengan urusan kerja dan urusan perkahwinan.
Penat segalanya masih terasa, tak habis lagi rasa penat walaupun sekarang dah 2024. Ya Allah sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah jua semuanya berjalan dengan baiknya.
Menjelang tahun 2023, kian makin terasa debaran menjelang hari bahagia. Terharu juga dengan makcik sedara dan sepupu sepapat sebelah arwah mummy yang beria nak juga buat "petang berinai" - tak jadi malam berinai sebab esoknya Ty nak akad nikah awal di masjid kawasan rumah keluarga Ty dan tengahari terus ke dewan pula. Jadi cerita bakal pengantin kenalah tidur awal, nanti tak naik pula seri nya. Kekdahnya, nok!
Korang nak tahu tak, yang Ty sendiri tak tahu apa perasaan nak rasa bila saat cari dewan tu, partner Ty dengan Daddy Ty sama-sama setuju tarikh hari jadi Ty. Terdiam sekejap masa mereka berdua buat pilihan tu. Sumpah tak tahu nak rasa terharu atau sedih atau gembira. It's my day and also my big day, gitu!
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Syukur ke hadrat Ilahi, semuanya baik-baik sahaja walaupun ada juga yang mungkin tidak sedap mata memandang atau selesa sepanjang majlis di dewan terutamanya. #ytjt
"Buat suami tercinta, terima kasih kerana jadikan saya isteri awak yang sah dan telah berjaya lalui setahun dalam perhubungan suami isteri bersama walaupun kita berjauhan. Moga terus saling mencintai sampai hari tua dan kuat mengharungi bahtera bersama untuk terus kecapi segalanya bersama-sama."
LDR be like =(
Orang ketiga si penyeri dan pelengkap keluarga , masih tiada rezeki. Doakan kami , insya-Allah semuanya dengan izin Nya. آمين
Selamat Berbahagia buat kedua Pengantin ini...
ReplyDeleteSelamat melayari bahtera rumah tangga hingga ke syurga,
dengan ucapan
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَي
“Semoga Allah memberi barakah padamu, dan semoga Allah memberi barakah atasmu, dan semoga Ia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” Aaminn.
“Sinari kebahagian & kebaikan hingga ke syurga Firdaus-Nya” .....
HaRsH
Alhamdulillah, terima kasih. semoga apa yang didoakan baik-baik juga buat kamu dan keluarga, insha-allah. Amin
DeleteSama-sama... Kami sekeluarga mendoakan yanty bahagia dan success dalam melayari kehidupan dan cabaran....
DeleteYang selalu ada....
HaRsH