MERCURE LANGKAWI PANTAI CENANG

Wednesday, July 19, 2023


Salam uolls,


Nak cerita dan kongsi pengalaman Ty dan suami bercuti di Pulau Langkawi baru- baru ni ja. Lama betul kami berdua tak pi ke Pulau Langkawi ni, maksud Ty sebelum kenal lagi dan masa kenal pun tak pernah kami sampai ke sini bersama. Makan bertahun-tahun juga la ye. Jadinya 2 hari sebelum umat Islam di Malaysia dan seangkatannya menyambut Aidil Adha.

 

Dalam apa jua percutian , pastinya kita kena dahulukan penginapan kan?

Lokasi strategik juga penting untuk mudah bergerak ke tempat-tempat menarik dan makin menjadi bualan yang dikatakan viral mengikut perederan masa terkini, gitu.

Ty dan suami memilih untuk menginap 2 Hari 1 Malam di Mercure Langkawi Pantai Cenang yang berada berhampiran di hadapan Pantai Cenang.

 

Mercure Langkawi Pantai Cenang

Ya, sebuah hotel baru di Pantai Cenang.

 

Sejurus tiba dari lapangan terbang, Ty dan suami sewa kereta Axia (kecil cukup berdua sahaja dan tidak lama berada di Pulau Langkawi) dan kami sempat singgah berhenti makan sarapan pagi di sebuah warung yang menjadi sebutan di applikasi TikTok iaitu Warung Sireh Pak Manap sebelum kami meronda di sekitar daerah lain sebelum sampai waktunya untuk check-in di hotel.




Makanannya pada saya biasa sahaja, maaflah mungkin sekadar “viral” sahaja.

 

Kerana terlalu awal pagi, kami ke TS Duty Free Shop Kuah, tak borong cokelat pun sekadar untuk makan bersama sahaja. Begitu juga singgah di Idaman Suri sekadar cuci mata , bertahun lama tak datang jadi saja meronda mengimbau kenangan kecil-kecil dulu.

 


Kami tiada arah tuju , 1230 tepat kami tiba di hotel, mencuba Nasib kata orang dengan hanya bertanya samada boleh atau tidak untuk kami check-in awal instead of pukul 3 petang.

 


Alhamdulillah, rezeki kami pihak hotel membenarkan kami check-in awal. Happy dah kami berdua dan lagi membuak rasa gembira saat masuk ke dalam bilik. Menjerit anak Ty di buat nya kerana dapat kejutan daripada pihak hotel.


TERIMA KASIH , MERCURE LANGKAWI PANTAI CENANG!

 

Bilik yang Ty dan suami menginap sangat besar, lengkap segala kemudahan dan pastinya ianya menghadap swimming pool . Santai habis kami berdua suami isteri. Sejujurnya secara rasminya sejak berkahwin pada Jan lepas (hari jadi ku) kami masing-masing sangat sibuk dengan jadual kerja yang terlalu padat sehingga perancangan untuk berbulan madu seperti pasangan lain tiada. Sekadar cuti seringkas begini sahaja yang mampu kami selitkan bila berpeluang untuk bersantai berdua. Allah SWT itu ada rancangan yang indah buat setiap insan kan?

 

Room Service

Tidak Ty dan suami sangka, layan baik dan tip top sekadar dengan hiasan mencuit hati kami berdua. Malah di kala cuaca di siang hari tu agak tidak baik , hujan lebat membuatkan kami berdua hanya berehat di bilik sahaja. Dari bergambar hingga suami Ty kata nak nap sekejap.



Kejutan lagi!

Bunyi door bell , Ty minta suami tengokkan rupanya pihak hotel sajikan sepotong kek dengan ucapan “Happy Honeymoon”. Auch, so touching. Sebabkan hujan, dua-dua ngap sama-sama.

 


Kejutan lagi dan lagi!


Baru tengah bincang nak ke mana , makan di mana dan sebagai kerana cuaca hujan tadi dah makin reda. Tiba-tiba bunyi door bell lagi, seperti biasa suami juga bukakan. Wah dapat jajan! Ngap juga sambil bersiap.


 

Again , THANK YOU SO MUCH , Mercure Langkawi Pantai Cenang! 


Fasiliti Bilik


Nak juga kongsi , hotel ini menyediakan semuanya kemudahan yang pasti uolls tak perlu berangkut apa-apa dari rumah atau runsing. Antaranya ;






  • Tuala / Tuala Muka / Sabun Mandi / Syampu / Perapi Syampu / Ubat Gigi / Berus Gigi / Shower Cap / Cotton Bud / Shaving Set
  • Iron & Iron Board
  • Security Box
  • Hanger
  • Bath Robe
  • Hair Dryer
  •  SAMSUNG LCD TV
  • Bilik Air yang dilengkapi dengan Water Heater
  • Port Charging USB
  •  3M  Water Filter
  •      Lengkap dengan air putih / gelas / cawan / dan peti ais di bawahnya
ss
  • Balkoni yang menghadap swimming pool dan lobby lounge

  • Ada ruang rehat , boleh jadikan ruang untuk solat


Fasiliti Hotel


·         Bar Lounge




-    masa daftar check-in akan dapat voucher untuk Welcome Drink , jadi bolehlah claim dan nikmati minuman jus / karbonat sambal santai layan lagu di area Lobby Lounge yang bertentangan dengan Swimming Pool

·         

Swimming Pool


 

-          Sayangnya waktu Ty pergi cuaca hujan lebat jadi kami tak dapat mandi – manda di kolam.


·         Gym


-          Ruang gym sangat besar dan selesa , Cuma keadaan dan masa tak mengizinkan untuk kami curi masa untuk bersenam.


·         Rice Garden Restaurant




Our breakfast -SEDAP!



-      Sarapan pagi : Hidangan yang disajikan dari Asian ke Western Cuisine , yang pasti jarang dapat makan sedap jika di hotel tapi bukan di Mercure Hotel





-      Makan Tengahari : Kami disajikan dengan Set Nasi Kandar Daun Pisang (RM40/-) yang dihidangkan di atas helaian daun pisang. Set ini didatangkan bersama nasi putih , ayam goreng berempah , udang goreng berempah, daging kambing masak hitam , ikan tenggiri masak gulai kari , telur rebus, telur masin, papadom, terung goreng serta pelbagai jenis cicahan ala Indian style seperti yogurt sayuran dan sebagainya.

 



Oh ya , tarikan sekitar kawasan Mercure Hotel ini , di kawasan hadapan ada pantai iaitu Pantai Cenang. Pada bila -bila masa kawasan ini dibanjiri dengan pelancong yang bersiar-siar sekitar pantai dengan menghirup udara segar cuma apabila hari hujan lebat kebanyakkan akan bersahaja dan berjalan-jalan di kedai-kedai yang menjual barangan Duty Free seperti minyak wangi , cokelat , baju  dan banyak lagi. Terdapat juga kedai serbaneka seperti 7e dan kedai makan pelbagai cuisine.

 


Overall , memang percutian kami berdua sangat menyeronokkan walaupun sekejap. Jadi bagi uolls yang berhasrat untuk pergi bercuti di Pulau Langkawi , book hotel Mercure Langkawi Pantai Cenang ni Okay? Dan pastinya korang akan kongsikan yang indah-indah juga pada sahabat dan keluarga selepas menginap di sini.


Kalau korang ke sana , drop comment pengalaman untuk kongsi dengan Ty ok?

 

Untuk info lebih lanjut ;

Mercure Langkawi Pantai Cenang

Alamat : Lot 2500 , Jalan Pantai Cenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah.

Telefon : 04-9525888

Waktu check-in : 3.00 petang

Waktu check-out : 12.00 tengahari

 

Instagram : @mercurelangkawipc | Facebook : Mercure Langkawi Pantai Cenang

 

 

 

 

2 comments

  1. sedih betul rasa,tk prnah sampai langkawi hahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai jom la plan kita - geng My Hearts w family

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.