ROCK 4 : ROCKERS NEVER DAI

by - February 17, 2020


Salam uolls,

Pembaca blog Ty ini ada tak yang minat genre rock? Mahupun mengikuti filem rock sebelum-sebelum ini daripada hasil karya Mamat Khalid?
Kalau ada , pastikan korang curi masa sikit untuk support filem tanah air yang terbaru iaitu
ROCK 4 : ROCKERS NEVER DAI yang akan ditayangkan di pawangan negara Malaysia dan juga Brunei mulai 20 Februari 2020 ini.


KENAPA WAJIB TONTON FILEM ROCK 4?
Jika Rock Bro sebelum ini dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, tetapi dengan Rock 4  kali ini adalah permulaan kepada perjuangan mengembalikan era Rock kepada generasi milenial. Ya, Mamat Khalid menjadi ilham dan inspirasi bagi menyambungkan legasi filem sebelum ini.



SINOPSIS ROCK 4
Watak Ronnie James ~ "Dio" di pegang oleh Sharwani NS yang tersedar dari koma selepas 20 tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Sedang dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial zaman kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2.


BARISAN PELAKON ROCK 4
Pelakon Utama :
- Sharwani NS                     
- Hazama                             
- Adam John                        
- Bulan Terry                       
- Nazimi Fahmi                    
- Dewa Sapri                       
- Datin Noniswara
Penampilan Khas :
- Dato’ Awie
- Khir Rahman
- Pekin Ibrahim
- Edry Hashim
- Amir Rajalawak
- Madnoor Hendrix
- Tam Spider                
- Kamarool Hj Yusof



Untuk makluman uolls juga , terdapat dua buah runut bunyi rasmi yang mengiringi filem ini, antaranya adalah Kau Yang Bernama Seri’ dinyanyikan semula oleh Hazama dan lagu baru nyanyian dan ciptaan Adam John, iaitu ‘Rock ‘N’ Roll Takkan Mati’. Kedua-dua lagu ini bakal berada di pelantar digital mulai hujung bulan ini. Antara inisiatif lain untuk filem ini adalah membuat satu kompilasi lagu-lagu dari filem Rock (2005), Rock Oo! (2012) dan Rock Bro! (2016) termasuk Rock 4 (2020) yang akan berada di pelantar digital sempena ‘tribute’ kepada Rimba Bara dan legasi filem-filem Rock.

Laku tak kalau 2 ketoi ni berlakon , next filem ?

Pendapat Ty , memang kelainan sangat dari filem rock sbelum ini , part - part lucu memang kelakar. Jangan lupa kasi rock pawagam berdekatan , rockers! 

You May Also Like

1 comments

  1. wahhhh dah kuar,suka siri cite ni sebab nostalgia perjlanan tu ada zaman2 yg akak punlalui hahahhaha tak sabar nak tgk hazama suka dia berlakon.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen