Al Fatihah Untuk Arwah Mummy Dan Arwah Abang Boy

Friday, February 21, 2020


Salam uolls ,

Sebenarnya tak kuat pun nak ketuk keypad laptop ni , tapi mungkin sekadar akan menjadi kenangan untuk Ty dan mereka yang merindui jua.


Arwah Mummy ~ 9 Oktober 2018
Dapat panggilan sebelum Subuh dari Daddy , sekadar bersahaja persoalannya. Kerana arwah mummy dan daddy sedia maklum yang Ty akan pergi bercuti dengan Uzu di Jogjakarta. Apa yang mengejutkan bila Daddy kata nanti lepas balik , boleh tak terus balik Penang? Jadi mula rasa tidak sedap hati , maka bertubi - tubi soalan pun ditanyakan. Rupanya arwah mummy sakit dari malam ; 24 September 2018 lagi dan dah dikejarkan ke hospital. Ketika panggilan di terima , arwah mummy sudah di wad ICU dalam pantauan doktor dan semua kakitangan terlibat. Di suruhnya Daddy untuk bangun solat , mandi dan bersiaplah ke kerja, katanya apa-apa dia akan call. Tapi selepas letak fon , naluri hati sangat tak sedap. Terus mesej ex bos dan maklumkan nak balik Penang sebab dapat call macam tu dari Daddy. Nak jadi cerita sebelum jam 6 pagi , ex bos tu dah bangun dan reply yang dia sedia maklum. Terbuntu sekejap sebab tak tahu nak drive balik dengan kereta atau nak fly balik. Celaru kepala. Keputusannya , Ty nk tengok mummy cepat ja, Ty pun terus beli tiket flight dan bersiap untuk ke airport.

Sampai sahaja Penang , terus book grab ke Hospital. Sebak sangat tengok keadaan arwah mummy terbaring dengan wayar / alat pernafasan yang bersirat sana sini. Hari itu dia ditidurkan , sedih sangat sebab tak dapat nak cakap dengan dia. Alhamdulillah esoknya dia sedar , dia sedih tengok Ty ada dia cuba untuk bercakap tapi susah. Ty mampu cakap Ty balik naik flight nak tengok mummy dan jaga mummy. Dan sebabkan arwah juga merupakan orang lama di hospital tu dan semua yang handle case dia juga merupakan rakan / junior yet anak buah dia , Ty dibenarkan untuk bermalam menemani arwah sepertimana dia tulis dan minta. 2 minggu la dia terlantar di katil , Ty la jaga dan teman. Paling sedih bila dia tulis kata dia takut, nak Yanty teman. Tidur dan makan Ty memang tak terjaga. Sayangnya bila Ty tekad untuk ambil cuti 3 bulan tanpa gaji , semuanya tidak kesampaian. Arwah pergi meninggalkan kami juga.

She passed away cause of sudden heart attack.

Banyak plan rancang dengan arwah as after Ty balik dari bercuti sebenarnya , dan sampai sekarang semuanya Ty biar terbuku. Satu plan pun Ty tak usik untuk buat sendiri atau dengan sesiapa.


Arwah Abang Boy ~ 26 Januari 2020
Again , panggilan sebelum Subuh dari Daddy.

Runtun hati bila perkhabaran yang dia cakap ialah "Abang dah takda". Berkali tanya , "Abang?". 
Bila & What happen?
As usual , Daddy kata if xleh balik xpa. Simpan duit.
Terus kata takpa , sat bangun pi siap satgi Yanty balik. Jadi tak teragak - agak apa sahaja yang depan mata itu lah Ty grab. Ya, Ty xbalik sempena Cuti Raya Cina, dan dia pergi tinggalkan kami pada Hari Raya Cina Kedua.

Seperti yang difahamkan , Arwah Abang Boy susah nak bernafas , kind of sesak nafas dan bila adik dan kakak bawa pergi hospital , hospital maklumkan dah tiada. Kiranya arwah Abang Boy besar kemungkinan telah meninggal ketika dalam perjalanan. Adik dan abang - abang sepupu yang menguruskan segala urusan post-mortem etc dihospital sehinggalah urusan tanah perkuburan. Tak sampai 2 tahun arwah mummy pergi , arwah abang Boy pula dijemput ilahi dua hari sebelum sempat dia menyambut ulang tahun nya yang ke-38 pada 28 Janauri, 2 hari sahaja lagi. Alhamdulillah , rezeki arwah Abang Boy untuk dikebumikan di sebelah kubur arwah mummy. Perginya seorang anak paling teristimewa dan disayangi buat selama - lamanya.

Keluarga kami suatu ketika dulu berenam tapi sekarang hanya berempat , mampu doakan arwah tenang dan damailah di sana dan di tempatkan dengan orang yang beriman. Juga yang masih hidup , akan dipanjangkan usia dan kesihatan yang baik. Tak tahu nak gambarkan saban hari , hampir setiap hari mendapat perkhabaran yang orang - orang terdekat dan kita kenal pergi di usia yang muda lagi. Bagaimana pula kita nanti?


Doakanlah untuk mereka Al Fatihah ye. Terima kasih.

Bukan macam sorang boss paling tertinggi Ty di opis , dikhabar bila rakan2 sepejabat untuk cadangkan majlis bacaan yaasin nak sedekah untuk arwah mummy , dia boleh kata tak payah dan tak penting. Sedihnya, mujurlah dah tidak akan lagi bekerja dengan boss yang tak ada hati perut ni. Amin.

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.