Makan Steamboat Ala Thai di O Thai Steamboat , Ampang

10:45 AM Yanty Lee 18 Comments


Salam u olls ,

Kebelakangan ni , musim hujan kan. Mood nak masak pun swag. Tapi kalau dapat pekena makanan yang panas - panas tambahpula bersup , pergh mesti terangkat habis la. Betul tak?

Jadi terbawa la diri ni sampai ke Ampang , pertemuan pertama Ty dengan kekawan blogger yang Ty hanya sekadar berkawan di alam maya; facebook , IG etc. Dalam cuaca hari yang hujan sekejap mendung sekejap , kami panaskan lagi suasana meramah mesra waktu makan malam kami dengan steamboat ala thai di O Thai Steamboat , Ampang.

Lokasi O Thai Steamboat ini berhampiran dengan Waterfront.

Asalnya 6 tahun dahulu , restoran ini dikenali dengan nama lain iaitu Q Thai Steamboat & BBQ . Jadi buat u olls yang nak cuba datang ke sini boleh sahaja WAZE nama tempat yang lama , pasti sampai. Cumanya sekarang , pemilik kedai mengubah nama dan beberapa konsep sedikit sahaja untuk penambahbaikkan. Yang pastinya adalah hak milik bumiputera.

Pilihan JJCM , hokayh !

Suasana dan antara bahan - bahan mentah yang ada untuk pelanggan , 

Ruang bahan makan mentah untuk ber-steamboat juga grill  ; ikan daging , ayam , bebola etc


 Sayur - sayuran etc yang segar

Dapur / Tempat penyediaan air , air ada 2 perisa dan juga air putih yang boleh direfill .


Ada juga 5 jenis masakan bergoreng ; Nasi Goreng , Mee Goreng , Wantan etc.

Ais Krim sectionpun ada.

Buah-buahan untuk kudapan pencuci mulut pun disediakan bersekali dalam pakej termasuklah rojak.

Pilihan bahan mentah yang disediakan hampir 18 jenis ; ketam , kepah , pepahat , lala , kupang , bebola ikan , bebola daging , ayam , ikan , daging , udang , sotong dan macam - macam lagi. Sayur - sayuran juga aneka mee juga ada disediakan.

Pelanggan boleh mencuba 4 jenis sos kesemuanya yang dibuat sendiri untuk menaikkan lagi rasa ketika menikmati steamboat ataupun grill.

Da 2 jenis sup ; sup biasa dan sup tomyum.

Heaven , beb!

Di restoran ni bukan sahaja untuk makan bersantai dengan kekawan ataupun keluarga , malah u olls boleh datang ke sini untuk apa - apa majlis / event besar kerana kawasan ruang restoran ini membuatkan hampir 300 orang dalam satu masa , andai inginkan private event juga ada ruang di tingkat atas.

Parking adalah di sekeliling kawasan restoran , surau juga disediakan , tandas , WIFI pun hado u olls.


Terdpat 2 pakej yang ada ;
Steamboat (sahaja)
Dewasa : RM28/- & Kanak-kanak : RM15/-.

Steamboat & Sizzling BBQ
Dewasa : RM35/- & Kanak-kanak : RM19/-.

Pakej adalah merangkumi keseluruhan masakan / makanan / minuman yang disediakan dalam kawasan restoran ini.

Menariknya , restoran ini akan mengeluarkan satu lagi konsep hidangan berasaskan ala Charcoal BBQ Buffet. Bila ada ni , bolehla Ty dan u olls pun cuba pula kan.

Jangan lupa pergi ke sini tau , mana nak dapat steamboat murah dan hasil orang kita , betul tak?
Nah , Ty kongsikan lokasi untuk u olls yang nak ke sana nanti :-


Dan untuk makluman lebih lanjut , uoll boleh dapatkan ataupun hubungi terus di ;
Facebook : https://www.facebook.com/othaiwaterfront/
Instagram : https://www.instagram.com/othaisteamboat/
Whatsapp : http://aznanOthai.wasap.myhttp://sherryOthai.wasap.my

18 comments:

  1. Sedapnyer steambiat..banyak jugak pilihan makanan dia kan Ty.. seronok bawak anak2 ni.. sebab diaorang suka steamboat..

    ReplyDelete
  2. banyaknya pilihan makanan... berbaloi betul.. nak cuba la lepasni..

    ReplyDelete
  3. Bestnya makan steamboat, lama dah tak pekena ni. Ada rezeki sampai Ampang bolehlah cuba makan kat sini.

    ReplyDelete
  4. Wahh... Banyakkk nya pilihan. Berbaloi laa.. Save! Nanti terjah

    ReplyDelete
  5. Alahaii dokat benorrr dgn rumah kene bawak family ni

    ReplyDelete
  6. fuh besar gak tempat tu . pilihan makanan pun banyak

    ReplyDelete
  7. Wahhhh sedapnya mmg peberet kak min ni..dah la dekat je ok nnt nk try

    ReplyDelete
  8. nanti datang ampang boleh lepak sini lagiii.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ty , bila nak steambot ramai2 ni

    ReplyDelete
  10. lamanyaaaa tak makan steamboat huhuuu

    ReplyDelete
  11. suka makan steamboat..okey dah boleh set tempat ini utk pergi.

    ReplyDelete
  12. Nyummmy. Masakan Thai memang my favourite. Boleh cuba la ni kalau balik Malaysia ;)

    ReplyDelete
  13. dekat ampang tu..dekat dah..boleh cuba ni

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen