Allied Against Dengue Run 2017

10:13 AM Yanty Lee 2 Comments


Salam uolls ,


4:30 pagi dah bangun tidur dan bersiap untuk ke Telok Panglima Garang , Ty join Allied Against Dengue Run 2017. Gigihkan , larian pertama Ty yang paling jauh Ty sanggup redah pergi.


Sebelum larian bermula , kami sempat bersenam ala zumba dena Adza dan adiknya. Belum lari , dah berpeluh. Really enjoy. Energetic betul semua peserta dan masing - masing terhibur dengan tarian zumba.



Walaupun Ty sorang - sorang , tapi tak menjadi sedikit pun halangan untuk Ty sertai larian ni. Paling menerujakan Ty bila tengok ramai keluarga ; mak ayah dengan anak - anak kecik pun bersemangat bangun pagi untuk berlari bersama. Gaya hidup yang sihat dari kecil lagi dah disemai dalam diri derang. Salute! Semangat betul , lagi laju berlari dari Ty. 


Alhamdulillah , Ty berjaya habiskan larian 5km juga. Walaupun kawasan di IJM Land ni masih baru tapi pagi ni terasa perjalanan jauh betul. Okay la , janji dapat keluarkan peluh di pagi Ahad yang cantik cuacanya.




Allied Against Dengue Run 2017 kali ini adalah kerjasama pihak - pihak penaja berikut :

Selepas larian , banyak gerai makan juga booth - booth daripada pihak penaja adakan pelbagai aktiviti untuk peserta yang ada. Antara adalah seperti berikut ;

painting

games for kids

coloring contest

zorb ball & hot air balloon rides

Sebelum habis , ada penyampaian hadiah kepada pemenang larian yang telah mencatakan 3 masa paling pantas. Yang pastinya hadiah berbentuk wang tunai adalah sangat lumayan. Kalau la mampu berlari seperti mereka. Berangan.


Dan majlis larian Allied Against Dengue Run 2017 , diakhiri dengan acara paling dinantikan peserta iaitu Cabutan Bertuah. Okay , Ty tak bertuah. Miracle if it's happen.


Tahukah uolls?
Denggi adalah jangkitan virus yang serius yang dijangkiti dari satu orang ke seorang lagi oleh nyamuk Aedes. Denggi adalah penyakit bawaan yang paling cepat menyebar di dunia dan adalah endermik di lebih dari 100 buah negara, dengan hampir 40% penduduk dunia dianggarkan berisiko.

Demam denggi menyebabkan simptom seperti selsema yang biasanya berlangsung 2-7 hari, selepas tempoh inkubasi 4-10 hari selepas gigitan dari nyamuk yang dikesan. Denggi selalunya berlaku apabila demam tinggi (40°C / 104°F) diiringi oleh 2 simbol berikut; sakit kepala yang teruk, sakit belakang mata, otot dan sakit sendi, luka, muntah, kelenjar bengkak atau ruam.

Hanya ubat Paracetamol (Panadol) sahaja yang boleh diambil ketika menghidap sakit demam denggi ini.

2 comments:

  1. Larian untuk menyebarkan kesedaran tentang denggi yea...bagus larian macamni

    ReplyDelete
  2. cantiknya permandangan di Taman Saujana Hijau

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen