Buka Puasa Ala Buffet di Halaman Haji Saad, Seri Pacific Hotel KL

5:00 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls,

Tak sabar nak puasa! Leh makan macam-macam especially yang jarang nak jumpa pada hari-hari biasa. Betul tak gais?

U olls yang ada cadang - cadang nak berbuka dengan keluarga atau kengkawan mahupun bersama organisasi pejabat mungkin. Setahun sekali katanya. Ty nak rekemen u olls untuk cuba dan pergi berbuka puasa dekat Seri Pacific Hotel KL.

Setiap minggu, menu yang disediakan adalah berbeza. Dan semua makanan di sini memang berasa dan sedap. Mesti teringat-teringat ke bulan Ramadhan tahun akan datang. Antara menu yang ada untuk dijamu ketika berbuka ;

Ikan Bakar

Briyani Daging Rusa

Roti John

Kambing Bakar

Sup Gear Box

Kupang Tumis Belacan

Ikan Patin Asam Tempoyak

Sotong Bakar

Kuetiau Goreng

Kerabu Mangga Muda

Kerabu Perut

Aneka Goreng Sate Cucuk

Serawa Durian

Ais Kacang

Apam Balik

Sirap Limau , Air Jagung , Air Bandung & Air Kurma

Aneka jenis pencuci mulut - Kuih Muih Tradisional

Buah - Buahan

Di Seri Pacific Hotel KL ni ada dua restoran ; Pacific Ballroom dan Zende Restaurant. Boleh buat pilihan dan harga sekepala juga berbeza seperti berikut ;

Pacific Ballroom (27 Mei - 22 Jun 2017)
Harga : RM98 (Dewasa) / RM49 (Kanak-kanak)

Zende Restaurant (29 Mei - 24 Jun 2017)
Harga : RM138 (Dewasa) / RM69 (Kanak-kanak)

Perkhidmatan katering juga ada. Kalau berminat untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lebih lanjut tentang promosi buffet ramadhan ini bolehlah berhubung ;
Telefon : 03-40494351 / 4352

Surau juga disediakan untuk mereka menunaikan ibadah terawih. Bagi yang nak ke sana dengan menaiki pengangkutan awam ; LRT sangat mudah kerana hotel ini adalah bersebelahan dengan PWTC.

U olls , sila serbu stall Kuetie Goreng dia ok , sedap! Serawa Durian dia pasti la teringat-ingat.

2 comments:

  1. berjimat tau bila berbelanja untuk berbuka puasa hehe

    ReplyDelete
  2. Ada ikan patin masak tempoyak...Allah bestnya!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen