Pelancaran Buku - Momen2 MatLuthfi

10:07 AM Yanty Lee 3 Comments


Ty dah khatam buku ke 2 yang ditulis sendiri oleh MatLuthfi ni.

Pelancaran Buku ke - 2 ; MomenMatLuthfi telah berlangsung di MPH Bookstore NuSentral pada 13 Disember (Ahad) yang lepas.

Apa yang boleh dikatakan , memang peminat MatLuthfi ni ramai gila wei. Masa sampai sana awal lenggang , sekali dekat dah dengan masa nak launching , perggghhh. Ty speechless

MatLuthfi dalam video (vlog) dan in person sama sewel baq ampa. Tak rasa attend PC pun.


Selepas kejayaan buku pertamanya; Catatan Matluthfi yang telah mecatatkan jualan sebanyak 125,599 naskah, kini matluthfi kembali dengan buku keduanya yang menurutnya lebih panjang, lebih serius dan lebih dewasa nadanya.

Wakil Puteh Press, Encik Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir meletakkan sasaran jualan yang lebih tinggi bagi buku Momen2 Matluthfi kerana sambutan di luar jangkaan bagi buku Catatan Matluthfi yang mula dijual sejak setahun yang lalu.

Jika chu olls mengikuti perkembangan Puteh Press di laman facebook , satu pertandingan telah dianjurkan khas kepada peminat-peminat Matluthfi. Mereka hanya perlu memberikan komen pada post Puteh Press tersebut mengenai pendapat mereka tentang Matluthfi sekreatif mungkin dan beliau sendiri yang akan memilih pemenangnya yang mana hadiah akan disampaikan pada hari pelancaran nanti. 

Like FB lekaih untuk maklumat lepas ni pula.


Sesi PC memang santai nak mampuih. Gelak ja layan lolaq si Mat ni dengan pekat sungguh la loghat Kedah ni. Kalau orang bukan asal Utara , memang boleh kata awat kasaq sangat nada tapi its the natura; way , guys.


Paling tak boleh blah , bila salah sorang peminat juga Youtuber yang ada pada masa tu pula sebijik muka dengan Mat. Memang lawak la part ni, u oll boleh search - Mat Mizan kat You Tube. 

Momen2 Matluthfi dijual pada harga RM25.00 di Semenanjung Malaysia dan RM28.00 di Sabah/Sarawak. U olls boleh mendapatkannya di MPH seluruh negara atau boleh juga mendapatkannya secara atas talian di laman web Bookcafe.

Ty dah habis baca , ada yang memang perkongsiaan boleh buat terfikir sejenak, deep dan tahap bongok abadi sampai gelak sorang2 sbil baca dalam tren ka atas katil ka memamg tahap gila babi. Jangan jadi malaih nak baca hat cerita hat panjang sikit ada mesej yang Mat nak sampaikan.

Njoy reading guys!

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen