BR1M 2.0 - Syukran Rezeki Dari Allah SWT

Monday, February 25, 2013

Salam u olls , 


Baru - baru ni Ty ada kongsi yang Ty ada menerima SMS mengenai penerimaan BR1M 2.0 seperti di dalam entri ; BR1M 2.0 - Alhamdulillah . Sebab kan hal ini , Ty amik cuti dan pergi ke lokasi yang disuruh itu dengan Qaseh selepas Ty hantar mummy dan Kak Nora ke pejabat. 

Lebih kurang jam 9 pagi kami dah berada di lokasi dan telah ramai pun beratur untuk mengambil surat pengesahan penerimaan BR1M 2.0 sahaja. Baucer BR1M telah diberikan mengikut 2 sesi pada hari Sabtu ; 23 Februari yang lepas. 

Al kisah , pada mulanya nama Ty tidak ada pada senarai bujang. Ye , Ty sangkakan hanya menerima Baucer BR1M 2.0 yang berjumlah RM250. Rupa - rupanya , Ty layak untuk menerima baucer BR1M bernilai RM500 kerana Ty ada senaraikan tanggungan seperti abang OKU dan adik bersekolah. Syukran , Alhamdulillah. Rezeki Ty. Nampaknya , balik Penang nanti , kena belanja dan kongsi bersama abang dan adik Ty.


Ty ikut Kak Zila dan Kak Eila ke Pusat Komuniti Presint 11 untuk dapatkan baucer BR1M 2.0. Selepas sedikit taklimat daripada Ahli Parlimen UMNO Putrajaya , semua penerima pun dapat lah baucer masing -masing. Memandangkan anak Kak Zila , Aqish tak berapa sihat , jadi kami terus balik daripada menukarkan baucer tersebut kepada wang tunai. Oh kami ke IKEA untuk menikmati MEATBALL sebenarnya.


Alhamdulilah , sesungguhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk. Oleh itu , Ty bukan haiwan ye u olls. 

Apa yang plan Ty dengan duit BR1M ni , Ty pun tak pasti lagi. In Sha Allah , Ty akan menggunakan dengan bijak dan simpan sahaja kot sekiranya tiada apa - apa yang memerlukan untuk Ty menggunakannya.

Kata-kata pedih yang Ty suka dari salah seorang mak cik ; BR1M umpama Seorang ibu menyusu anaknya , tapi anaknya lupa diri dan tinggalkan ibunya bila dah berjaya yang langsung tak kena jasa ibunya. Konon macam BN dah beri pada rakyat yang memerlukan , bukan meminta diundi pada PRU tapi renung-renungkanlah. Dalam maksud dan kata -kata tu kan. What say YOU?

Thank U Allah , Thank U BN.

14 comments

  1. alhamdulillah.....sue dpt rm250..... rezeki Allah bagi

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ty... rezeki Allah jangan ditolak dan jangan pulak kita lupa bersyukur... kan Ty

    ReplyDelete
  3. saya dh tgk u-tube psl nik aziz ckp psl ni, rsnya media cetak telah potong bhgn awal....sbnrnya takde mengena dgn BR1M satu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik Lala. Macam2 , malas nk amik port. Hope reda la kes ni semua.

      Delete
  4. since saya student lagi, sy tak dapat la BR1M tu..tapi saya punye BB1M tak sampai lagi..budak2 uni lain sume dah dapat..ehehe..tak kesah la kan cepat or lambat yg penting sume orang dapat..syukur alhamdulillah.. ;))

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dya dh dpt rm250.hihi..

    ReplyDelete
  6. tahniah..dkna dapat baucar buku je...tak tau nak beli hapeee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu Dkna , dari tak dapat apa2 , belanja novel 1.

      Delete
  7. Kerajaan dah tunaikan tanggungjawabnya, kita kenalah tunaikan tanggung jawab kita juga. Salam kenal Yanty.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.