10 Gram Baker & Steak Dah Buka Di Ayer8 Putrajaya

Tuesday, December 20, 2022

Salam uolls,

Bagi semua warga Putrajaya! Good News untuk korang yang memang suka makan makanan ala western dan semestinya bergambar di tempat yang cantik. Sekarang ni, dekat
Ayer@8, Putrajaya dah ada 10 Gram Baker & Steak!

Ye 10 Gram dah ada kat Putrajaya, babeh!

So tak perlu drive masuk sempadan - Cyberjaya lagi yang selalu full house tu. Sebab korang boleh nikmati macam-macam jenis makanan sambil tengok pemandangan tasik buatan. Kalau waktu malam lagi cantik.

INSTAWORTHY!
Baru ni Ty dengan kawan-kawan sempat ke 10 Gram di Putrajaya ni untuk makan malam bersama. Betapa teruja nya bila dari pintu masuk sampai ke setiap pelusuk restoran ni. Deco sangat kemas dan cantik untuk OOTD semestinya Instaworthy!









Hiasan di sini sangat kemas dan teratur. Susunan meja yang menghadap tepi tasik pasti menjadi rebutan para pengunjung kerana struktur geografinya yang sememangnya permandangan yang cantik tidak kira pada waktu siang atau malam. Malam akan lebih menarik dek kerana lampu dari masjid besi dan lampu sekitar Ayer@8.

MAKANAN SEDAP DAN HARGA BERBALOI
Okay kalau bab deco dan how cozy is this restaurant, mesti makanan pun sedap! Dan antara makanan yang kami cuba dan uolls pun kena juga la cuba bila ke sini. Eh wajib ke sini!

Rainy Day - RM16.90
Basically it's a coffee, yang mana disajikan dengan gula-gula kapas, kopi kosong serta biskut kering.

Nectar Latte - RM17.90
Yang ini kopi yang didatangi dengan susu dan madu.

Honeymoon (Honeydew Shake) - RM17.90
Passion Fruit Lychee Fizz - RM12.90
Chocolate Leleh - RM18.90

Thick Cube Toast - RM15.90
Nampak cam biasa-biasa kan? Hakikatnya sedap!

Nasi Ayam Goreng Sambal Belado - RM18.90
Antara menu terbaru dari 10 Gram , sambal dia sedap. Ty suka!

Tomyam Carbonara Prawn - RM19.90
Agak pedas bagi Ty, so mana suka makan pedas leh try menu baru ni.

Spicy Chicken Finger - RM11.90

Ikan Keli Goreng Sambalado with Steamed Rice - RM19.90

Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti - RM21.90

Pizza Ultimate - RM26.90

Sedap belaka kan makan malam Ty dengan kawan - kawan di 10 Gram, Ayer@8, Putrajaya ni. Selain dari makanan ala barat dan asian yang sedia ada ini, uolls juga boleh cuba varieties cakes & also cookies  yang juga ada di sini.



BERITA BAIK UNTUK PEJAWAT AWAM!
Sekarang 10 Gram cawangan Putrajaya sedang ada promosi potongan 10% khas buat penjawat awam. Jadi bila makan di sini jangan lupa imbas QR Kod ye gais!


Jom ke 10 Gram dengan tersayang, kawan atau ada function di pejabat boleh sahaja buat reservation juga!

10 Gram Putrjaya
Alamat : A1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya
Waktu perniagaan : Setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 malam
No. Tel : 018-2889280
 

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.