Gula-Gula dan Jajan Era 90-an Ada Jual Di ChildHood (A Taste of Memory) , Sunway Piramid

Saturday, November 12, 2022

Salam uolls,


Myself in front of the Childhood store in Sunway Piramid


Nak share sikit dengan semua yang membesar sekitar tahun 90-an!


Ty ke Sunway Piramid semata-mata nak beli buku untuk exam di Popular (kedai buku dan alat tulis ni pun lejen). Al-kisahnya hanya ada stok di sana. Jadi terpaksalah redah dan tempuh jua jem.


Bila selesai urusan pembelian buku. Rasa sayang pula nak terus balik, jadi Ty buang masa dengan ronda-ronda sambil cuci mata. Dan, dalam banyak-banyak kedai berjenama segala di kiri dan kanan Ty. Ty lebih tertarik dengan satu kedai ni; Childhood (A Taste of Memory).


Bila Ty berhenti di depan kedai ni, Ty dah mula teruja. Apalagi gatai-gatai masuk ke dalam dan makin excited Ty bila dari luar hingga ke dalam kedai semua yang dijual di sini amat mengembalikan kenangan Ty masa kecil² dulu. 


Sungguh nostalgia guys!


Bukan sahaja ada jual pelbagai biskut kudapan, gula-gula, jajan kanak-kanak malah ada juga jual pelbagai jenis pemadam zaman sekolah beli dekat store book sekolah tu, buku 555(sebut as 3 - 5), gunting lipat, gam, mainan yang berbagai-bagai. 


Jom imbau kembali dengan tengok semua gambar yang sempat Ty ambik, gias!


Dari depan kedai dah boleh nampak berbalang-balang serta bertin-tin jenis biskut dan kudapan ala keropok yang memang Ty rasa sampai sekarang pun kita masih nampak ada orang jual di pasar malam atau mana-mana uptown/downtown kan?


Okay gais siapa yang guna semua banda -benda dalam almari kaca ni?
Ada bedak ,  bedak sejuk , pewarna rambut yang jual kat kedai runcit, gel rambut TANCO yang menyucuk hidung bila budak-budak laki pakai dan habis macho dah masa tu.

CHILDHOOD STATIONARY

Semua pelajar dulu pulun nak wangikan pencil box masing-masing dengan pewangi manik  yang ada macam-macam warna ni!

I shouted ye bila nampak gunting lipat ni , mana nak cari dah macam ni sekarang gais.

Selain pengasah pensel yang kepitkan pensel kemudian putar tu , ini memang berbiji-biji beli sebab asyik hilang aje kerjaan. Dulu 20sen ja.

Ok gam ni memang lejen, melekit-lekit la kalau terpicit.

Nak tunjuk buku 3-5 (555) tu , kalau dulu Ty kena buat buku "vocabulary-spelling" tapi selalunya di kait dengan sebagai buku hutang.

Tipu lah kalau u gais tak pulun beli pemadam ni hanya untuk nak kumpul , yet ada yang main tikam-tikam kan?

Zaman pensel ni naik, berebut dengan adik beradik oi. Syiok dok cabut bubuh balik dari belakang.

Ni bukan so stationary tapi ada tabung post box ni kira hang hebat habis la.

CHILDHOOD TOYS

Kecik dulu berangan jadi Doraemon kot leh terbang dengan kipas ni. HaHaHa

Ini dulu febret budak-budak laki , lastik itu ini kan?

Tipu la kalau tak kenal mainan ni , Monolopy versi Melayu gitu.

Stress  oowh kalau men snake / ular ni , jap naik jap menjunam turun nya la hai

Zaman wujudnya Cock mint ni memang nakal-nakal la semua nak pekena orang

Sebenarnya masa kecik dulu pulun arwah mummy kena belikan sebab nak sangat tapi sendiri sampai sekarang bila nampak orang jual tak tau apa function mainan ni.

Dulu melaran dengan sumbang / anting-anting melekat ni ja , ada yang kreatif didekorasi pencil box etc

Masalahnya Ty grab this game cards, Ty stay alone, nak main dengan siapa? 

Tengoklah , banyak lagi jenis mainan yang ada tak terambil semua setiap satu gambar aih.

CHILDHOOD CANDY / SNACK ETC

Keropok / Satay Ikan / Sotong / Kekacang yang memang teramat mengimbau kenangan kan gais?

Selain Nyam-Nyam ada lagi satu nama kan? Apa dia erk?

Siapa masih ingat lagu Nano Nano ni?
Cuba nyanyi sikit kat komen.

Asam segala jenis memang Ty tak minat , dalam family my eldest sister hantu betoi.

Even yang ini pun Ty terkulat-kulat nak makan sekeping tapi memang tau la lejen kot ni.

Lemon Candy ni pun rare wei!!

Tu dia dalam packaging besar terus gais. Sapa suka makan ni?

Ingat lagi tak dengan gula getah ni , kecik-kecik dulu poyo nak bertatu mesti beli yang ni sebab kat kertas tu ada corak untuk ditatukan.

Masih ingat lolipop ini ke tidak sebelum ada nya pushpop dsb.

Fav ni masa kecil-kecil dulu.

Ini kesukaan semua sampai sekarang kan? Tapi sekarang ada 3 sticks aja , bukan kah dulu ada 4?

Tengok saja la semua gambar Ty sempat amik dari kedai Childhood ni , sememangnya membawa korang semua mengimbau kembali ke zaman kanak-kanak kan? Mesti rindu kan?



Sebelum balik sempat Ty men natang wheel of fortune ni. Malangnya tak rezeki, dapat ice cream cone tanpa aiskrim nya. Jadilah buat kunyah-kunyah sambil jalan balik ke kereta.


Dengar katanya akan di buka satu lagi cawangan di Setia Mall.


Jadi yang mana rindu nak mengimbau kenangan kanak-kanak korang dan cerita juga tunjuk kat anak-anak korang pada generasi sekarang yang sangat urban tu, boleh la ke sini dan borong guys!


CHILDHOOD @ LOWER GROUND 2 FLOOR- LG2.76
Sunway Pyramid Shopping Mall 3, 
Jalan PJS 11/15, 
Bandar Sunway, 
47500 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia. 
Phone : +60 3-7494 3100
Instagram : @childhoodmalaysia

1 comment

  1. Aaa semua menggamit kenangan. Nanti nak pergi la cari jajan masa kecik

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.