Port Makan Viral - 10 Gram Cyberjaya

Wednesday, August 31, 2022



Salam uolls!
Rasa cam lama Ty tak makan sesedap kat luar tambah pula makanan ala barat - western dan asian cuisine ni. Apatahlagi dine-in kat cafe hipster. Ya Allah, busy betul dengan work life di tempat yang baru ni. Bukan tak bersosial sahaja malah blog ni pun bersawang begitu menyedihkan rasa kehidupan diri sendiri. Tolong la mohon doa korang doakan Ty dapat tukar ke jawatan hakiki ASAP dan di tempat yang lebih baik.

Ok, kembali ke review tempat Ty gi makan di Tamarind Square ni, 10 Gram, Kan sini ada dua buah outlet. Satu tempat makan makanan berat dan satu lagi more to bakery pastries gitu.

So yang Ty gi yang main one.

DECO LAWA UNTUK OOTD ~ INSTAGRAMBLE SANGAT
Restoran di Cyberjaya ni tersangat cantik DECO nya! Untuk pengetahuan uolls, tak kira pagi ke petang ke malam, memang sentiasa FULLHOUSE! Ty pergi dengan kawan, kena beratur tunggu giliran nak masuk ye. Dari situ pun dah leh tahu memang rakyat Malaysia ni suka try apa saja yang viral dan pasti akan repeat kalau betul-betul sedap tambahan tempat pula sesuai untuk raikan apa jua keraian serta paling penting untuk sesi bergambar pasti the-vass meletop. Instagramworthy sangat!

MENU MAKANAN YANG SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN
Antara makanan dan minuman yang ada untuk uolls nak cuba juga adalah tersangat RECOMMENDED!

Laboratory Coffee - RM13.90
Unik kan? 
Ini memang best bila part boleh shot video korang acah-acah konon di Science Lab sambil buat experiment gitu.

Tomato Beef Meatball - RM17.90
Sedap , kalau rasa xsuka pedas tu sesuai la makan ni yet sesuai juga untuk budak-budak

Secret Garden - RM18.90
Air ni more to Soda gitu tapi menyegarkan dengan ice cube yang ada buah-buahan.
Juga boleh beresperimen.

Spice Up Your Day - RM13.90
Air ala teh yang penuhi dengan kayu manis, lemon , cili kering.
Pelik? Tak, korang kena cuba pasti suka.

English Breakfast - RM13.90
Yeah kalau rasa nak makan sarapan pun ada ye di 10 Gram!

Fish n Chip with Fried Rice - RM19.90
Nampak macam common western food but u guys should try, sedap !

Mee Curry -RM12.90
OMG , tolong la try sedap sungguh kuah dia dengan pekat semua kena.

Pizza Ultimate -RM24.90
No word to describe! SEDAP oi!

Big Breakfast -RM19.90
Ini memang kenyang gais sampai tengah hari. Puas hati.

Berry-berry Belgium Waffle - RM19.90

Chicken Parmigiana -RM24.90
Big portion , sangat puas hati dengan harga. Ty makan sorang pun tak habis.

Lupa pula apa nama menu ini tapi sangat tak kedekut keju dan inti dagingnya.
Menu ni nak makan santai lepak borak sangat disyorkan.

Menarik kan? Terliur tak?

Kalau korang nak ke sini boleh cuba macam - macam lagi makanan yang ada di sini. Yang di atas antara yang Ty sendiri dah cuba.

Walaupun nampak seperti restoran mewah tapi harga masih mampu untuk golong B40 guys.

Jom ke 10 Gram Cyberjaya , Tamarind Square!

Alamat : A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor.
No.Tel  : 010-2109210

1 comment

  1. Ya Allah, tengok gambar2 ni pon dah tau dah ni kena pergi ni!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.