PORT MAKAN LAUK PAUK SEDAP DI TENGAH KOTA KL - RESTORAN BANDARIYA

Wednesday, August 10, 2022

Salam uolls,

Tiada lagi PKP! Ty rasa semua orang akan ambil kesempatan ke mana saja untuk beriadah bersama keluarga ataupun kengkawan. Betul kan?


Baru ni Ty dengan kawan sorang ni turun ke KL , ronda-ronda santai la kiranya. Dah ronda, perut tetap kena isi. Dasar perut orang Melayu, tetap cari nasi berlauk-pauk. Bayangkan tengah kotaraya, kiri kanan hanya tempat makan hipster sahaja sekarang ni. Tapi kami tetap dapat makan nasi dengan lauk pauk masakan ala Kelantan + Indonesia betul-betul di tengah kota raya Kuala Lumpur,gais!


Restoran Bandariya

Sebuah restoran yang terselit di tengah kota raya KL ini sebenarnya telah lama beroperasi. Turun temurun dari emak ke anak dan menantu. Walaupun lokasinya di tengah kotaraya KL, restoran ini tetap mendapat sambutan daripada kalangan pekerja pejabat sekitarnya.


Suasana yang selesa di dalam restoran di bahagian bawah , boleh juga menjamu selera di bahagian atas.

Restoran Bandariya ini menyajikan masakan Melayu versi Kelantan dan Indonesia.


Antara menu yang ada di sini ;

Ayam Kampung Goreng


Ayam Kampung Sambal Hijau


Sotong Masak Manis


Gulai Ikan Tenggiri


Gulai Daging Kawah


Sambal Ikan Bilis Kacang


Sambal Ikan Bilis Petai


Telur Itik Lemak Cili Padi


Gerisik

Taugeh Timun

Begedil

Telur Masin


Semua lauk pauk di restoran ini memang sedap, semua ada rasa dan kena tekak. Bukan sekadar ambil syarat. Puas hati, portion pun boleh kenyang la seharian. 



Dan, sempena bulan kemerdekaan ini, Restoran Bandariya ada menu baru dan setakat ini dipromosikan sebagai "Set Promo Merdeka". Apa yang ada dengan set promo ni bukan sekadar biasa - biasa gais, sebabnya di sini Ayam Kampung Berempah yang disajikan sebenarnya telah diperapkan selama 2 hari dan bila makan tak rasa macam makan ayam kampung pun. So juicy! Sambal yang bersekali dengan set ini bukan main sedap oi! Ty makan buat ratah je erk, walhal Ty bukan jenis makan pedas. Oh ya! Memang tak pedas sangat pun tapi just nice. Set ini datang bersama pilihan air dalam mini jar yang comel ; Air Soda Gembira atau Air Melon Mania.


Rasanya kalau kaki travel, pasti dah biasa dengan Air Soda Gembira kan? Jadi Ty suggest untuk uolls semua cuba Air Melon Mania yang mana di dalamnya ada biji selasih, agar-agar hijau,nata di coco dan hirisan tembikai susu(honeydew).



Hanya RM17.90 satu set ini gais! Ayam kampung kot, mana nak dapat harga cam ni kat KL. Jadi adalah wajib untuk korang pergi serbu Restoran Bandariya!


Buat yang rasa terkejar-kejar dengan masa, boleh saja order online dan makanan akan di hantar melalui LalaMove. Mudahkan semua di hujung jari, tak perlu risau sebab boleh delivery!



Jom pakat makan makanan panas lauk pauk SEDAP tengah KL!

RESTORAN BANDARIYA

Operasi : Isnin hingga Sabtu (Ahad tutup) - 11.00 pagi hingga 3.30 petang

Website : Bandariya Ayam Kampung

Instagram : Restoran Bandariya

Facebook : Bandariya Ayam Kampung Tun H.S Lee

Tempah melalui WhatsApp : wasap.my/60193767051 (melalui LalaMove)

MAPS : https://maps.app.goo.gl/d39kcJQk77fcPPyd8

2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.