Atasi Masalah Jerawat Dan Hilangkan Kesan Parut Jerawat di Klinik Dr Bazilah

Monday, February 6, 2023

Salam uolls!

Kali ni Ty nak share sikit pasal sebuah klinik yang boleh membantu untuk merawat masalah jerawat dan hilangkan parut jerawat.



Klinik Dr Bazilah ini merupakan sebuah klinik aesthetic / klinik kulit  yang menyediakan rawatan jerawat di Selangor dan Kuala Lumpur. Terdapat beberapa cawangan di ;

i.                   Klinik Aesthetic Kuala Lumpur

ii.                  Klinik Aesthetic Shah Alam

iii.                 Klinik Aesthetic Bangi


Berbalik kepada topik ,


JERAWAT DAN PARUT JERAWAT


Rata-rata kita semua pasti ada mengalami masalah jerawat ni , cuma samada tahap kronik nya itu sahaja membezakan. Setuju?


Kadangkala Ty sendiri rasa kurang yakin dan tidak selesa apabila jerawat naik pada permukaan muka terutamanya, walaupun sekadar satu atau dua bitnik jerawat sebelum atau selepas datang haid.




Tapi bagi mereka yang sampai tak ada keyakinan disebabkan oleh faktor tersalah guna produk kecantikkan , alergi pada makanan ataupun air ataupun memang sejak azali lagi mungkin muka “break-out” semestinyalah ada keinginan nak pulihkan masalah jerawat atau parut jerawat kan?


Ty nak cadangkan uolls cuba dapatkan khidmat nasihat dan rawatan jerawat dan hilangkan paru jerawat uolls tu di sini.



Dan sudah semetinyalah susulan rawatan selanjutnya berdasarkan kondisi kulit masing-masing tau , mungkin lain orang akan memerlukan rawatan untuk beberapa kali bagi mengambil masa lebih Panjang demi mendapatkan hasil kulit yang cantik halus dan licin sekata. Berkat kesabaran itu amatlah penting, tak mungkin dengan sekali rawatan terus perfect.


Terhasilnya lekuk pada kulit menyebabkan parut jerawat ini seharusnya perlu mendaparkan rawatan uolls sebab ianya disebabkan oleh kekurangan kolagen dan jika dengan membuat rawatan , boleh merangsang kolagen kulit semula.


Apa-apapun , as a ACNE FIGHTER , uolls jangan give up & too stress sebab setiap masalah pasti ada penyelesaian. Pakar dari pihak Klinik Dr Bazilah pasti dapat membantu.


RAWATAN

Di klinik ini ada beberapa jenis rawatan yang boleh uolls dapatkan bergantung kepada khidmat nasihat daripada pakar di sini dengan kondisi kulit atau keinginan uolls masing-masing. Antara rawatan yang ada ialah :



1. “CHEMICAL PEELING TREATMENT” adalah salah satu rawatan yang ada di sini. Rawatan ini adalah  tidak memerlukan suntikan (injection) dan laser.



2. “SUBCISION” pula rawatan yang membantu membaiki permukaan kulit muka dari parut jerawat yang berlekuk dalam dengan cara memutuskan akar parut.



3. “SCAR FILLER” juga satu rawatan untuk mengisi tempat yang kosong / lekukan untuk menaikkan semula kulit selepas jerawat yang teruk terhasil.



4. “RF MICRONEEDLING” juga boleh memperbaiki garis halus dan kedutan di muka yang sesuai untuk parut jerawat.



5. “TCA CROSS” pula rawatan untuk merawat kulit yang mempunyai parut jerawat jenis ice pick dan boleh merawat masalah pori terbuka.



6. “C02 LASER” membantu kulit lebih lembut , halus & kurang kasar sebab kedalaman parut kerana laser telah merangsangkan penghasilan kolagen supaya membina sel kulit baru bagi mengisi lubang parut.


Rawatan di klinik ini bukanlah setakat untuk mengatasi masalah jerawat di bahagian kulit muka sahaja , malah di bahagian hidung serta seluruh badan juga.


PRODUK DARI KLINIK DR BAZILAH

Selepas mendapatkan rawatan dari klinik ini, uolls juga boleh mendapatkan produk seperti DErmzen Cleanser & Dermzen Moisturiser. Di mana kedua-dua produk ini adalah khas bagi kulit yang berminyak serta bagi kulit jenis kombinasi kerana ianya amatlah sesuai untuk kulit berjerawat serta kusam sekaligus. Produk ini mempunyai bahan aktif seperti Saliyclic Acid , Niaconamide & Kojic Acid.


PANTANG LARANG YANG WAJIB

i.                   Jangan lupa pakai sunscreen

ii.                  Jangan picit jerawat

iii.                 Jangan tidur dengan muka masih ada solekan

iv.                 Jangan bersihkan solekan hanya dengan wet wipes sahaja


Jadi buat mereka yang nak tampil cantik dan bergaya dengan wajah bersih dan jelita menjelang Aidilfitri kali ini yang tidak lama lagi kita akan raikan , bolehlah dapatkan rawatan mulai sekarang dari Klinik Dr Bazilah ini ye!


Untuk makluman lebih lanjut atau ingin membuat temujanji boleh terus ke :


KLINIK DR BAZILAH

Buka setiap hari dari jam 9 pagi – 6 petang


Untuk Tempahan Temujanji


Whatsapp : +60111-5905931


Call  : +603-89229681


Website : https://www.klinikdrbazilah.com/


Instagram : https://instagram.com/klinikdrbazilah


Facebook : https://www.facebook.com/drbazilah



Cawangan Klinik Dr Bazilah :

Bandar Baru Bangi : C-10-G, Plaza Paragon Point , Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 , Selangor.


Shah Alam : R1-02-01 Emira, Jalan Akuatik A 13/ 64 A, Seksyen 13 , 40100 Shah Alam, Selangor.


[Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam ]

 

Kuala Lumpur : Unit A1-10 , Level 1 , Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar , 51000 Kuala Lumpur, W.P. KL.


[Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur ]

 

8 comments

  1. Kebetulan plak kulit tengah breakout teruk nie. Macam nak kena pergi gak nie.

    ReplyDelete
  2. Seram tengok gambar rawatan. Tapi kan, untuk rawat jerawat memang kena pergi dapatkan rawatan pakar. Selain rawatan, doktor bertauliah akan bagi consultation berkenaan kulit kita ni. Kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing this kebetulan i tengah nak cari klinik atau pakar kulit untuk kurangkan pigmentasi kat pipi

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo....this is gonna be a life saver treatment for those in need to remove acne scars. Thanks for sharing your own experience with this treatment. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. boleh rekomen sesiapa yg nak jaga atau nak rawat wajah kat klinik ni.. nampak menyakinkan prosedurnya

    ReplyDelete
  6. i love the comprehensive treatments available here. i recently had a breakout and i am so happy to learn that there is a branch in bangi that i can visit soon!

    ReplyDelete
  7. nice info...ramai gak kawan yg cari klinik untuk rawat jerawat ni...tqtqtq sharing ohsem info

    ReplyDelete
  8. Bestnya buat treatment kat sini

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.