Western Dalam Dulang di Nasi Ayam Gulai Kawah , Bangi Gateway

Monday, July 10, 2017


Salam u olls , 

It's been awhile being away.

Nak kongsi satu port makan dengan korang ni. Rasanya tempat ni dah pun mula viral tapi masih ada orang ramai tak tahu kat mana port makan Western dalam Dulang ni.

Western dalam Dulang - RM49.90

Lepas kerja , mummy & daddy jemput dan ajak ke Prima Valet. Gara-gara mummy dok tengok Fattah Amin dalam satu segmen di Astro. Bila dah de kat sini , nak usha baju katanya. Tapi sebab mummy bukan stock model maka tak dapatlah nak bergaya dengan baju lawa-lawa dari situ.

Sebabkan nak cari jubah dan baju juga , try bawa pergi Bangi Gateway.
Ada la satu baju mummy berkenan dan beli. Daddy & cheq mengekoq aja.

Mummy & Daddy nak makan dinner sebelum balik. Dan request depa ialah makan yang tak berat.

Sebabkan tak tau nak pergi mana , ye la majoriti kedai makan Melayu masih "beraya". Kami 3 beranak cuba pusing - pusing dan ternampak restoran Nasi Ayam Gulai Kawah ni. Tapi sebabkan dah pukul 6 lebih , boleh la kami cuba Western dalam Dulang.


Dalam dulang ada :
Chicken Chop / Lamb Chop dan sebabkan mummy tanya boleh tak nak combine , kami dapatlah merasa both.
- Chicken Wing
- Spaghetti Bolognaise
- Meatball
- French Fries
- Coleslow
- 3 sos ; Black Pepper Sauce , Brown Sauce & BBQ Sauce
Western dalam Dulang boleh dimakan bersama hingga 2 ke 4 orang. 

Sedap. Semua berasa dan memang kenyang. Mummy & Daddy tak complain dan happy with dinner kat sini. Kalau u olls yang kaki makan mungkin sorang atau berdua pun boleh habis.


Kat sini pun ada Nasi Lemak dengan 6 jenis sambal dari 6 negeri ; 
- Sambal Ikan Bilis Pedas (Kedah)
- Sambal Ikan Bilis Tempe Kering (Melaka)
- Sambal Belimbing Buluh Hitam (Pahang)
- Sambal Tempoyak Ikan Bilis (Perak)
- Sambal Ikan Bilis Pandan Manis (Kelantan)
- Sambal Jawa Totok (Johor)


Selain Western dalam Dulang , ada juga set Nasi Dulang Klasik yang dihidang bersama Daging Rendang , Ikan Masak Sambal , Ayam Percik , Ulam-Ulaman , Sayur , Tempe Goreng , Ikan Masin dengan hanya berharga RM36.50 yang boleh dimakan bersama 2 hinga ke 4 orang. Nak makan lunch , boleh la pergi sini nanti.

Untuk makluman , 
Alamat :
NASI AYAM GULAI KAWAH
B-12-G Bangi Gateway Shopping Complex , 
Seksyen 16, Bandar Baru Bangi ,
43650 Selangor Darul Ehsan .
No Tel : 03 8920 8188
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 11.00 malam
Facebook : Nasi Ayam Gulai Kawah (klik)

6 comments

  1. Wahhh menariklah konsep dia. Nanti nak cuba jugak makan kat sini.

    ReplyDelete
  2. Sata pernah lalu situ. Tapi tak singgah.

    ReplyDelete
  3. IQ tertarik dengan sambal2 tu, even IQ selalu makan makanan western, rasa nak makan sambal2 plak. nais2

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.