Selamat Hari Raya Aidil Fitri - #teamrayapenang2017

8:27 AM Yanty Lee 5 Comments


Salam u olls ,

Tak lambat kan tuk Ty ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri !
U oll #teamraya mana tahun ni? Ty masih lagi #teamrayapenang , tahun depan tak tahu la. Eh.

OOTDR : Raya pertama , kedua dan ketujuh.

Tahun ni terlebih shopping baju raya , sampai ke hari ni ada lagi satu lagi baju tak pakai pun lagi. Misi dan tema keluarga Ty tahun ni warna pink belacan kononnya. Sebabkan masing-masing beli sendiri makanya color tak sekata semuanya. Tapi tak semua pakai serentak dan sedondon sebab raya pertama agak kelam kabut semuanya berpunca dari Ty. Opps!


Ha ini la puncanya, Ty dikejarkan ke GH Penang. 

Ty dah mula rasa tak sedap badan dari hari Khamis masa di pejabat lagi. Jumaat pagi bertolak juga slow-slow dari Putrajaya ke Penang. 6 jam perjalanan dan masih berpuasa walaupun dah too weak. Paling teruk stuck jam dekat Jawi , rasa nak mengamuk pun ada sebab dah tak selesa. Exit JPP2 memang pecut kaw-kaw , sampai rumah satu barang dari kereta pun tak kuarkan. Masuk rumah , pergi mandi dan tempek cool fever  terus tido sampai pukul 7.00 petang. Daddy get me McD while everyone went for last terawih.

Demam tak kebah langsung. Berlarutanlah sampai pagi raya. Paksa diri juga nak ikut family gi sembahyang raya sebabkan tak dapat ikut sama untuk terawih terakhir . Tapi bayangkan lepas solat , masa tengah dengan khutbah boleh Ty mengigil -gigil. Ty merengek kat mummy la apa lagi. Mummy pujuk bertahan sikit ja lagi. Lepas habis , balik rumah ja Ty dah menepek kat bilik. Mummy kelam kabut masakkan simple breakfast untuk yang lain.

Sakit oi kena cucuk amik darah tu. Siap tak bagi buka  (siap standby drip water tu lagi) dan kena tunggu almost 2 hours. Sebab nak test sakit apa , suspek denggi. While tengah tunggu tu , Ty dengan jeans & t-shirt HR bawa mummy & daddy pi beraya rumah BFF Ty yang dekat dengan hospital. Dapatlah my parents had their lunch. While sepatutnya waktu tu kami sekeluarga patut berada di rumah arwah tok dan beraya dengan sedara mara sebelah mummy as usual. Belah daddy? Kami sambut CNY , Deepavali etc. Harap maklum.

Itu la tragedi pagi raya sangat.

Petang sebelum Maghrib , gigih nak ikut juga mummy & kakak pi umah arwah tok. Adik dah drive sendiri. Daddy & abang stay umah. Dah penat sangat. Maka kami tak ada family photo raya tahun ni.


Raya ke-3 & 4 kami sekeluarga tak ke mana-mana. Demam pun dah kebah. Mood nak masak pun datang. And the kitchen is mine. Dari mummy teringin Potato Salad. Terus beli sekali apa yang teringin nak masak. Tekak orang baru nak baik demam kekdahnya. 

Terhasil la percubaan pertama ; Prawn ButterMilk  &  Ayam Masak Serai Ala Thai .

Mangsa utama untuk cuba masakan Ty yang main-main ni mestila BFF yang duk pun selang sebaris ja ; +Nur Ain Alaudin . Ternyata sedap sebab licin dan dia tambah nasi nak rata lauk. Nak masak kat Putrajaya ni , lupakan saja sebab ada mission untuk dicapai. Waktu makan hanya di Penang , begitu juga kalau nak kenal kuali , senduk segala hanya di dapur mummy. LOL


Raya ke-4 sebelah malam , Ty keluar outing with my girlfriends ; +Iena Arryiena , +Nur Ain Alaudin , +Cik nun & +noor affida raffika mohamad nazari . Sambut mini gathering raya dan birthday untuk 3 babies Jun dekat Nando's , Gurney Plaza. Kononnya nak makan salad with small portion tapi datangnya big huge portion yang nak telan sayur pun tak mampu , mujur ada derang ni kuat makan tolong makan sama.


Raya ke - 6 bersama geng sekolah juga tapi ni geng Cina yang awesome. Ada lagi kawan - kawan lain tapi masing - masing dah kahwin dan tak dapat nak join dinner di D'Dapor malam tu. Selalunya memang tak akan missed without failed depa ni datang beraya tapi memandangkan takda open house dan masa CNY depa yang datang beraya kat rumah , jadi depa treat dinner raya  pula kali ni. Untuk closed event & privacy event boleh sangat buat dekat sini sambil nikmati masakan Melayu.

Malam Sabtu , kami meraihkan cinta Siti Nazariah & Zul Azmee dekat TH Hotel , Penang.

Last lepak McD pekena Ayam Goreng yang sebulan tak makan sebelum balik and take off to Penang.

Balik Putrajaya dengan mummy & daddy sebab nak ziarah family Uncle Mat ; abang kepada mummy yang passed away. Berteman lah i olls untuk few days . Lepas saja derang balik , terus aktif balik dengan sukan. Badminton , jogging tapi gym ja tak masuk - masuk lagi.

Counting days.

5 comments:

  1. kesian ty, memang haru hari raya kalau kita tak sihat. mujur dah sihat. Selamat hari raya ty!

    ReplyDelete
  2. Belum terlambat nak ucapkan salam aidilfitri
    #TeamRayaPerlis

    ReplyDelete
  3. slmt hari raya , tragis raya ty .. sama jugak tahun ni pun ada dugaan .. huhu

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen