GoBox Concept : Tempat Makan Tengah Kota KL

8:25 AM Yanty Lee 7 Comments


Salam u olls , 

Ty terjumpa satu port makan baru dalam 5 - 6 bulan beroperasi ja di kota KL baru ni. Berpunca tersesat sebenarnya. Jadi bagi warga KL etc yang mana tak tahu nak lepak mana malam ke tengah malam tu , boleh mai sini.

Gobox Concept.

Ini entrance nya. 

GoBox Concept ; Tempat makan dan kedai kat sini berkonsepkan kontena. Ruang makan kat sini open air

Sempat juga berbual dengan brader yang kerja kat situ , rupanya Dira Abu Zahar adalah owner.

Teh O Ais Tower - RM12/- je u olls.

Malibu ni antara kedai air yang mendapat sambutan. Macam - macam jenis air ada dengan harga berbaloi. 3 orang minum pun jenuh nak habiskan satu balang ni. Kecuali kaki minum , eh.

Terlalu banyak gerai makanan yang menarik di mata Ty tapi tak termakan kalau semua nak makan. Mungkin next time bila lepak lagi kat sini , Ty akan cuba menu lain pula.


Prawn Fettucini Aglio Olio - RM13.50

Tekak minah salleh celup sangat kan I olls. Takut makan tak habis tu makan lite-lite ja. Rasanya sedap la , boleh la masuk tekak mengada anak Mummy Daddy yang memang layan western ja. Mummy Daddy betul - betul kenal anak depa , kalau western food Ty memang senang makan berbanding hat laen.


Lepas makan heavy meal , Ty lapar lagi. Mesti susah nak percaya kan bila Ty kata Ty lapar lagi tu. Jadi Ty order dessert  pula katanya. Pekena Popia Banana Cheese Ice Cream - RM10/- dari gerai Gig Old Skool Kitchen. Selain tu ada ;  Tauhu Bakar , Pisang Goreng Cheese , Keropok Lekor Cheese , Lempeng Sambal , Brownies with Ice Cream , French Toast Sardine Rolls etc.

Fried Rice with Lobster - RM21.90

Sedap sangat nasi ni tapi bukan meal Ty la yang pasti , sekadar jamah sikit tapi agak pedas. Ty dah tak boleh makan pedas. Daddy kata sejak dok jauh ni , lidah mengada sebab tak makan pedas. Kengkawan makan semeja pun pelik pedas mana nya. Tapi percaya la kalau babies cam Ty mesti kata pedas tapi sedap. Wowhee!

Ini antara kedai - kedai yang ada di GoBox Concept  ;

&








Spaghetti Olio by @pinkpizzabera

Ini pula suasana sekeliling ruang makan di GoBox Concept ;


Asal bole tempat pose OOTD ada je u olls.  Sinki basuh tangan pun memang urban hispter habis.

Kaunter ! Order makan , pergi bayar dapat resit pastu serahkan keratan yang dah bayar kat gerai. Kalau tak , sampai tutup kedai la u olls tak dapat makanan tu nanti.

Sambil makan dapat layan live band / busker.

Selain  lepak makan di sini , u olls boleh dapatkan perkhidmatan manicure , pedicure , eyelash extention , foot / neck / shoulder massage , waxing , tattoo henna eyebrow termasuk make up for dinner . Untuk temujanji awal boleh u olls hubungi ; 018-9848328.


Tempat ni memang best untuk anak-anak muda cam I olls melepak. Sekali sekala turun KL , boleh cuci mata sambil tengok gelagat manusia dengan macam-macam fesyen u olls. Geli hati I olls. Apa-apa pun , sambil santai melepak bershisha boleh memang sempoi la.

Alamat & MAPS ;
No.12 Jalan Liew Weng Chee,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
019-388 3086
03-21811442

7 comments:

  1. Tyyyy, tahu tak kat jerantut ada jugak baru bukak!

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tengok fried rice with lobster tuu.

    ReplyDelete
  3. wahhh, tempat menarik ni! makanan western memang pilihan makanan IQ jugak. =)

    ReplyDelete
  4. Menarik...Boleh tambah dlm list port bagus utk lepak bila turun KL

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen