Salam u olls ,
Sebuah pengalaman yang Ty tak pernah terfikir akan dilalui bersama warga emas seperti nenek sendiri sepanjang hari bagi sebuah rancangan RTM di dalam program Tumit Tinggi Segmen Bersama Blogger.
Terus terang Ty katakan di sini , sepanjang perjalanan Ty dari Putrajaya ke Mesra Home Ampang ni memang banyak yang menjadi tanda tanya di fikiran. Samada Ty mampu ke nak berhadapan dengan mereka , melayan kerenah mereka dan kenapa mereka ada di sini. Dan terfikir juga , adakah satu hari nanti Ty sendiri akan berada di tempat mereka bila dah tua. Siap kata kat member , ke dah boleh daftar siap - siap. Ini tak lawak ye kengkawan , sebab tidak siapa tahu apa nasib kita di masa hadapan nanti.
Terasa sangat welcoming kedatangan Ty bila di sambut dengan penuh mesra dan ramah oleh pemilik Mesra Home Ampang ini sendiri , Puan Faezah binti Ali dan juga nenek - nenek di sini. Perasaan pertama kali jejak ke dalam rumah memang tak dapat dinafikan , berdebar -debar. Takut pun ada. Kalau ada menyinggungkan perasaan nenek - nenek di sini. Tak keruan perasaan waktu ni. Tapi gembira dapat peluang ni , terima kasih pihak RTM - Tumit Tinggi.
Sepanjang hari Ty di sini , Ty berpeluang untuk bersama - sama dengan nenek - nenek ini dari pagi lagi. Antara kerja - kerja amal yang Ty dapat lakukan untuk mereka adalah seperti bersembang dan berkongsi cerita mereka , membantu mereka untuk membersihkan diri , mengemas kamar tidur dengan menukarkan cadar dan sarung bantal yang mana Ty difahamkan akan ditukarkan lebih kurang 3-4 kali seminggu ataupun sekiranya terlalu kotor dan merupakan momen yang menyentuh hati adalah waktu Ty menyediakan makanan tengahari dan makan bersama mereka semua.
Momen yang menyentuh Ty bila nenek - nenek ni masing - masing nak suapkan Ty makan walhal Ty yang nak suapkan mereka. Dulu mungkin masa kecik - kecik Ty tak merasa sangat saat detik bersama nenek Ty macam ni , dah besar panjang macam ni baru merasa dan faham rasa kasih sayang yang dicurahkan tu. Ty juga rasa sebak bila lepas makan bersama Nenek Hajar , dia ada menyanyikan lagu bertajuk "Isabella" tetapi lirik yang sama diulang-ulang seperti ada sesuatu yang dia ingin sampaikan disebalik senikata lirik lagu itu tetapi tidak tersampai maksudnya. Sebabnya bila minta dia nyanyikan lagu lain , dia tetap masih nyanyi lagu yang sama.
Pengalaman yang Ty lalui ini sangat berharga mungkin kalau nak Ty ke tempat sebegini dengan sendirinya itu hanyalah cuma penuh dengan niat sahaja. Seperti kenalan yang lebih mengenali Ty , pasti tidak percaya bagi seorang Ty yang tidak suka akan benda remeh temeh juga agak kurang penyabar orangnya tetapi pabila bersama nenek - nenek ini , karakter Ty sedikit sebanyak telah berubah kerana teramat sayu mengenangkan nasib mereka yang sebenarnya bukanlah sebatang kara tetapi antaranya di hantar sendiri oleh anak mereka kerana pelbagai faktor yang tak boleh dielakkan. Antara faktornya adalah seperti kekangan masa yang sibuk dengan urusan kerja , campur tangan pihak lain dalam urusan rumah tangga , perselisihan salah faham antara suami isteri dan lain - lain.
Dan buat pembaca Ty , wang ringgit bukanlah segala-galanya. Datanglah ke sini dan luangkanlah masa bersama - sama mereka dengan sumbangan yang sedikit sekalipun , mereka sudah berbesar hati menerima dengan gembira apatahlagi ada juga di kalangan anak muda kita yang ingin berbakti pada mereka yang boleh dianggap seperti nenek sendiri ataupun emak sendiri. Begitulah dengan Yaya , seorang anak muda yang baru sahaja habis SPM , lebih suka meluangkan masa beliau di Mesra Home Ampang bersama nenek - nenek daripada melakukan aktiviti luar seperti anak - anak muda lain di luar sana. Ty kagum sangat dengan sukarelawan seperti Yaya ni , bukan semua anak muda seperti dirinya yang mengetepikan status dan darjat keluarga apatahlagi mesra bersama penghuni di sini juga.
Buat pembaca atau mereka yang ingin memberikan sumbangan mahupun melawat nenek - nenek di Mesra Home Ampang ini boleh lah berhubung dengan ;
Puan Faizah binti Ali - 0126677934 / Encik Razali bin Mohd - 0126271101 untuk sebarang urusan.
Selain itu , buat mereka / persatuan yang ingin menyumbang dari bentuk wang ringgit bolehlah disalurkan ke akaun CIMB BANK : 8600772989 atau ;
terus ke Mesra Home Ampang di alamat :
No.16 , Jalan Watan 1 , Taman Sri Watan , 68000 Ampang , Selangor.
Boleh juga ikuti perkembangan mereka di Facebook : Pusat Jagaan Sri Mesra -Mesra Home Ampang [klik]
Nantikan episod Ty pada rancangan Tumit Tinggi Segmen Bersama Blogger yang akan bersiaran di TV1 pada hari Ahad jam 12.05 tengahari. Sekali lagi terima kasih buat RTM kerana menjemput Ty menjayakan segmen ini dan juga kakak Fiza Fantagiro yang setia menemani merangkap PA , Manager dan segalanya seharian Ty.
Terus terang Ty katakan di sini , sepanjang perjalanan Ty dari Putrajaya ke Mesra Home Ampang ni memang banyak yang menjadi tanda tanya di fikiran. Samada Ty mampu ke nak berhadapan dengan mereka , melayan kerenah mereka dan kenapa mereka ada di sini. Dan terfikir juga , adakah satu hari nanti Ty sendiri akan berada di tempat mereka bila dah tua. Siap kata kat member , ke dah boleh daftar siap - siap. Ini tak lawak ye kengkawan , sebab tidak siapa tahu apa nasib kita di masa hadapan nanti.
Terasa sangat welcoming kedatangan Ty bila di sambut dengan penuh mesra dan ramah oleh pemilik Mesra Home Ampang ini sendiri , Puan Faezah binti Ali dan juga nenek - nenek di sini. Perasaan pertama kali jejak ke dalam rumah memang tak dapat dinafikan , berdebar -debar. Takut pun ada. Kalau ada menyinggungkan perasaan nenek - nenek di sini. Tak keruan perasaan waktu ni. Tapi gembira dapat peluang ni , terima kasih pihak RTM - Tumit Tinggi.
Pengalaman yang Ty lalui ini sangat berharga mungkin kalau nak Ty ke tempat sebegini dengan sendirinya itu hanyalah cuma penuh dengan niat sahaja. Seperti kenalan yang lebih mengenali Ty , pasti tidak percaya bagi seorang Ty yang tidak suka akan benda remeh temeh juga agak kurang penyabar orangnya tetapi pabila bersama nenek - nenek ini , karakter Ty sedikit sebanyak telah berubah kerana teramat sayu mengenangkan nasib mereka yang sebenarnya bukanlah sebatang kara tetapi antaranya di hantar sendiri oleh anak mereka kerana pelbagai faktor yang tak boleh dielakkan. Antara faktornya adalah seperti kekangan masa yang sibuk dengan urusan kerja , campur tangan pihak lain dalam urusan rumah tangga , perselisihan salah faham antara suami isteri dan lain - lain.
Buat pembaca atau mereka yang ingin memberikan sumbangan mahupun melawat nenek - nenek di Mesra Home Ampang ini boleh lah berhubung dengan ;
Puan Faizah binti Ali - 0126677934 / Encik Razali bin Mohd - 0126271101 untuk sebarang urusan.
Selain itu , buat mereka / persatuan yang ingin menyumbang dari bentuk wang ringgit bolehlah disalurkan ke akaun CIMB BANK : 8600772989 atau ;
terus ke Mesra Home Ampang di alamat :
No.16 , Jalan Watan 1 , Taman Sri Watan , 68000 Ampang , Selangor.
Boleh juga ikuti perkembangan mereka di Facebook : Pusat Jagaan Sri Mesra -Mesra Home Ampang [klik]
Nantikan episod Ty pada rancangan Tumit Tinggi Segmen Bersama Blogger yang akan bersiaran di TV1 pada hari Ahad jam 12.05 tengahari. Sekali lagi terima kasih buat RTM kerana menjemput Ty menjayakan segmen ini dan juga kakak Fiza Fantagiro yang setia menemani merangkap PA , Manager dan segalanya seharian Ty.
Seronok dapat turut serta jd sukarelawan. Tapi kalu yanie dh jatuh airmata ni..huhu
ReplyDeleteMenarik. Dan seronok join aktiviti sukarelawan
ReplyDeletealaa ahad keje .. tkleh tengok sangat. tegnok tayangan ulang la. tapi kena standby tisu... hatii sebak kalau pasal orang tua ni
ReplyDeleteWahh bestnya Ty dapat join ke rumah nenek nenek .. mesti diaorang seronok dapat jumpa walaupon tak mengenali..semoga nenek2 akan terus sihat walafiat dan sentiasa dlm lindungan Allah SWT..Aamin
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeleteTahniahh ty, ty buat yang terbaikk sangat hari tu. Kakfiza pun beruntung sebab dapat merasai moment tu bersama ty. And yaya, dia memang super girl lah!
ReplyDeleteTERINGAT dekat arwah nenek T_T
ReplyDeleteZumal pun suka aktiviti camni... Alhamdulillah kerja pun berkaitan minat
ReplyDelete