KONICHIWA CAFE BANGI - Makan Jepun Halal

12:39 PM Yanty Lee 5 Comments


Salam u olls ,

Ada pembaca yang suka makan makanan Jepun tak? Kalau ada , meh skodeng entri Ty ni sebab Ty nak kongsi port baru yang baru saja dibuka dalam sebulan lepas saja. Nama restoran ni Konichiwa Cafe yang terletak di Bangi. Maka dengan ini , orang - orang sekitar Putrajaya , Cyberjaya dan Kajang pun boleh la datang sekerap mungkin gayanya.


Konsep yang diketengahkan adalah gabungan daripada Jepun , Western dan tempatan. Pemilik restoran ini adalah orang Melayu beragama Islam. Pekerjanya juga semuanya berbangsa Melayu.


Chef bukanlah calang-calang orangnya , telah berpengalaman selama 32 tahun dalam bidang penyediaan masakan Jepun dan juga telah membuka restorannya sendiri di Dublin , Ireland. Jadinya , kalau u olls ke sini , masakan makanan yang diorder adalah hasil air tangan chef yang hebat ini sendiri yang juga merangkap abang kandung pemilik restoran tersebut.

Meh tengok antara menu yang menarik dan boleh cuba di Konichiwa Cafe ni ,


Okay , ini adalah pelbagai sushi yang menjadi menu wajib bagi pengemar sushi . Ramuan dan bahan yang digunakan untuk membuat sushi adalah halal dan segar. Soy Sauce dan Wasabi yang menjadi penyicah adalah halal di mana di tempah khas dari China.


Menu ini menjadi kegemaran Ty dan rakan - rakan media lain. Sebenarnya sapa yang pernah makan "takoyaki" , ini lah dia. Cumanya , telah disediakan dalam bentuk pancake / lempeng. 


Ini pula adalah gabungan daripada Homemade Fries bersama Chicken Salami dan Cheddar Cheese Spring Onion yang dibanjiri dengan sos keju , mayonis kewpi , serbuk paprika dan sos cili. Penggemar kentang pastinya memang akan menyukai menu ini.


Menu ini boleh buat sebagai starter mahupun penutup , isi ayam di makan bersama sos keju dan mayonis. 


Selalunya bila sebut makanan ala Jepun , kebiasaannya lebih tertumpu pada hidangan set bento . Di Konichiwa Cafe ni ada juga. Walaupun nama pada gambar seperti small portion  tapi sudah cukup mengenyang. Menu atas ni boleh makan sambil drifting . Eh! Set bento ini lebih tertumpu kepada sushi , tempura dll.


Ini pula set bento yang pasti kekenyangan tersandar kalau makan sorang (peyut tomei Ty la) sebab gandingan nasi , sayur dan isi ayam ni sangat berbaloi untuk jadikan main dishes.

*****************
Bagi yang nak makan ala menu tempatan pun ada juga ;


Menu Mee Udang Serai ini kelainan nya dia ada rasa serai tu. Dan kuah dia memang terasa kelainan sikit kejap - kejap rasa ala bandung lepas tu mee rebus. Senang kata , u olls cuba sendiri keunikkan hasil air tangan chef berpengalaman ni.


Ini memang jelas dan nyata menu bagi tekak orang Melayu kita. Kalau pasangan atau peneman u olls waktu tu memang tak boleh nak telan makanan Jepun , bolehlah makan nasi goreng yang lengkap dengan telur mata , satay kebab , acar sayur dan papadom. Semestinya mengenyangkan dan ini adalah menu yang menyihatkan. 

*****************


Dan ini adalah menu ala barat ; Grilled Chicken Chop berharga RM16.90 yang dihidangkan bersama sweet corn , potato salad , coleslow dan blackpepper sauce. Tekstur ayam sangat lembut dan mudah dikunyah terasa melting dan juicy bila makan.

Antara menu minuman yang istimewa dan unik boleh dicuba ;



Konichiwa Cafe ini memang mudah nak cari dan jumpa lokasinya dan kawasan untuk tempat parkir kereta pun mudah. Kafe ni memang sesuai untuk keluarga menjamu selera bersama. Tak sempit , just nice. Bagi yang nak tempah untuk buat apa - apa event pun boleh sangat - sangat sebab dekorasi percuma oleh pihak kafe cuma maklumkan sahaja apa tema nya. Pastinya kafe ini muat untuk hampir 60 orang pada satu masa.


Bagi yang nak mencuba ini serba sedikit maklumat ;

KONICHIWA CAFE, BANGI

Facebook: Konichiwa Cafe
Instagram: @konichiwacafe
Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090
Masa Operasi:
Selasa - Khamis : 12.00 tengahari - 10.00 malam
Jumaat : 2.00 petang - 11.00 malam
Sabtu & Ahad : 12.00 tengahari - 11.00 malam

5 comments:

  1. Terliur ar ty.. kejamnyaaaa. Tunggu.. nk p makan gakk

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap menu² dia. Nak kena cuba ni sebab tak pernah cuba makanan jepun.

    ReplyDelete
  3. Belanja ai plis, lama tak makan japanese food... Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok.. macam sedapp je...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen