Lunch Nando's Dari FoodPanda

8:47 AM Yanty Lee 3 Comments


Salam u olls , 

Lunch selalu u olls di mana? Selalunya Ty di kafe opis sahaja , jarang sekali la nak makan di luar semuanya sebab terkejar - kejar masa yang sejam umpama 10 minit saja. Tapi kali ni gara - gara dapat RM15 Off FoodPanda dari DIGI sebabnya Ty pengguna telco DIGI , terus tanya kengkawan di ofis nak tak give a try . Bila tengok listing delivery memang rasa semua nak. Mana taknya bila search lokasi pejabat je ,  ini antara yang tertera ;


Terus aim Nando's dan kebetulan member sorang dua kat opis Ty pula memang hantu makan Nando's. So apa lagi , order lah tapi sayangnya bila tru PC cam loading sikit . Jadi guna melalui applikasi saja di henpon. Seronok masing - masing bila successful buat order.


Ha ini la lunch Ty dan kengkawan yang malas nak kuar dek panas terik di luar tapi dapatlah menikmati Nando's walaupun sekadar di ofis. Bersekali dengan comment dari kawan Ty di FB dia lagi.


Dan ini la muka - muka mereka yang tak sabar menanti brader rider dari FoodPanda , siap buat live intetrview lagi. Brader ni sangatlah peramah dan sempoi abis.


So , buat korang yang malas nak kuar tambahan mengejar masa yang terlalu pada tu tak kira la di rumah ke ofis ke , boleh la cuba servis ni. Berbaloi sangat - sangat. In sha Allah.

3 comments:

  1. Banyaknya makanan. Makan besar ni. Hihi.

    Latest, http://lynk.my/55oX

    ReplyDelete
  2. alaa rasanya kawasan semenyih beranang mesti food panda tak nak hantar sebab jauhhhh

    ReplyDelete
  3. Taman hakak ni ada Nandos Ty. Boleh delivery rupanya yeh. Tak tau pun.

    Tp sebenarnya hakak kurang makan Nandos ni. Ayam dia garing sangatlah Ty dan sosnya pun masam. Tekak hakak je kot..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen