Novel SAKA dan KASARNOVA - Sedih tapi Bahagia

11:44 PM Yanty Lee 15 Comments



2 3 hari ni aktiviti lama menyerang balik. Dari terjebak perabih duit lagi beli dan beli buku - buku fixi , adalah lebih baik pulun perabih buang baca hat mana dok bersawang setelah sekian lama tak baca. Gila apa nya sejak tertukaq desk Jun lepas , nak jeling kulit buku apa pun tak dan. Kroooohhh. 

Sendiri tak tau awat tak dan. Kerja apa ja la buat sangat kan kan kan. Propa cam busy dengan banyak kerja ja bunyi.

Baru ni terlebih bahagia duk rumah ja. Tu sambung bacaan buku SAKA. Buku di plot cerita adalah sambungan dari buku BABI. Part ni jangan gelak. Sedih bhai. Ending dia aku telah gugur. Eh , bukan keguguran kandungan tapi gugurnya benih air mata yang suci sebab sebak betul part hubungan mak dengan anak. Uwaarghhh , cheq rindu mummy aih. 

Leman pergi menghadap Ilahi. 
Janji Tuhan itu pasti & setiap yang berlaku ada hikmahNya tersendiri.


Wooo!Cover dengan tajuk mengundang je. Kalau bawa naik flight cam baca buku BABI sebelum ni mesti kiri kanan passanger usha rapat ja. Tapi giler best.

Lucah tu tergelincir ada la sikit tapi tak bermaksud berunsur sedemikian pun seluruh plot cerita buku ini. 

Plot cerita lebih kepada genre yang common. Acah - acah drama Melayu pun ada. Yang buat rasa best sebab sambil baca ada info yang diselitkan dari penulis. GENERAL. Paling longoi is penggunaan bahasa and dialog memang cool gila. Suka siap boleh hadam dalam kepala hotak yang senantiasa bersirat. Power penangan penulis. I loike. 

Bukan tipikal percintaan biasa yang dihiasi oleh hyperbola dan metafora.

Happy ending. 

~

Tudia , ni memang gila fokus pada bacaan , dua buku sekali Ty tibai khatam. Balik kerja rini terus menghadap buku. Henpon semua pakat tak caj. Jahanam. Paling jahanam , lupa nak makan malam. Dah habis baca , baru sedar call in , mesej sana sini ada yang reply ada yang clear tak kurang selama ni ada yang tak send pun , pastu bunyi perut sama. Damn. Dekat pukul 12 tengah malam , what to eat,then? Gigit bantal , pejam mata esok ja la kebuluran di kala breakfast. Len kali telan buku tu kan. Aiyoo.

What's my next reading?!

15 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Stamina Hilang

8:18 PM Yanty Lee 4 Comments


Huh ~ Semput.

Seminggu demam , off and on. Terbaring terbongkang bila pekena ubat. Asal kuar tengok dunia je yang panas terik mesti flat punya. Cuaca oh cuaca.


Tak berapa sihat walafiat lagi. Tapi jiwa kacau berbintikan kepala bersirat serabut. Kuar cari angin malam pula. Jemu asyik menghadap ceiling rumah.

Semput , rini turun training Netball kekdahnya. - surrender.

Sumpah rasa sesak nafas. Batuk masih kekdahnya. Peliknya Junaat dan Sabtu lepas elok ja men Futsal n Pingpong. Dok dalam air-con kat opis ja menjadi - jadi sakit. Haihs.

KBBA & AADK.

Bergu campuran dengan ex blogger : Bro Monday

Malam ni I'm back on track pula. Setelah sekian lama tertinggal aktiviti berfaedah di malam hari ni. Sempatlah luang masa tuk blog usang bersawang sementara tunggu partner sampai.

I need my stamina back , babeh.

p/s: rindu main paintball , xde geng ke yang main.. mo join!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Singapore Day Trip - Percutian Jimat Saya

8:58 AM Yanty Lee 22 Comments


Alhamdulillah , rezeki Ty dapat ikut peserta / pelancong dari Malaysia bercuti santai di Singapore bersama - sama dengan team media atas jemputan daripada travel agen Percutian Jimat Saya.


Pakej ke Singapore yang ditawarkan oleh Percutian Jimat Saya (PJS) sangatlah MURAH. Hanya RM135/- seorang sahaja dan bagi yang ingin ke USS , harganya RM330/- seorang termasuk tiket masuk.

Berbaloi - baloi !

Bergerak dari KL Sentral , malam hari Jumaat. Jadi bagi yang nak bawa diri lepas penat bekerja sangatlah boleh. Naik bus , tido tengok - tengok bangun dah pun sampai oversea gitu.


Pihak travel agen akan brief dan pastikan semua peserta isi "White Card" untuk urusan masuk keluar di Singapore. Janji passport mesti ada. 


Peserta / Pelancong akan di beri sedikit snek dan air mineral untuk kudapan malam sebelum dibuai mimpi indah.

Botol air jangan dibuang , boleh digunakan di tandas-tandas yang tidak ada pili air untuk beristinjak

Sebelum Subuh , kami selamat sampai di RnR Gelang Patah. Di mana , semua peserta / pelancong boleh mandi , solat juga sarapan pagi. Pihak PJS hanya menyediakan Nasi Lemak untuk sarapan kecuali minuman. Di sini juga pihak PJS akan sekali lagi semak samada semua peserta dah siap isi ke tak White Card.

White Card - 2 keratan. Satu serah nak masuk Singapore & satu lagi simpan baik-baik untuk serahan sebelum keluar dari Singapore.

Don't(s) in Singapore
1. No chewing gums
2. No cigrattes. (Not more than 3 boxes unwrapped - Not full unless one of it being used)
3. Google sendiri.

Okay , nak tahu mana je Ty berjalan sakan seharian suntuk di Singapore? Check this out , man!

1. Merlion Park


Merupakan hot spot wajib setiap pengunjung yang datang untuk singgah dan bergambar sesakan - sakannya.


"Merlion" gabungan daripada Mermaid dan Lion . Digelar "Mama Merlion" yang mana sentuhan dari separuh ikan dan singa.

2. Gardens by The Bay




Ada 2 dome yang menempatkan jenis -jenis bunga 4 musim tapi nak masuk kena bayar , maybe some other days. Taman tasik yang penuh dengan bunga teratai. Tenang sangat. Serombong asap yang sangat unik dengan hiasan seperti pokok. Waktu malam dengan cahaya lagi cantik.

3. Bugis Street



Tempat membeli belah dengan harga yang murah. Janganlah bandingkan duit MYR dengan SGD pula. Tapi boleh - lah nak dapatkan keychain , fridge magnet ataupun baju t shirt di sini. 

4. Kampung Gelam




Kawasan yang penuh dengan sejarah di kalangan orang - orang Melayu terutamanya. Nama kampung ini berasal dari sejenis pokok yang banyak didapati suatu ketika di Kota Singa.

5. Restoran Zam Zam


Kedai makan yang direkemenkan untuk singgah dan makan tengahari. Untuk makan tengahari , PJS tidak sediakan maka ongkos SDN BHD. Boleh kongsi-kongsi.




MESTI CUBA ! Air Katira ; SGD2. Sedap , rasa dia nak soya ke bandung gitu tapi uniknya tu memang menyesal kalau tak rasa. Sayangnya laku dan laris , tak sempat nak rembat tapau 1 sebelum balik. Antara makanan yang Ty kongsi dengan Bro Framestone & Sis Iena ialah Nasi Beriyani Daging & Murtabak Ayam. Anggaran makan tengahari RM21/seorang.

6. Masjid Sultan



Kewujudan Masjid Sultan ni sejak tahun 1975. Adalah yang tertua di Singapore juga bagi orang Johor. Dijaga dengan rapi tak kira di luar mahupun di dalam. Antara bahan yang digunakan di sesetengah bangunan katanya adalah hasil kreatif dengan menggunakan botol kicap yang disumbang oleh orang - orang miskin dahulu kala.

7. Street Art di Haji Lane






Damn s p e e c h l e s s bila dapat tengok betapa superb cool nya lukisan di dinding kat sini. Hampir kesemua dinding leret kedai penuh dengan lukisan yang memukau mata. Kat sini boleh lepak santai , ada pub , bar dan cafè - cafè hipster.

Nak ke Sentosa Island , ada 2 cara ; naik MRT / naik teksi SGD10

8. Sentosa Island


Jom masuk Casino! Tak ada apa nak dihairankan sebab di sini orang Malaysia hanya perlu tunjukkan passport sahaja dah boleh masuk secara percuma. Tak kira la bertudung atau tidak. Gamble tu tak payahla. Sekadar nak lepak tengok dan dapat minum air percuma bolehlah masuk. Kalau bagi warga Singapore sendiri , mereka masuk dengan bayaran dikenakan SGD100.



Gambar je , tak masuk pun.

9. Papa Merlion


Kalau pada awal kita berkenalan dengan si mama , dan sebelum balik serempak pula dengan papa nya di Sentosa Island.

10. Palawan Beach




Kawasan pantai yang sangat cantik tuk tengok sunset. Jadi kami naik tram ke sini. Bukan sekadar tengok matahari terbenam , macam - macam ada tuk cuci mata. 

Lepas layan perasaan kat tepi pantai , masa untuk balik. Berkumpul dan bergerak ke Imigeresen. Berhenti di RnR Machap untuk mandi , solat dan makan malam. Dan dalam 2 pagi hari Ahad , selamat sampai di KL Sentral.


Walaupun one day trip , nampak padat tapi sangat berbaloi dengan harga pakej PJS yang tersangatlah murah. Trip ala backpackers. Barulah namanya traveller!

" 20SGD sudah lebih dari cukup tuk ke Singapore "

Kalau berminat , bolehlah terjah / hubungi pihak PJS sendiri di :

Facebook : Percutian Jimat Saya
Instagram : @percutianjimatsaya
Telefon : 0109834622

Untuk makluman , banyak lagi pakej percutian yang PJS tawarkan , contohnya seperti Mabul (boleh search di blog ini sebab Ty ke Mabul dengan PJS) , Royal Belum ,  Hatyai , Korea , Melbourne , dan banyak lagi. 

Jom plan next vacay!

22 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cafe Hunting di Kota Damansara bersama Ketch Up

9:42 PM Yanty Lee 27 Comments

Salam u olls ,

Ahad lepas , Ty dan rakan blogger sertai program bersama Ketch Up - ketchup.com.my menerjah hampir 4 - 6 cafè/restoran sekitar kawasan Kota Damansara. Hari makan dan makan bersama dari pagi sampai ke petang. It's Blogger Run Day !

Kalau korang area Kota Damansara apa kata terjah cafè / restoran , pasti u olls suka. Jom terjah dulu apa ada kat kawasan ni ;

1.Cafe Studio
Menariknya pasal cafè ini , apa yang dihias dari awal pintu masuk sehingga ke hujung kedai , pelanggan boleh beli item display bukan sahaja makan. Antara menu yang ada ;

Nasi Lemak Pandan dengan Ayam Rendang

Mutton Curry Spaghetti

Chicken Chop with BBQ Sauce

SIGNATURE : Giant Breakfast

BEST SELLER : Apple + Orange + Kiwi ( Fresh pure fruit)

2.Wood & Steel
Cafè ni memang sesuai sangat untuk semua golongan walaupun dari luar hingga dalam hiasannya begitu unik. HIPSTER sangat wei! Kat sini pun apa saja yang dihias boleh dibeli. Walaupun unik , konsep yang diutamakan adalah seumpama makan di rumah sebab menu yang ada merupakan resepi ibu pemilik kedai sendiri.

Moroccon Lamb Shank

Tempura Butter Cream Linguine

Cinnamon Toast - home-mom-made

Memang sedap makanan kat sini. Cukup rasa gitu. Very asian. Recommended sangat - sangat.

3. The Picnic Table
Konsep berpiknik di dalam kafe. Sesuai untuk keluarga dan anak - anak kecil , juga boleh buat 'mini celebration'. Speciality menu adalah sandwich dan spagethi. Menu sandwich yang ada sangat rare dan menjadi permintaan pelanggan setiap kali datang ke sini.

Soft Shell Crab Aglio Olio

Bruschetta ; Mushroom - Spicy Tuna - Salsa

MOST WANTED : Garlic Butter Prawn Sandwich

4. 3 Bags Full
Restoran ini memang cool gila dari deco kedainya sampailah ke deco makanannya. Tip Top - Food Presentation , that's all I can say. Tukang masak atau idea yang menarik pada deco dan segalanya adalah hasil kreativiti salah seorang pemilik restoran juga. 

Sheep In The House

Salmon Croquette

SIGNATURE : Squid Ink Spaghetti

SIGNATURE : Sizzling Prawn Platters

Monster Milkshake : 
Green Goblin - Avocado Banana Milkshake & Davy Jones - Coconut Milkshake

Apa yang Ty leh katakan , program Blogger Run bersama pihak Ketch Up yang juga berkolaborasi dengan Sini, myc.com.my , Food Ink  bersama Kelab Blogger Ben Ashaari sangat mencabar dan menerujakan apabila dapat bersama - sama menikmati pelbagai jenis makanan juga minuman yang disediakan oleh pihak cafe/restoran. Pemilik cafe/restoran juga sangat friendly dan welcoming begitu juga dengan layanan yang mantop dari semua staff. Sangat memuaskan.

Jadi lepas ni kalau u olls berada di sekitar kawasan Kota Damansara , boleh la cuba antara cafe/ restoran ini. I can guarantee you guys will love it.

Berminat nak sertai Ketch Up , boleh register di http://ketchup.com.my/

Untuk makluman lebih lanjut , boleh la terjah ; Facebook Ketch Up | Instagram Ketch Up

27 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen